Bahasa Kadazandusun

bahasa piawai rumpun Kadazan dan Dusun di Sabah

Bahasa Kadazandusun[1] (Boros Kadazandusun, Boros Momogun, Boros Mamasok) merupakan bahasa yang digolongkan dalam kelompok Melayu-Polinesia dalam rumpun bahasa Austronesia[2]. Bahasa ini dituturkan oleh komuniti Kadazan dan Dusun di Sabah. Berdasarkan kepada Jabatan Perangkaan Negara, daripada banci penduduk tahun 2010 ialah kira-kira berjumlah 568,575 orang berbanding pada tahun 2000 hanya berjumlah 479,944 orang (Banci penduduk dan Perumahan Tahun 2000). Bahasa Kadazandusun menjadi sebagai media penghubung dalam komunikasi antara mereka. Bahasa Kadazandusun mempunyai saudara terdekat dengan bahasa Murutic dan paitanic walaupun membunyai perbezaan besar dari sebutan dan pembentukan dari morfologi dan sintaksis. Perjanjian perisytiharan[1] Bahasa Kadazandusun sebagai bahasa rasmi telah diadakan pada 24 Januari 1995 di antara Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) dengan Persatuan Dusun Sabah Bersatu (USDA). Ini bermaksud bahawa Bahasa Kadazandusun yakni gabungan dua istilah iaitu 'Kadazan' dan 'Dusun' merupakan bahasa rasmi yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak adalah tindakan yang cukup baik untuk perkembangan dan pembangunan bahasa ini pada masa akan datang.

Sejarah sunting

Berdasarkan kajian pengkaji bahasa linguistik[3] bahawa Bahasa Kadazandusun merupakan bahasa dari kumpulan bahasa Austonesian. Manakala pengkaji lain pula menyatakan bahasa ini tergolong dalam kumpulan bahasa Dusunic Asli (Indigenous Dusun Tribe) yakni termasuk dalam keluarga besar bahasa Ausronesia di mana mempunyai kaitan dengan bahasa yang dituturkan di Selatan Filipina[4]. Kadazandusun mempunyai persamaan dari segi aspek tatabahasa dengan bahasa di Filipina terutamanya bahasa Tagalog (Bahasa rasmi negara Filipina) dan juga mempunyai persamaan sebutan bebarapa perkataan dalam bahasa Melayu (Bahasa rasmi negara Malaysia). Walau bagaimanapun, kedua-dua persamaan tersebut mempunyai bilangan yang sedikit dan boleh dikatakan ianya tidak boleh memahami antara satu dengan lain. Berikut adalah kedudukan suku-suku dusunic di negeri Sabah yakni walau bahasa itu diputarbelit oleh penuturnya masih boleh difahami kerana marfologi dan sintaksis adalah sama, cumanya sebutan dan beberapa istilah atau perkataan mungkin ada perbezaan sedikit mengikut kampung atau daerah:

Suku Dusunik Kawasan didiami
Dusun Liwan Ranau, Tambunan, Keningau, Daerah Kecil Sook, Tuaran, Kota Belud, dan Tamparuli
Dusun Bundu Tamparuli, Tuaran, Ranau, Keningau, Daerah Kecil Sook, Tambunan, Kota Belud, Penampang
Dusun Tindal Kota Belud, Kota Marudu, Monggis Ranau dan Tenghilan
Dusun Tobilung Kota Belud, Kota Marudu, Kudat dan Inanam
Dusun Lotud Tuaran, dan Tampasuk Kota Belud
Dusun Kuriyou Bingkor Keningau
Dusun Talantang Kg.Mindohuon Lama, Kg.Ponulangan, Kg.Tubau, Kg.Pudau, Kg.Kodop, Kg.Piasau, Kg.Nimabali, dan Kawiyan di daerah Ranau, Kg. Bunga Raya Keningau, Sugut dan Kota Marudu (Ranau, Keningau, Sugut dan Kota Marudu)
Momogun Rungus Kudat dan Pitas
Dusun Labuk Beluran dan Telupid
Dusun Tangara'/Tangaa'/Kadazan Kadazan di Penampang, Kadazan di Papar, dan Kadazan di Mambakut, Tawau
Dusun Minokok Sook, Telupid, Koromuak dan Kinabatangan di Daerah Sandakan
Dusun Tinagas Kaingaran, Molinsou, Kawiyan serta Karagasan di daerah Ranau dan Kota Marudu
Dusun Kimaragang Kota Marudu dan Pitas
Dusun Sonsongon Kg. Sonsongon, Magandai dan suyad di Kota Marudu
Dusun Dumpas Kinabatangan, Sugut dan Sandakan
Dusun Sukang asal penempatan di tongod berhijrah ke Koromuak, Intilibon, Bukit Garam dan sepanjang daerah Kinabatangan
Dusun Mangkaak Kuamut, Koromuak, Tongod
Dusun Sangau Intilibon, Bukit Garam dan Koromuak
Dusun Malapi Tongod
Dusun Tindakon Balat Kawasan Hilir Kinabatangan
Dusun Tompulung Tongod
Dusun Sogilitan Kg. Miruru, Mangkadait, Maringkan dan Kopuron di Telupid
Dusun Sandayoh Paitan
Dusun Tilau-ilau Tongod, Beluran
Dusun Garo Kota Marudu
Dusun Bira/Karanaan Kampung Lintuhun, Tanah Rata, Lumondou, Botung dan Karanaan, Tambunan

Dialek Kadazandusun sunting

Seperti bahasa-bahasa lain yang mempunyai dialek dalam kumpulan bahasanya, bahasa Kadazandusun juga tidak terkecuali dengan perbezaan pertuturan atau bahasa yang digunakan mengikut kampung dan daerah. Contoh sahaja di Daerah Ranau yang mana walaupun mendiami dalam satu daerah tetapi setiap kampung akan mempunyai dailek tersendiri dalam percakapan. Maka dengan itu secara umumnya dialek Kadazandusun boleh dipecahkan kepada 4 yang utama iaitu:

Dusun Pantai Barat sunting

Dusun Pesisir Pantai atau Coastal Dusunic (sebutan Kadazandusun: Dusun id Kotogisan) atau juga dikenali sebagai Coastal Kadazan atau Dusun Tangaa' (sebutan oleh Kadazan) atau Tangara' (sebutan Dusun Bundu-Liwan) di mana kumpulan ini mendiami kawasan tanah rata dan kawasan pinggir pantai di Daerah Penampang, daerah Papar, Membakut dan sekitarnya. Maksud Tangaa' atau Tangara' adalah "yang menuruni bukit" atau "turun dari bukit", akibat dari itu mereka digelar sebagai Tangaa' atau Tangara' oleh suku Dusun Tagahas iaitu suku yang tinggal berjiran dengan suku ini (mendiami kawasan Ulu Penampang). Namun zaman kini, kumpulan dialek ini lebih senang dikenali sebagai Kadazan sahaja iaitu Kadazan Penampang dan Kadazan Papar, atau Kadazan Membakut ini kerana dialek Penampang (uvang Penampang) sedikit berbeza dengan dialek Papar (uvang Papar). Contohnya bagi perkataan hujan (rain) dalam dialek Kadazan Penampang menyebutnya 'asam' manakala dialek Kadazan Papar pula menyebut sebagai 'yasam'[5]

Bahasa Kadazan adalah salah satu sub-bahasa dalam Kadazandusun yang boleh dikatakan maju dan berkembang kerana penggunaan bahasa ini meluas dalam penulisan buku, journal mahupun surat khabar tempatan dan diajar di sekolah pada awal kemerdekaan sebelum ianya dimansuhkan. Bahasa ini mirip kepada dialek Liwan (Central Dusunic) tetapi setelah perkembangan kosa kata dan tatabahasa maka bahasa ini mampu berdiri sendiri tanpa disandarkan kepada mana-mana dialek serumpun. Jumlah penutur hampir 100,000 orang. Umumnya bahasa yang dituturkan di kawasan Penampang dan Papar ini menggunakan konsonan /Z/ bagi mengantikan huruf /Y/, /V/ mengantikan huruf /W/ manakala /L/ mengantikan huruf /R/, tetapi tanpa huruf /L/ menggantikan huruf /R/, dan juga /H/ pula mengantikan huruf /L/ dalam sesetengah perkataan.

