Bahasa Baba ialah sejenis dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang-orang Baba di Malaysia, khususnya di Melaka dan Pulau Pinang. Walaupun bahasa ini berasal dari Melaka, bahasa Baba yang dituturkan di Pulau Pinang berbeza dengan bahasa Baba Melaka dalam beberapa aspek.

Bahasa Melayu Baba
Bahasa Baba
Asli kepadaMalaysia
KawasanPulau Pinang, Melaka
Penutur bahasa
12,000 (1986)
Creole Melayu
  • Bahasa Melayu Baba
Kod bahasa
ISO 639-3mbf
ELPBaba Malay

Pada dasarnya, bahasa Baba ialah satu bahasa campuran antara bahasa Hokkien dengan bahasa Melayu. Walaupun kebanyakan nahu bahasa Baba berasal daripada bahasa Melayu, bahasa Baba berbeza daripada bahasa Melayu dalam kebanyakan aspek yang utama dan oleh itu, merupakan satu bahasa yang berasingan. Antara perbezaan ini adalah:

  • Bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan Cina, umpamanya lai untuk 'datang', dan banyak lagi kecenderungan ke arah sintaksis Hokkien, khususnya bagi idea-idea yang abstrak, yang tidak difahami oleh orang-orang Melayu.
  • Orang-orang Baba tidak tahu akan kebanyakan perkataan dan sintaksis bahasa Melayu.
  • Bahasa Baba telah mengubah kebanyakan sebutan bahasa Melayu, termasuk juga sebutan bahasa Hokkien.
  • Orang-orang Baba menggunakan peribahasa Cina dengan lebih meluas, berbanding peribahasa Melayu.
  • Bentuk ayat bahasa Baba berbeza daripada bahasa basahan orang Melayu. Umpamanya, "Ibu bapanya sedang makan di meja" disebut "Dia punya mak-bapa ada dudok makan do sblah punya mejah". Selain itu, mereka menggunakan kata ganti 'ini' dan 'itu' mendahului kata nama, iaitu berbeza dengan bahasa Melayu.
  • Orang-orang Baba tidak tahu tentang perkataan-perkataan yang berhubung dengan agama Islam.


Perbendaharaan kata sunting

Kata ganti nama sunting

  • saya = goa ( góa)
  • anda = lu ()
  • dia = i ( i)
  • kita = wa lang (我人 góa lâng)

Perkataan berkaitan dengan hubungan sanak saudara sunting

Perkataan-perkataan yang berkaitan dengan hubungan sanak saudara semuanya adalah daripada bahasa Hokkien kecuali mak, adik, dan abang:

  • ayah = 'ntia ( tia)
  • datuk = 'ngkong ( kong)
  • kakak = tachi (大姊 tōa-chí)
  • bapa saudara = impek ( peh)
  • adik bapa = nchek ( chek)
  • suami kakak = chau (姐夫 chiá-hu)

Perkataan berkaitan dengan rumah sunting

  • ibu rumah = tian ( thian)
  • kawasan tengah tanpa bumbung = chimchi (深井 chhim-chin)
  • tingkat atas = loteng (樓頂 lâu-téng)
  • serambi dalam = pangkeng (房間 pâng-keng)
  • serambi luar tanpa bumbung = la-pen (樓板? lau-pin)
  • lampu = teng atau tanglung (燈籠 teng-liong)
  • meja = toh ( toh)
  • permaidani = tanak (毯仔 thán-á)
  • cat = chat ( chhat)

Bagaimanapun, peralatan dapur diberi nama Melayu, kecuali barangan jenis Cina seperti:

  • teko = tekuan (茶壺 tê-kòan)
  • sudu sup = tngsi (湯匙 thng-sî)
  • cerek = teko (茶壺 tê-kó͘)

Terdapat satu pengecualian, iaitu sumpit yang berasal daripada bahasa Melayu, "sepit" (iaitu penyepit). Orang-orang Baba menggunakan perkataan Melayu bagi perkara memasak, kecuali 'mengukus' yang dipanggil tīm (). Bagaimanapun, kebanyakan masakan mereka diberi nama Cina seperti bami, tauyu, kianchai, kuchai, dan sebagainya. Beberapa jenis pakaian juga diberi nama Cina.

Perkataan berkaitan dengan agama sunting

Perkataan-perkataan berkaitan dengan agama menunjukkan lagi satu aspek pengaruh budaya Cina dalam kehidupan orang Baba:

  • tokong = bio ( biō)
  • tokong besar atau dewa Cina = tokong (mungkin daripada nama dewa, Tua Pek Kong (大伯公 Tōa-Peh Kong))
  • membakar colok = sio-hio (燒香 sio-hiun)
  • melutut = kui ( kūi)

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  • Victor Purcell. Orang-orang Cina di Tanah Melayu. Diterjemahkan oleh Nik Hasnaa Nik Mahmood. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (1997). ISBN 983-52-0095-5