Bahasa Isyarat New Zealand

Bahasa Isyarat New Zealand (NZSL) merupakan bahasa utama masyarakat tuli di New Zealand. Ia telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi New Zealand pada April 2006, bersama bahasa Inggeris dan bahasa Maori.

Bahasa Isyarat New Zealand
New Zealand Sign Language (NZSL)
Asli kepadaNew Zealand
BANZSL
  • Bahasa Isyarat New Zealand
Kod bahasa
ISO 639-2sgn-NZ
ISO 639-3nzs

NZSL berasal daripada Bahasa Isyarat British (BSL), dan boleh dikatakan sejenis loghat BANZSL. Terdapat 62.5% persamaan antara BSL dan NZSL, berbanding dengan 33& persamaan dengan Bahasa Isyarat Amerika Syarikat.

NZSL banyak menggunakan bentuk bibir bersampingan isyarat tangan dan pergerakan muka untuk menyampaikan isyarat. Kosa katanya termasuklah konsep Maori seperti marae dan tangi, serta isyarat tertentu untuk nama tempat di New Zealand.

Rujukan sunting