Dialek Kadazan Penampang sunting

Dialek Kadazan Penampang inilah dialek yang digunakan dalam siaran radio dan penulisan dalam surat khabar. Berikut adalah contoh dialek Kadazan Penampang.

Kadazandusun Piawai Kadazan Penampang Melayu
Boros boos kata; cakap
bawang bavang sungai
tayam tazam binatang; haiwan
tulun tuhun orang
labus habus keluar
ruputan; luputan luputan laporan
sumandak hahangai gadis; dara sunti
tanak wagu buvazoi; tanak vagu pemuda; jejaka
yoku; oku zou saya
rasam asam hujan
kopio kopizo, kozo sangat
tungau tingau kucing
osonong avasi bagus; baik; elok
guugulu guuguhu dahulu; dulu-dulu; zaman dahulu
kopiruba kopisoomo berjumpa
modsinding; suminding humozou menyanyi

Dialek Kadazan Papar sunting

Kadazan Papar mendiami di kawasan daerah Papar dengan dialek sedikit perbezaan yang digunakan di daerah Penampang. Namun setelah penjenamaan semula nama 'Dusun' kepada "Kadazan', kelompok ini menerima dengan hati terbuka nama baharu mereka iaitu Kadazan. Dan kini bahasa Papar mengadaptasi dialek Kadazan Penampang dalam perbualan harian kerana bahasa tersebut digunakan dalam siaran radio dan surat khabar. Contoh dialek Kadazan Papar berdasarkan mini-kamus oleh A.L Gossens:

Kadazandusun Piawai Dialek Kadazan Papar Melayu
boros boos kata; cakap
bawang bavang sungai
tayam yayamu; yamu-yamu binatang; haiwan
tulun uhun orang
labus habus luar
ruputan popohabal laporan
sumandak baabazad; bazad-bazad gadis; dara sunti
tanak wagu hangai-hangai; tanak vagu pemuda; jejaka
yoku; oku zou; ou saya
rasam yasam hujan
awagat ovontod berat
tungau izing kucing
kumakap kumozou menziarahi
imbulai jumahak muncul
modsinding; suminding yumohou menyanyi

Dusun Utara sunting

Dusun Utara atau Northern Dusunic juga disebut (Dusun id kabaabatan) adalah penutur bahasa Kadazandusun yang tinggal di utara Sabah yakni meliputi Daerah kudat, Daerah Pitas, Kota Marudu dan sekitarnya. Uniknya Northern Dusunic khususnya Rungus ingin diri mereka dikenali atau dipanggil sebagai Momogun Rungus[6], pendapat mereka istilah Momogun adalah istilah yang benar bagi keturunan Kadazandusun dari Nunuk Ragang dan harus dipertahankan selama-lamanya serta nama Momogun ini mempunyai darjat dan nilai yang tinggi terhadap bangsa, kebudayaan dan keturunan.

Dialek ini mempunyai sedikit perbezaan dengan Coastal Dusunic atau mana-mana dialek Dusunic lain di mana mereka mempunyai cara sebutan yang unik. Northern Dusunic ini termasuklah Momogun Rungus, Dusun Tobilung dan Dusun Kimaragang, terdapat sub-dailek seperti Gandahon, Gonsomon, Nuluw, Tupak dan Pilapalzan [sub-dialek Momogun Rungus]. Walau bagaimanapun, Variasi dailek antara Momogun Rungus, Dusun Tobilung serta Dusun Kimaragang mempunyai sebutan dan intonasi yang berbeza dengan ketara. namun masih memahami antara satu dengan lain.

Dialek Momogun Rungus sunting

Kadazandusun Piawai Momogun Rungus Melayu
Otopot banal betul; benar
bawang bavang sungai
tayam dupot binatang; haiwan
tulun tulun orang
labus N/L luar
lamin valai rumah
sumandak sumuni gadis; dara sunti
yoku; oku yoku saya
rasam dumarun; darun hujan
awagat avagat berat

Dialek Kimaragang sunting

Contoh dibawah contoh dialek Kimaragang berdasarkan kepada kajian Jim Johansson[7]

Juga dikenali sebagai Dusun Sokid oleh Tanggara (Tanggaa) atau Kadazan yang mendiami kawasan pedalaman Sabah atau Dusun yang berlokasi di tengah Sabah merupakan kelompok terbesar dalam keluarga bahasa Kadazandusun. Berdasarkan kepada laporan Ethnologue bahawa[8] kawasan yang didiami oleh kumpulan ini ialah Beaufort, Kota Belud, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Kinabatangan, Keningau, Labuk-sugut, Penampang, Papar, Ranau, Tambunan, Tuaran dan Daerah Tawau (minoriti). Mereka membentuk 1/3 jumlah keseluruhan dalam keluarga Kadazandusun yang ada di Sabah. Dialek-dialek dalam Central Dusun ini boleh bertutur dan memahami antara dailek. Maksudnya tidak mempunyai masalah berkomunikasi sesama mereka. Berikut adalah dailek-dialek yang dituturkan dalam kumpulan bahasa Central Dusun iaitu:

Juga dikenali sebagai dialek Dusun Mosilou, majoriti tinggal di Sugut dan Daerah Labuk, Mosilou Daerah Ranau, dan Ulu Penampang Sub-dialek ini juga terdapat di Kota Marudu setelah berlaku penghijrahan pada masa dahulu iaitu di Kampung Talantang 1 dan Talantang 2. Kadang-kadang suku ini dikenali sebagai Tilan-ilan, Dusun, Sugut, dan Tanggal. Terdapat dua dailek terbesar iaitu Talantang dan Tinagas. Contoh perkataan dialek Talantang ialah "mori-lah", "kopijo-benar: betul", "modju;poju-mandi". Jika dialek Kadazan sinonim dengan penggunaan fonem konsonan /z/ /v/ dan /l/ dan Dialek Bundu-Liwan sinonim dengan fonem konsonan /y/ /w/ dan /r/ tetapi dialek Talantang sinonim dengan fonem konsonan /j/ /w/ dan /r/. Berikut adalah contoh dialek Talantang dengan perbandingan bahasa Kadazandusun piawai:

Dusun Pantai timur / Kadazan Labuk-Kinabatangan sunting

Dusun Pantai Timur (Dusun id kosilahon) atau Eastern Dusunic adalah meliputi Telupid, Beluran, Sandakan, Kinabatangan dan Tongod. Juga dikenali beberapa nama iaitu Eastern Kadazan, Sogilitan, Tindakon dan Tompulung[9] Antara Dusun Pantai Timur yang terlibat ialah Dusun Mangkaak, Dusun Lamaag, sukang, Tindakon, Tompulung, Malapi, Minokok, Dumpas dan sebagainya.

