Dalam bidang pengurusan strategik dan pemasaran, bahagian pasaran ialah peratusan jumlah pasaran atau segmen pasaran sedia ada yang sedang dibekali atau diberi perkhidmatan oleh sesebuah syarikat, boleh diungkapkan sebagai hasil jualan sesebuah syarikat dari sesebuah pasaran dibahagi dengan jumlah hasil jualan yang diraih oleh semua syarikat di pasaran tersebut; ataupun bilangan unit jualan sesebuah syarikat di sesebuah pasaran dibahagi dengan jumlah unit jualan yang dijual oleh semua syarikat di pasaran tersebut. Secara amnya, adalah perlu untuk mengerjakan penyelidikan pasaran untuk menganggar jumlah saiz pasaran dan bahagian pasaran sesebuah syarikat.

Meningkatkan tanggungan pasaran ialah salah satu objektif terpenting dalam perniagaan. Kelebihan utama penggunaan bahagian pasaran sebagai ukuran adalah menjauhi perubahan faktor-faktor persekitaran makro seluruh industri seperti keadaan ekonomi atau perubahan dasar cukai.

Mengikut persekitaran negara, bahagian pasaran syarikat masing-masing sering berubah-ubah, maka menyebabkan perubahan dalam nilai bahagian pasaran; disebabkan kemelut politik, bencana, atau apa-apa kejadian yang tidak diingini. Objektif-objektif lain termasuk pulangan pelaburan (ROI), pulangan aset (ROA), dan kadar sasaran keuntungan.

Pautan luar sunting