Ayat-ayat dalam al-Quran (Arab: آية, rumi: āyah, bentuk jamak: آيات āyāt "tanda",[1] "petanda, keajaiban" seasal dengan kata Ibrani: אות, rumi: ot "tanda, huruf"[2]) lebih 6,000 patah dalamnya, setiap satu patah dipercayai kaum Muslimin sebagai tanda ataupun alamat daripada Allah. Gabungan beberapa ayat akan membentuk bab (dipanggil surah). Seperti ayat, panjang surah berbeza-beza, daripada 3 hingga 286 ayat. Dalam surah panjang, ayat boleh juga dikumpulkan mengikut susunan temanya yang dipanggil ruku'.

Dalam al-Quran, nombor ayat sering ditulis dalam suatu simbol di akhir setiap ayat,[3] iaitu ۝, akhir ayat. Nombor Unicodenya U+06DD manakala ۝۝۝۝ boleh digunakan untuk menandakan pengakhiran surah.

Terdapat dua jenis ayat:

  1. - Ayat Muhkamaat (محكمات): dengan makna jelas dan mudah.
  2. - Ayat Mutashabihaat (متشابهات): dengan berbilang tafsiran.

Rujukan sunting

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 20. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ Encyclopaedia Judaica, jil. 10, m/s. 1195
  3. ^ Proposal for additional Unicode characters; m/s 3 mempunyai contoh penggunaan simbol Ayat.