Dialek Dusun Pantai Timur ini mempunyai perbezaan ketara dengan dialek serumpun yang lain seperti Coastal Dusun, Northern Dusun, dan Central Dusun. Bunyi dan sebutan mempunyai gaya tersendiri bila mana berkomunikasi sesama mereka. Kelompok Dusun Pantai Timur masih boleh memahami sesama dialek walaupun terdapat beberapa perkataan yang berbeza.

Central Dusun sunting

Juga dikenali sebagai Dusun Sokid oleh Tanggara (Tanggaa) atau Kadazan yang mendiami kawasan pedalaman Sabah atau Dusun yang berlokasi di tengah Sabah merupakan kelompok terbesar dalam keluarga bahasa Kadazandusun. Berdasarkan kepada laporan Ethnologue bahawa[10] kawasan yang didiami oleh kumpulan ini ialah Beaufort, Kota Belud, Kota Kinabalu, Kota Merudu, Kinabatangan, Keningau, Labuk-sugut, Penampang, Papar, Ranau, Tambunan, Tuaran dan Daerah Tawau (minoriti). Mereka membentuk 1/3 jumlah keseluruhan dalam keluarga Kadazandusun yang ada di Sabah. Dialek-dialek dalam Central Dusun ini boleh bertutur dan memahami antara dailek. Maksudnya tidak mempunyai masalah berkomunikasi sesama mereka. Berikut adalah dailek-dialek yang dituturkan dalam kumpulan bahasa Central Dusun iaitu:

Dialek Ulu Sugut sunting

Juga dikenali sebagai dialek Dusun Mosilou, majoriti tinggal di Sugut dan Daerah Labuk, Mosilou Daerah Ranau, dan Ulu Penampang Sub-dialek ini juga terdapat di Kota Merudu setelah berlaku penghijrahan pada masa dahulu iaitu di Kampung Talantang 1 dan Talantang 2. Kadang-kadang suku ini dikenali sebagai Tilan-ilan, Dusun, Sugut, dan Tanggal. Terdapat dua dailek terbesar iaitu Talantang dan Tinagas. Contoh perkataan dialek Talantang ialah "mori-lah", "kopijo-benar: betul", "modju;poju-mandi". Jika dialek Kadazan sinonim dengan penggunaan fonem konsonan /z/ /v/ dan /l/ dan Dialek Bundu-Liwan sinonim dengan fonem konsonan /y/ /w/ dan /r/ tetapi dialek Talantang sinonim dengan fonem konsonan /j/ /w/ dan /r/. Berikut adalah contoh dialek Talantang dengan perbandingan bahasa Kadazandusun piawai:

Kadazandusun Piawai Dialek Kimaragang Melayu
mantad mantad dari
kaanu kaanu dapat mengambil; mendapat
boros boros kata; cakap
waig weeg air
isoiso iseeso satu-satu
naakan naakan dimakan
podsu modsu mandi
nonggo siombo mana
imuhawan posopuoh sapuhkan
walai walay rumah
songgira sera bila
rasam darun hujan
Kadazandusun piawai Talantang Melayu
Kopio kopijo benar; betul
kopisuayan kopisuajan perbezaan
agayo agajo besar
kiwaa, haro waro ada; mempunyai
nonggo siongo mana

Dialek Liwan sunting

Dailek Liwan juga dikenali sebagai Hills Dusun (Dusun Bukit/gunung), atau selalunya disandarkan kepada nama daerah iaitu 'Dusun Ranau'. Salah satu dialek yang diiktiraf sebagai dialek rasmi bahasa Kadazandusun yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah berdasarkan persetujuan yang dilakukan oleh kedua-dua persatuan KDCA dan USDA. Asal usul nama Liwan adalah diambil sempena nama kayu yang banyak tumbuh di kawasan penempatan suku ini menyebabkan dialek mereka disandarkan kepada nama kayu Liwan. Namun pendapat ini belum dapat dibuktikan keshahihannya, oleh itu diharap asal-usul 'Dusun Liwan' ini dapat dibuktikan dalam dokumen yang autentik.

"Trandmark" untuk dialek ini biasanya menggunakan sebutan 'mala' dalam percakapan harian mereka yang tidak digunakan mana-mana dailek dalam rumpun keluarga Dusunik. Dialek ini mempunyai variasi sebutan dari nada lembut hingga variasi sederhana keras. Contohnya, ton dan nada bunyi di Kampung Sosondoton Ranau berbeza dengan ton dan nada bunyi di Kampung Marampong Keningau. Setiap sub-dailek seperti Liwan Kundasang, Liwan Keningau, dan Liwan Tambunan yang wujud masih boleh memahami dengan 99.9% perkataan pada setiap sub-dialek yang ada bila mana berbicara sesama mereka. Cuma bezanya ialah nada, ton dan bunyi percakapan. Bunyi fonem vokal /o/ seakan-akan bunyi /e/ dalam sebutan sesuatu perkataan. Walau bagaimanapun, Fonem vokal dialek Liwan hanya empat sahaja iaitu /a/, /i/, /o/ dan /u/ iaitu sama dengan fonem vokal dalam keluarga bahasa Dusunik yang lain. Berikut adalah contoh perkataan dialek Liwan:

Kadazandusun Piawai Liwan Melayu
nonggo hinonggo mana
tingau tungau kucing
kiwaa, haro haro ada
lamin walai rumah
winoun winoun alam semester
tinaru tinaru bangsa
aiso awiso;inggaa tiada
amu, au awu tidak
pomogunan pomogunan negara; dunia
gakod hakod kaki
kopiruba kopisolowot berjumpa

Dialek Bundu sunting

Dusun Bundu juga merupakan dialek yang diiktiraf sebagai dialek rasmi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah seluruh Sabah. "Trademark" Dialek ini sering menggunakan "haitt" dalam pertuturan harian mereka yang tidak dikongsi oleh mana-mana suku Dusunic yang lain. Mendiami kawasan seperti Tuaran, Tamparuli, Inanam, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Menggatal dan lain-lain. Asas dialek Bundu tanpa digunakan huruf 'w'. Berikut adalah contoh dialek yang digunakan oleh dialek Bundu:

Kadazandusun Piawai Bundu Melayu
nonggo hombo mana
tungau dungau kucing
kiwaa, haro alo ada; mempunyai
lamin dualai rumah
winoun tinoun alam semester
tinaru tinaru bangsa
aiso aiharo tiada
ginawo ginaoh hati
gakod takod kaki
sawo saoh suami/isteri; kahwin
ngawi ngaie semua
kopiruba kopisoloot berjumpa

Bahasa Kadazandusun piawai sunting

Bahasa Kadazandusun adalah istilah yang digunakan merujuk kepada bahasa yang diajar di sekolah-sekolah di seluruh Sabah dan beberapa sekolah di Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang berteraskan kepada dialek Bundu-Liwan piawai dan diperkaya dengan dialek-dialek lain dari kelompok Coastal Kadazan, Northern Dusun, Eastern Dusun dan dalam sub-dialek kumpulan Central Dusun itu sendiri. Cara ini dapat meningkatkan dan meninggikan martabat bahasa tersebut. Memartabatkan bahasa ini bukan sahaja dilihat dari segi peningkatan penutur dikalangan Kadazandusun atau penggunaan dalam siaran di radia-radio tempatan tetapi juga perlu melakukan penelitian, perancangan, dan seterusnya perlaksanaan dalam penulisan dan komunikasi yang meluas iaitu lebih kepada pengkodan bahasa Kadazandusun.

