Badan kapal (bahasa Inggeris: hull) ialah bahagian penting yang mengapungkan sesebuah bot atau kapal. Bahagian superstruktur dan anjungan terletak di atas badan kapal. Garisan di mana badan kapal mencecah permukaan air dikenali sebagai garisan air.

Badan kapal sebuah kapal perang Perancis Tigre yang dibina pada tahun 1724 di Toulon dan direka bentuk oleh Blaise Coulomb

Badan kapal diperbuat daripada bahan seperti besi, kayu dan gentian kaca atau komposit.

Bentuk badan kapal sunting

Dari yang berbentuk kuboid sempurna seperti baj, sehinggalah yang berbentuk jejarum seperti bot lumba, bentuk badan kapal bergantung sepenuhnya kepada keperluan reka bentuk. Badan kapal dibina berdasarkan keseimbangan antara kos, pertimbangan hidrostatik (muatan dan kestabilan) dan hidrodinamik (kelajuan, kuasa dan gerakan dinamik).

Badan kapal datang dalam pelbagai variasi dan boleh dibahagikan kepada kumpulan yang berikut:

  • Bentuk V (V shaped hull) - untuk kapal-kapal dengan kelajuan tinggi atau untuk penggunaan ekstrem seperti untuk kapal perang
  • Bentuk bundar (round shaped hull)
  • Bentuk datar (flat bottom hull) - untuk kapal dengan kelajuan rendah dan mempunyai jumlah muatan yang tinggi seperti kapal tangki

Panjang sunting

 
"LWL & LOA"

Panjang badan kapal secara umumnya terdiri daripada LOA (Length Over All), LWL (Length one designes Water Line) dan LBP (Length Between Perpendicular).

LOA sunting

LOA ialah panjang kapal yang diukur dari haluan kapal di depan sehingga buritan kapal di belakang. Ia merupakan ukuran utama yang menentukan panjang kapal di dermaga dan muatan kapal. Semakin panjang LOA maka semakin besar kapal tersebut dan semakin besar muatan yang boleh diangkut.

LWL sunting

LWL ialah panjang kapal yang diukur dari haluan kapal pada garisan air sehingga buritan kapal pada garisan air.

LBP sunting

LBP ialah panjang kapal yang diukur dari haluan kapal pada garisan air sehingga tinggi kemudi

Lebar sunting

 
"Lebar kapal, drauf & dalam"

Lebar dan kedalaman juga merupakan ukuran utama untuk kapal . Terdapat beberapa ukuran lebar yang biasa digunakan dalam pengukuran dimensi lebar kapal iaitu lebar maksimum (Breadth Extreme) dan lebar teracu (Breadth Moulded).

Lebar maksimum sunting

Lebar terbesar kapal yang diukur dari kulit badan kapal di bahagian kiri sehingga kulit badan kapal di bahagian kanan.

Lebar teracu sunting

Lebar yang dikira pada peminggang kapal dari satu sisi ke sisi yang lain.

Drauf sunting

Drauf ialah ketinggian garisan air dari dasar kapal.

Dalam (depth) sunting

Kedalaman teracu (depth moulded) ialah jarak menegak pada peminggang dari lunas ke bahagian atas rasuk geladak.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  • Mainal, Mohd.Ramzan (1990). Asas senibina kapal: kestabilan kapal. Penerbit UTM. ISBN 983958524X, 9789839585247 Check |isbn= value: invalid character (bantuan).