Baghlah, (Arab: بغلة) ialah sebuah dhow laut dalam dan sebuah kapal layar trdisional Arab.[1] Perkataan "baghlah" bermaksud "keldai" dalam bahasa Arab.

Baghlah sedang belayar
Buritan berhias baghlah Kuwait

Pemerian sunting

Dhow jenis baghlah mempunyai haluan melengkung dan buritan yang berukir dan glaeri suku. Panjang purata ialah 100 kaki[convert: unknown unit] dan berat lebih kurang 275 ton. Lazimnya aghlah mempunyai dua tiang layar dengan dua atau tiga kain layar "lateen"; kain layar tambahan seperti "jib" (layar yang berbentuk segi tiga (dipasang pada tiang yang terdepan))[2] sering kali dipasang pada jongor (bahagian hadapan perahu yang panjang tirus) dan juga layar tiang tabur di atas tiang tabur agung.[3] Baghlah memerlukan anak kapal yang ramai kerana saiznya yang besar. Lazimnya seramai 30 pelayar diperlukan, dan kadangkala anak kapal boleh sampai seramai 40 orang.[4]

 
Baghlah memerlukan ramai anak kapal

Ghanjah atau kotiya merupakan kapal yang agak serupa baghlah dan sering kali susah dibezakan daripadanya. [5]

Sejarah sunting

Baghlah digunakan secara meluas pada kurun-kurun lepas sebagai kapal dagang di Lautan Hindi dan lautan kecil sekitar Arabia. Baghlah belayar ke timur sejauh Teluk Benggala dan juga hingga ke kepulauan Maluku. Baghlah belayar ke arah selatan sejauh pantai pesisir Afrika Timur dan merupakan kapal utama pedagang Bohra.

Dhow jenis ini juga merupakan kapal lanun yang belayar dari pelabuhan di negara Parsi dan sepanjang pesisiran pantai Arabia pada kurun ke-19.[6]

Dalam cuaca baik baghlah boleh belayar selaju 9 knot, akan tetapi ia merupakan kapal yang agak sukar dikemudi dan digantikan oleh dhow jenis Boum pada abad ke-20.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Clifford W. Hawkins, The dhow: an illustrated history of the dhow and its world
  2. ^ Takrif DBP
  3. ^ Too Late to Document Dhows?
  4. ^ Thabit A. J. Abdullah, The Political Economy of Trade in Eighteenth-Century Basra, SUNY series in the Social and Economic History of the Middle East , 2000, ISBN 978-0-7914-4808-3
  5. ^ The Traditional Dhow
  6. ^ Gardiner, Robert (2001 [1998]). The Victory of Seapower. Caxton Editions. ISBN 1-84067-359-1. p. 89

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.