Fonologi sunting

Fonetik bermaksud pengkajian terhadap bunyi bahasa pada sesuatu kaum atau bangsa. tujuan fonetik ini ialah menyusun bunyi yang dihasilkan dalam sesuatu bahasa yang wujud di dunia. Selalunya kajian terhadap fonetik bahasa menjurus kepada situasi penghasilan bunyi dan situasi fizikal bahasa. Manakala fonologi pula ialah kajian sistem bunyi pada sesuatu bahasa itu dengan tujuan menentukan persamaan bunyi yang sama atau fonemik[11]. Akan dibincangkan Fonologi bahasa kadazandusun secara ringkas agar pembaca mendapat gambaran umum akan tatabahasa bahasa ini.

Sistem ejaan sunting

Kadazandusun tidak mempunyai aksara asli yang diperturunkan oleh nenek moyang kepada generasi sekarang. Oleh yang demikian, Bahasa Kadazandusun hanya meminjam abjad roman sebagai wadah menyampaikan maklumat berbahasa kadazandusun kepada orang ramai. Oleh itu huruf (pimato) vokal dalam Bahasa Kadazandusun piawai hanya mengandungi empat jenis vokal iaitu /a/ /i/ /o/ dan /u/. Manakala vokal /e pepet/ dan /e taling/ adalah vokal pinjaman di mana digunakan dalam perkataan-perkataan pinjaman. Selain itu, terdapat juga 4 vokal panjang (Mora) dalam bahasa Kadazandusun yang boleh dilihat di bawah:

aa ii oo uu
basaan dii roo buuk
baju, pakaian partikel dagu buku

Pimato konsonan bahasa Kadazandusun pula berjumlah 21 iaitu 16 huruf adalah huruf konsonan asli dan 5 huruf lagi adalah huruf konsonan pinjaman. Antara konsonan asli Kadazandusun ialah /b/ /d/ /g/ /h/ /l/ /m/ /n/ /p/ /r/ /s/ /t/ /v/ /w/ /y/ dan /z/ manakala kosonan pinjaman pula ialah /c/ /f/ /j/ /q/ dan /x/. Walaupun bahasa Kadazandusun tidak mempunyai tulisan sendiri tetapi Dr. Mohd Zakaria Ilyas telah mencipta satu tulisan Kadazandusun yang dikenali sebagai Gagarit Abada do Kadazandusun (Tulisan Abada Kadazandusun).

Fail:Sajak Huminodun dalam Tulisan Abada.jpg
Sajak: Huminodun dalam Tulisan Abada Kadazandusun

Sistem bunyi sunting

Sistem bunyi dalam Bahasa Kadazandusun ialah pada huruf /b/ dan huruf /d/. Huruf konsonan /b/ akan di bunyikan dengan dua cara iaitu plosive (letusan bibir) dan non-plosive (bukan letusan bibir) contohnya:

Bunyi letusan bibir Bunyi bukan letusan bibir
liaas, baman boros, siriba
jambu batu, butang cakap, bawah

Dibawah pula adalah contoh bagi huruf konsonan /d/

Bunyi letusan bibir bunyi bukan letusan bibir
sonulu, okutul doho, dila
kuku, doktor saya punya, lidah

Morfologi sunting

Morfologi ialah lapangan ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan pengolongan kata. semua unit dalam unsur bahasa dipanggil sebagai morfem. Morfem ialah satu unit yang mencipta suku kata yang tertentu dan mempunyai maksud. Contoh:

  • Dua morfem - monuat (moN + suat - menulis)
  • morfem lebih daripada dua - songkopokidukarukan (soN + ko + po + ki + dukaruk + an - sembarang saja mencari sayur dukaruk)

Pengolongan kata dalam bahasa Kadazandusun boleh dipecahkan kepada:

  1. Boros Ngaran (Kata nama)
  2. Boros Maan (Kata kerja)
  3. Boros Ula (Kata adjektif)
  4. Boros Toguangon (Kata tugas)

Boros Ngaran sunting

Pengolongan Boros Ngaran (Kata Nama) adalah kata yang digunakan untuk menamakan orang (tulun), binatang (tayam), tempat tinggal (kinoyonon) dan benda (kakamot). Boros Ngaran terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

Boros Ngaran Poimbida sunting

Boros Ngaran Poimbida (Kata Nama Khas) adalah merujuk kepada benda, orang, tempat tinggal dan kesatuan dengan ejaan pada awal huruf adalah huruf besar. Dibahagikan kepada dua iaitu Boros Ngaran Poimbida Poimpasi (Kata Nama Khas Hidup) dan Boros Ngaran poimbida au Poimpasi (Kata Nama Khas Tak Hidup). Contoh Boros Ngaran Poimbida Poimpasi ialah [tulun: Ahmad, Jamil, Ah Kong, Kuntagil] dan [tayam - Tompok, Putut, Yasu, Gompurak]. Manakala contoh Boros Ngaran Pombida Au Poimpasi pula ialah [kinoyonon - Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Bangunan Tun Mustafa] dan [Koisaan - KDCA, USDA, ASEAN] serta {kakamot - Parker, Proton Saga]

Boros Ngaran Koizaai sunting

Boros Ngaran Koizaai (Kata Nama Am) ialah bersifat umum sifatnya. Dibahagi kepada dua iaitu Boros Ngaran Koizaai Abstrak (Kata Nama Am Abstrak) dan Boros Ngaran Koizaai Konkrit (Kata Nama Am Konkrit). Contohnya Boros Ngaran Koizaai Abstrak ialah [tinipi-mimpi, rusod-roh, pitimungan-persatuan, sunduan-semangat] manakala Boros Ngaran Koizaai Konkrit ialah [longon-tangan, lamin-rumah, bawang-sungai, rahat-laut]

Boros Ponowoli Ngaran sunting

Boros Ponowoli Ngaran atau Kata Ganti Nama dibahagikan kepada dua iaitu Boros Ponowoli Ngaran Ponuduk (Kata ganti Nama tunjuk) dan Boros Ponowoli Ngaran sondii (Kata Ganti Nama diri). Boros Ponowoli Ngaran Ponuduk (Kata Ganti Nama Tunjuk) boleh dilihat jadual di bawah.

