Avraham 'Avi' Cohen , Born 14th november 1956 and died 29th december 2010 , was adalah seorang pemain bola sepak dari Israel yang paling dikenali kerana beliau pernah bermain selama 2 tahun untuk Liverpool F.C..

Avi Cohen dilahirkan pada 14 November 1956 di Tel Aviv, Israel and died 29th december 2010. Beliau bermain sebagai seorang pemain pertahanan. Avi Cohen mula bermain untuk pasukan Maccabi Tel Aviv sebelum berpindah dalam bulan Julai 1979 ke Liverpool oleh pengurus Bob Paisley dengan dikenakan bayaran perpindahan £200,000 .

Avi Cohen beraksi untuk kali pertama buat Liverpool dalam bulan September 1979 dalam perlawanan melawan Leeds United yang berkesudahan seri 1-1. Bersaing dengan Alan Kennedy dan Richard Money untuk posisi bek kiri bermakna Avi Cohen tidak dapat memantapkan kedudukan sebagai seorang pamain regular di Anfield. Dalam bulan November 1981, beliau dilepaskan daripada kontraknya. Avi Cohen pulang semula ke Maccabi Tel Aviv. Dalam tahun 1987, beliau kembali ke Britain untuk bermain dengan Glasgow Rangers di bawah pengurusan bekas rakan sepasukannya di Liverpool, Graeme Souness. Avi Cohen menamatkan kerjaya bola sepaknya dengan kelab Maccabi Netanya.

Avi Cohen turun mewakili Israel sebanyak 51 kali, dan menjaringan 3 gol untuk pasukan kebangsaannya. He died 29th december 2010 at 54 years old.

Pautan Luar sunting