Kata Tunjuk Fungsi Keterangan
ino-itu barang yang ditunjuk barang yang dimaksudkan dekat dengan yang mendengar
iti-ini barang yang ditunjuk barang yang dimaksudkan berada di tangan yang bercakap
ilo-itu barang yang ditunjuk barang yang dimaksudkan berjauhan dengan yang bercakap dan mendengar
huudi-itu barang yang ditunjuk barang yang dimaksudkan berjauhan dengan yang bercakap dan mendengar
hino- sana barang yang ditunjuk barang yang dimaksudkan berjauhan dan tidak dilihat oleh yang bercakap tetapi berdekatan dengan yang mendengar
hiri - sana barang yang ditunjuk barang yang dimaksudkan berjauhan dan tidak dilihat oleh yang bercakap dan mendengar
hilo - sana barang yang ditunjuk barang yang dimaksudkan berjauhan yang bercakap dan mendengar
hiti - sini barang yang ditunjuk barang yang dimaksudkan dekat dengan yang bercakap tetapi berjauhan yang mendengar

Boros Ponowoli Ngaran Sondii (Kata Ganti Nama Diri) boleh dibahagikan lagi kepada dua iaitu Boros ponowoli ngaran ponguhot (Kata ganti nama tanya) dan Boros ponowoli ngaran do tulun (Kata ganti nama orang). Contoh Boros ponowoli ngaran penguhot (Kata ganti nama tanya) ialah:

  1. Onu/Nunu = Onu mangan nu? (Anda buat apa?), Nunu ilo? (Apakah itu?)
  2. Isai = Isai ngaran nu? (Siapakah nama anda?)
  3. Nonggo = Nonggo tadon nu? (Anda dari mana?)

Boros ponowoli ngaran do tulun (Kata ganti nama orang) boleh dilihat dibawah:

Merujuk kepada diri sendiri merujuk kepada kata kerja kepunyaan kepemilikan
yoku - I oku - I ku - my doho - mine
yato/iyahai - we kito/yahai/ikoi - we dato/dahai - our dato/dahai - ours
yotokou - we tokou - we tokou - our dotokou - ours
ika/ia' - you ko/ia' nu dia'/dika
ikoyu kou dikoyu dikoyu
isio - he sio - his disido disido
isido - she sido dosido dosido
yolo yolo diolo diolo

Boros Maan sunting

Boros Maan atau Kata Kerja dibahagikan kepada dua ketegori iaitu:

Boros Maan Transitif sunting

Boros Maan Transitif (Kata Kerja Transitif) adalah kata kerja yang mempunyai objek. Dipecahkan kepada dua bahagian iaitu:

1. Boros Maan Transitif Aktif (Kata Kerja Transitif Aktif)

yakni kata kerja yng mempunyai imbuhan awalan moN-

Contoh:

  • Manandang [menendang]
  • Momuhu [mengutip, memungut]
  • Monombir [menjahit]
  • Momonsoi [membuat]

Poomitanan nuludanboros/contoh ayat:

  • Manandang i Jamil do buul. [Jamil menendang bola.]
  • Momuhu i John do pisa'. [John mengutip duit syiling.]
  • Monombir i tama ku do gonob. [Emak saya menjahit kain sarung.]
  • Momonsoi i tapa ku do tundalo. [Bapa saya membuat rambat.]

2. Boros Maan Transitif Pasif/Kata Kerja Transitif Pasif

Kata kerja yang mempunyai kata imbuhan sisipan -in-, contohnya:

  • tinandang
  • pinuhu
  • tinombir
  • winonsoi

Poomitanan nuludanboros/contoh ayat:

  • Tinandang di Jamil ilo buul. [Bola itu ditendang oleh Jamil.]
  • Pinuhu di John ilo pisa'. [Duit syiling itu dipungut oleh John.]
  • Tinombir di tama ku ilo gonob. [Kain sarung itu dijahit oleh emak saya.]
  • Winonsoi di tapa ku ilo tundalo. [Rambat itu dibuat oleh bapa saya.]
Boros Maan Okon Transitif sunting

Boros Maan Okon Transitif (Kata Kerja Tak Transitif) ialah kata kerja yang tidak mempunyai objek. Terdapat dua jenis iaitu:

1. Boros Maan Okon Transitif kipomogonop/Kata Kerja Tak Transitif berpenyambut.

iaitu kata kerja yang mesti disertakan dengan kata penyambut untuk menjelaskan maksud ayat.

Poomitanan/contoh:

  • Kiwaro Buuk Moral di Polina. [Polina ada sebuah Buku Moral.]
  • Dumadi do mongingia' i Jamil. [Jamil menjadi seorang guru.]
  • Mion i yaki id kampung. [Datuk tinggal di kampung.]

b. Boros Maan Okon Transitif aiso Pomogonop/Kata kerja Tak Transitif tiada kata penyambut.

  • Mosik doungosuab. [bagun pagi.]
  • Kongingis i Monika. [Monika tersenyum.]
  • Mamanau isio. [dia berjalan.] - lelaki (he)
  • Mambasa isido. [dia membaca.] - perempuan (she)
Pananḏa Fokus sunting

Pananḏa Fokus (Penanda Fokus) berfungsi untuk menanda fokus dan masa.

a. Boros Maan Saabagi Pananda Fokus/Kata kerja sebagai Penanda Fokus.

Terdapat tiga fokus kekal iaitu:

I momomonsoi/penerima I noontok/yang terkena I monorimo/yang menerima
mamalapak - membelah lapakon - dibelah lapakan - akan dibelah
momoli - membeli ḇolion - dibeli ḇolian - akan dibeli
monomḇir - menjahit tomḇiron - dijahit tomḇiran - akan dijahit
Mamalapak i Doni do sadur - Doni membelah buah tembikai Lapakon di Doni ilo sadur - Buah tembikai itu dibelah oleh Doni Lapakan di Doni i taki dau dilo sadur - Datuknya dibelahkan buah tembikai itu oleh Doni
Momoli i Jon do sada - Jon membeli ikan Bolion di Jon ilo sada - Ikan itu dibeli oleh Jon Bolian di Jon i tina dau dilo sada - Emaknya dibelikan ikan itu oleh Jon

2. Boros Maan Sabaagi Pananḏa Timpu

Apa sahaja pekerjaan yang telah berlalu perlu ditambah sisipan -in- dan imbuhan lain mengikut fokus. Apa sahaja pekerjaan yang telah selesai perlu ditambah imbuhan awalan no-, noko- dan imbuhan ansipan no-...-an mengikut fokus. Contoh:

I minomonsoi/penerima I noontok/yang terkena I monorimo/yang menerima
Minamalangga - telah membersihkan linanggaan - telah dibersihkan linanggaan - telah dibersihkan
minomupu - telah mencuci pinupuan - telah mencuci pinupuan - telah mencuci
minomoli - telah membeli binoli - telah dibeli binolian - telah dibeli
Minamalangga yahai do natad lamin di Liza - Kami telah membersihkan halaman rumah Liza Linanggaan dahai o natad lamin di Liza - Halaman rumah Liza telah dibersihkan oleh kami Linanggaan dahai i Liza do natad lamin - Halaman rumah milik Liza telah dibersihkan oleh kami

Boros Ula sunting

Boros Ula (Kata Adjektif) terbahagi kepada sembilan kategori iaitu:

Boros Ula Woyo sunting

Boros Ula Woyo atau Kata Adjektif keadaan. Contohnya (hanya menyenaraikan beberapa perkataan)

Boros Ula Woyo Melayu
Olumis cantik
Olidas sihat
Otiil nakal
Atama berani
Ogingo cantik
osuau peramah
Aarau tergesa-gesa
Orosian takut
Boros Ula Warana sunting

Boros Ula Warana dan Kata Adjektif Warna (hanya menyenaraikan beberapa perkataan). (nota: dalam bahasa Kadazandusun tradisi warna diertikan sebagai 'wotik')

Boros Ula Warana/Wotik Melayu
Opurak putih
Aragang merah
Oitom hitam
Otomou hijau
Obulou biru
buragang merah jambu
Osilou kuning
Obuhog Kelabu
Boros Ula Bontuk sunting

Boros Ula Bontuk atau Kata Adjektif Bentuk

Boros Ula Bontuk Melayu
Obulugu' bulat
Alandui bujur
Okilong bengkok
opipi nipis
akampis kempis
alabi leper
alaab lebar
Boros Ula Ponuku sunting

Boros Ula Ponuku atau Kata Adjektif Ukuran

Boros Ula Ponuku' Melayu
Anaru panjang
Oniba' pendek
Akawas tinggi, high
Okoro' kecil
Osiriba rendah
Akapal tebal
Agayo besar
Boros Ula Timpu sunting

Boros Ula Timpu atau Kata Adjektif Waktu

  • alaid-lama
  • oruhai-sekejap
  • totuong-malam
  • wagu-baru
  • nakalaid-sudah lama
  • guugulu-dahulu
  • konihab-semalam, kelmarin
  • suab-esok
  • sominggu-seminggu
  • sangadau-sehari
  • minsosodop-menjelang petang
Boros Ula Poingkuro sunting

Boros Ula Poingkuro atau Kata Adjektif Bagaimana

  • osiau-laju
  • omio-lambat
  • alaid-lama
  • osikap-pantas
  • oporokis-aktif
  • aarau-tergesa-gesa
  • atarang-jelas
  • asaru-sering
  • odomut-sangat perlahan
Boros Ula Topurimanan sunting

Boros Ula Topurimanan atau Kata Adjektif Perasaan

  • Oupus-kasih
  • langadon-rindu
  • ounsikou-gembira
  • orosian-takut
  • tuuhan-haus
  • orohian-suka
  • otogod-marah
  • osianan-simpati
  • tiodop-mengantuk
  • tigiran-geram
  • oinggorit-sengsara
  • oudipon-letih, penat
Boros Ula Sinodu sunting

Boros Ula Sinodu atau Kata Adjektif Jarak

  • osomok - dekat
  • osodu - jauh
  • oruhai - sekejap; sebentar
Boros Ula Popopurimanan sunting

Boros Ula Popopurimanan atau Kata Adjektif Pancaindera

  • Oroso (rasa)

- aanau-tawar - opoit-pahit - oporot-kelat - opoto-sedap - oonsom-masam - oosin-masin - atauk-empuk - ongorou- - angaro- - opodos-pedas

  • Okito (dilihat)

- olumis-lawa - araat-jahat - awantang-kacak - olundus-cantik - borintik-pelbagai warna

  • Orongou (didengar)

- olombou-garau - agangau-bising - oiyang-bergema

  • osingud (dihidu)

- outong-bau busuk - olonsi-hanyir - olontu-seperti bau kencing - oonsod-seperti bau kambing - owongi-seperti berbau wangi

  • Akama (disentuh)

- aparad-kasar - alamou-licin - okodou-keras - oyopos-basah - oromomol-lembut seperti agar-agar - olomok-gemuk - asagub-lembab - olunau-licin berkilat

Boros Toguangon sunting

Boros Toguangon (Kata Tugas) adalah kata yang tidak mempunyai maksud tetapi mempunyai tugas. Ia boleh dilihat daam frasa, klausa dan ayat.

Boros Popionit sunting

Boros Popionit atau Kata penghubung

Poomitanan/contoh:

  • mooi do - supaya, agar
  • nung - jika
  • toi ko' - ataupun
  • toi - atau
  • om - dan
  • miampai - dengan
  • tu' - kerana, sebab
  • kokomoi - mengenai, berkaitan
  • kumaa - kepada
  • montok - pada
  • id - di
  • doid - di, pada, dalam
  • maya - bersama; ikut; melalui
Boros Kotigagan sunting

Boros Kotigagan (Kata Seru)

Poomitanan/contoh:

  • Odoi!
  • Aḏaḏa!
  • Toi!
  • Atukoi!
  • Adii!
  • Is!
Boros Pongudio sunting

Boros Pongudio (Kata Tanya)

Poomitanan/contoh:

  • nunu-apakah
  • poingkuro-bagaimanakah (keadaan)
  • songkuro-berapakah (nilai)
  • soira-bilakah
  • nonggo tiso-yang mana satu -which
  • nokuro-kenapa
  • isai-siapakah
  • disai-siapakah (Barang kepunyaan) -whose
  • id nonggo- dimanakah
  • piro-berapakah (kuantiti)
Boros Ponuhuan sunting

Boros Ponuhuan atau Kata Perintah

Poomitanan/contoh:

  • Uhupai-tolong
  • kada-jangan
  • ngoyo-ambilkan
  • akan-makanlah
  • maai-cubalah
  • inum-minumlah
  • suang no-masuklah
Boros Ponokodung sunting

Boros Ponokodung atau Kata Bantu

1. Boros Ponokodung Timpu/Kata Bantu Masa

  • ka'a'aanu-baru sahaja diperolehi
  • nokoumbal-telah pernah
  • au po-belum pernah
  • kakal po-masih

2. Boros Ponokodung Topurimanan/Kata Bantu Perasaan

  • Mositi-mesti
  • mumang-mahu
  • milo-boleh
  • kaanu-dapat
  • kawasa - boleh
Boros Pomogirot sunting

Boros Pomogirot atau Kata Penguat

Poomitanan/contoh:

  • kopio-betul,benar
  • tomod-sangat
Boros Popoimagon sunting

Boros Popoimagon atau Kata Penegas.

Poomitanan/contoh:

  • toi
  • ii
  • podii
  • nodii
  • dii
  • nogi
  • no
  • di
  • o
  • do

Tidak dapat diterjemahkan kepada bahasa Melayu, maksud Kata Penegas di atas berdasarkan kepada pembentukan ayat keseluruhannya.

Boros Pongilag sunting

Boros Pongilag atau Kata Nafi

Poomitanan/contoh:

  • au
  • amu
  • okon ii
  • tou
  • inggaa
  • uka
Boros Popotopot sunting

Boros Popotopot atau Kata Pembenar

Poomitanan/contoh:

  • oo'
  • hoo
  • ohoo
  • oou
  • otopot
  • oguddi moti kopio
  • ingkaa nogi ii
Boros Ponuduk sunting

Boros Ponuduk atau Kata Tunjuk

Poomitanan/contoh

  • Kotonobon-Barat
  • Kosilahon-Timur
  • Koibutan- Utara
  • Kabaatan-Selatan
  • sawat-atas
  • susut- dibawah (almari, rumah, katil dll)
  • timpak-atas (meja,dll)
  • dohuri-belakang
  • soribau-dipermukaan
  • pisuk-sudut
  • sampaping-di sebelah
  • doumbangan-di hadapan
  • pialatan-di antara
  • disan-tepi
  • nagas - tepi
  • tanga-di tengah
  • saralom-di dalam
Boros Pongintaban sunting

Boros Pongintaban atau Kata Pembilang

Poomitanan/contoh:

  • Pointantu ginumu/jumlah yang diketahui

-iso-satu -duo-dua -tolu-tiga -apat-empat -limo-lima

  • Au Pointantu Ginumu/jumlah tidak ditentukan

-okuri-sedikit -piipiro-beberapa -ogumu-banyak

  • tinimungan/kumpulan

-kotootolu -koliilimo -koduuduo -kotuuturu'

  • Pitongkiadon/jumlah berpisah

-sompopori-masing-masing -soroisaan-masing-masing mendapat satu

  • Kopomoogian/pembahagian

-piduoon -pitoluon -piapaton -sopiduo -pintangaon -piiradon

  • Pongintaban gontob

-kumoinsan-kali pertama -kumoinduo-kali kedua -kumointolu-kali ketiga

Pamansayan Boros sunting

Pamansayan Boros atau Pembinaan ayat, dibahagikan kepada 4 iaitu

Bontuk Boros mintootoiso sunting

Bontuk Boros mintootoiso atau Bentuk kata tunggal. terdapat kata tunggal satu suku kata, dua suku kata dan tiga suku kata atau lebih.

  • V - o, i (satu suku kata)
  • VV - oo', ii
  • VK - om, id
  • KV - no, di, nu, ku
  • KVK - pen, nung
  • KVV - daa, toi, dii
  • KKV - pra
  • KKVK - draf
  • KVVK - laang, baas
  • V + KV - oku, onu (dua suku kata)
  • V + VK - oug
  • V + KVK - asug
  • VK + KVK - onsit, unsub
  • KV + V _ tua', tuo, duo
  • KV + VK - guas, siat, suat
  • KV + KV - ngawi, kada, tana
  • KV + KVK - sulap, tukad
  • KVK + KV - bangku, modsu
  • KVK + KVK - lampung, sandad, lampun
  • KV + KVVK - basaan
  • Kv + KVV - kiwaa
  • V+KV+V - isai (tiga suku kata)
  • KV+KV+V - butia
  • KVK+KV+V - bumbua, rumbio
  • KV+KV+KVK - tulanut, turiding
  • KVK+KV+KVK - sundatang
  • KV+KVK+KV - balanja, kulambu
  • KV+KVK+KVK - buhangkut, sumandak
Bontuk Boros Nosungku sunting

Bontuk Boros Nosungku atau Bentuk Kata Jamak. Berikut adalah kata berimbuhan pada perkataan 'babak' - 'pecah' yang akan mewujudkan 36 perkataan dan maksud baharu. Sebab itu jika mempelajari bahasa ini harus dalam komuniti penutur itu agar mudah mengetahui bagaimana setiap perkataan itu diguna pakai dalam pertuturan.

Poomitanan:

  • babak - pecah
  • ababak - akan/boleh pecah - breakable
  • babakon - dipecahkan - to break
  • babako - seruan untuk memecahkannya; pecahkan - instruction to break
  • kababak - boleh memecahkan - can break down something
  • kababakan - sebab untuk memecahkan - reason to break down
  • kinababakan tempat dipecahkan - place where something broken
  • mamabak - memecahkan - breaking down
  • minamabak - orang yang memecahkan - someone who broke down something
  • motikababak - hampir pecah - almost broken
  • nababak - telah pecah - to have been broken
  • nangababak - semuanya telah pecah - all have been broken down
  • pamabakan - tempat untuk memecahkan - place to break down something
  • pinamabakan - tempat sesuatu untuk dipecahkan - place where something have been broken (past tense)
  • pinimbabakan - semuanya telah dipecahkan - all have been broken down
  • obimbabak - mudah pecah. easy to break
  • pamabak - sesuatu benda yg digunakan untuk memecahkan; pemecah
  • papababak - sama dgn maksud 'mamabak' cuba digunakan untuk ditujukan kpd org ketiga.
  • mokibabak - meminta bantuan untuk memecahkan sesuatu.
  • monokibabak - bersama-sama orang lain meminta bantuan untuk memecahkan sesuatu.
  • sibabak - teringin memecahkan; mahu memecahkan; mempunyai naluri untuk memecahkan sesuatu
  • sambabak-babak - masing-masing memecahkan [utk ramai orang]
  • sopibabak-babak - masing-masing memecahkan [utk dua orang]
  • nokopibabak - pecah disebabkan terhantuk sesama
  • nakababakan - sebab mengapa dipecahkan
  • babakai - arahan untuk memecahkan
  • pimbabakai - arahan untuk memecahkan [plural]
  • minimbabak - telah memecahkan [masa kini/sekarang perlakuan dan dapat dilihat]
  • ababakan - akan terkena serpihan [kaca, cermin dll]
  • kapamabakan - sebab memecahkan sesuatu
  • kinapamabakan - sebab memecahkan sesuatu [sudah berlalu - past tense]
  • pamamabak - cara seseorang itu memecahkan sesuatu
  • gampamabak - tukang pecahkan barang. tukang pemecah barang [cth: gelas, piring kaca dll]
  • kababaabak - baharu saja pecah
  • mogibabak-babak/ mogibaababak - saling memecahkan [utk ramai org]
  • sangkababakan - sembarang ja memecahkan di mana-mana/ tak kira tempat
  • mabak-babak - pecah secara berterusan

Poomitanan ayat/contoh ayat:

  1. Nababak no ilo lampung. [lampu itu telah pecah]
  2. Ababak moti ilo lampung nung aratu' no. [lampu itu akan pecah jika terjatuh]
  3. Babakon ku moti ilo galas nung amu ko popoolos doho. [Saya akan pecahkan gelas itu jika awak tidak meminjamkan kepada saya.]

Posugkuon Gulu sunting

Posugkuon Gulu atau Imbuhan awalan

Posugkuon Gulu do Boros Ngaran sunting

Posugkuon Gulu do Boros Ngaran atau Imbuhan Awalan Kata Nama

  • doN - menerangkan tentang kepunyaan seperti doun [dounminamangun - Tuhan punya, dountulun - orang punya, dounsikul - sekolah punya]. Kadang-kadang ditulis seperti 'don' tetapi ejaan ini tidak diiktiraf sebagai ejaan piawai Kadazandusun.
  • Ki - menunjukan ada atau mempunyai [kitanak - ada anak, kiwalai-ada rumah, kiparai - ada padi, kigandas - ada kudis]
Posungkuon Gulu do Boros Maan sunting

Juga dikenali sebagai Imbuhan awalan kata kerja iaitu:

  • ko - merujuk kepada pekerjaan seseorang [koipi - bermimpi, kaanu - mendapat, koirak - tertawa, kaakan - sudah makan]
  • noko - merujuk pekerjaan yang telah selesai tetapi masih berterusan tanpa disengajakan. [nakaakan - termakan, nokoopi - tersimpan, nokotundok - terloncat]
  • no - merujuk pekerjaan yang telah selesai tetapi kekal dikerjakan tanpa disenggajakan. [nobobog - telah terpukul, noomot - telah tertuai/terketam, naraag - telah dirosakkan, naawi - telah habis/selesai]
  • o - menerangkan situasi pekerjaan. [abasa - boleh dibaca, osusui - boleh diceritakan, oboli - boleh dibeli, ogompi - boleh disimpan/dijaga]
Posungkuon Gulu do Boros Ula sunting

Imbuhan awalan kata adjektif

  • doN - menerangkan waktu -doung- [doungosuab-pagi, doungotuong-malam, doungadau-tengahari]. dibaca 'dong'.
  • goN - menjelaskan ciri-ciri satu-satu hal. [godoot-gelojoh, gayamut-pengotor, gorongit-penjahat, guntalou-penakut]
  • ko - menerangkan perubahan sesuatu ciri. [kopurak-telah menjadi putih, kanaru-telah menjadi panjang, kolombou-telah menjadi garau, kanawau-telah menjadi siang]
  • noko - menjelaskan perubahan sesuatu sifat. [nokotomou - menjadi hijau, nakakawas-telah meninggi, nokolunau-telah menjadi bersih, nakaraat-telah menjadi jahat]
  • no - menerangkan perubahan sesuatu sifat [noupus, nounsikou, nosuau]
  • o - menjelaskan sesuatu ciri [orubat-betapa sayang, oniba-pendek, akawas-tinggi, opurak-putih]
Posugkuon Dohuri do Boros Maan sunting

Posugkuon Dohuri do Boros Maan atau Imbuhan akhiran Kata Kerja.

  • Posugkuon dohuri -ai atau Imbuhan akhiran -ai
Berimbuhan kata akar maksud
suatai suat-tulis (tolong) tuliskan
purutai purut-kutip (tolong) kutipkan
wansayai wonsoi-buat (tolong) buatkan
ansakai onsok-masak (tolong) masakkan
  • Imbuhan akhiran -an
berimbuhan kata akar maksud
putulan putul-potong akan dipotong
ulakan ulok-pijak akan dipijak
tanaman tanom-tanam akan ditanam
suangan suang-isi akan diisikan
  • Imbuhan akhiran -on
berimbuhan kata akar maksud
puhuon puhu-pungut dipungut
tagadon tagad-tebang ditebang
onsokon onsok-masak dimasak
basaon basa-baca dibasa
  • Imbuhan akhiran -o'
berimbuhan kata akar melayu
inumo' inum-minum minumlah, tolong minum
imuhawo' imuhau-sapu sapukan, tolong sapu
akano' akan-makan makanlah
intobo' intob-kira kirakan, tolong kira
Posugkuon Dohuri do Boros Ula sunting

Posugkuon Dohuri do Boros Ula atau Imbuhan akhiran kata Adjektif

  • Imbuhan akhiran -ai
berimbuhan kata akar Melayu
pianai pian-perlahan tolong perlahankan
lagadai logod-kuat tolong kuatkan
buluguai bulugu-bulat tolong bulatkan
siahai siau-laju tolong cepat sikit
  • Imbuhan akhiran -an
berimbuhan kata akar Melayu
garatan gorot-kuatkan selera kuatkan selera
buluguan bulugu-bulat akan dibulatkan
sikapan sikap-cepat cepatlah sikit
gorisan garis-garis akan digariskan
  • Imbuhan akhiran -on
berimbuhan kata akar Melayu
silohon silou-kuning dikuningkan
langadon langad-rindu merindui
noruon naru-panjang dipanjangkan
togodon togod-marah dimarah
  • Imbuhan akhiran -o'
berimbuhan kata akar Melayu
itomo' itom-hitam hitamkan
togodo' togod-marah marahkan
upuso' upus-kasih kasihkan, sayangkan, cintakan
lumiso lumis-cantik cantikkan
Posugkuon Dohuri do Boros Ngaran sunting

Posugkuon Dohuri do Boros Ngaran atau Imbuhan akhiran kata nama di mana terdiri daripada:

  • Imbuhan akhiran -ai

Kata nama bertukar menjadi kata kerja apabila ditambah imbuhan akhiran -ai.

Berimbuhan -ai kata akar Melayu
tukadai tukad-tangga arahan untuk membuat tangga
taapai taap-atap arahan untuk membuat atap
oligai tolig-dinding arahan untuk membuat dinding
rosukai rasuk-baju arahan untuk memakai baju
  • Imbuhan akhiran -an

Kata nama bertukar menjadi kata kerja apabila ditambah imbuhan akhiran -an.

berimbuhan -an kata akar Melayu
umahan umau-minyak minyakkan
woigan waig-air airkan; masukkan air
telefonan telefon telefonkan; cuba telefon
kipasan kipas-kipas kipaskan
  • Imbuhan akhiran -on

Kata nama bertukar menjadi kata kerja setelah ditambah imbuhan akhiran -on.

berimbuhan -on kata akar Melayu
rosukon rasuk-baju akan memakai baju
gonobon gonob-sarung akan memakai sarung
  • Imbuhan akhiran -o'

Kata nama bertukar menjadi kata kerja apabila ditambah imbuhan akhiran -o'.

berimbuhan -o' kata akar Melayu
gonobo' gonob-sarung sarungkan
kosuto' kasut kasutkan; arahan memakai kasut

Posugkuon Pangansip sunting

Posugkuon Pangansip ialah juga dikenali sebagai imbuhan apitan. Antara imbuhan apitan dalam bahasa Kadazandusun ialah:

Posugkuon Pangansip Boros Maan sunting

Juga dikenali Imbuhan Apitan Kata Nama

  • Imbuhan apitan Ko...ai

Menerangkan sesuatu kejadian masa yang tidak pasti.

Imbuhan Apitan ko...ai kata akar Melayu
koonsitai onsit-tindih ditindih
koiduai idu-tinggal ditinggalkan
  • Imbuhan apitan ko...an

menjelaskan sesuatu perkara yang pasti

Berimbuhan ko...an kata akar Melayu
koihadan ihad-nangis/menangis sebab menangis
koirakan irak-tawa/ketawa sebab ketawa
koiduan idu-tinggal sebab meninggalkan
  • Imbuhan apitan no...an

Menjelaskan sesuatu pekerjaan yang sudah berlaku.

berimbuhan no..an kata akar Melayu
nolihuan lihu-lupa telah dilupai
nosuatan suat-tulis telah ditulis
  • Imbuhan apitan o-...-an

Merujuk kepada sesuatu kejadian yang dihadapinya tetapi kejadian tersebut tidak dapat dipastikan.

berimbuhan o...an kata akar Melayu
oiduan idu-tinggal akan ditinggalkan
oupuan upu akan tertanggal, tercabut
  • Imbuhan po-...-ai

Merujuk sesuatu arahan mengikut sebab yang pasti.

popihidai pihid-laap,kesat minta dilaapkan (kepada)
pogusaai gusa-kejar minta dikejarkan (kepada)
  • Imbuhan po-...-an

Merujuk kepada tempat mengikut sebab yang pasti.

berimbuhan po-...-an kata akar Melayu
posowitan sawit-sangkut tempat untuk menyangkut
potoidon taid-gantung tempat untuk mengantung

Rujukan sunting

  1. tergolong dalam rumpun bahasa Austronesian
  2. kamusrungus
  3. Dusun Tindal
  4. Ethnologue
  5. A.L Glossens. 1924. Grammar and Vocabulary of the Dusun Language Journal. Singapore. The Nikvhodist Publishing House.
  6. Laura Robinson. 2005. Proto-Dusunic phonology and reconstructions. University of Hawai'i at Manoa.
  7. Nik Safiah Karim. Farid M. Onn. Hashim Haji Musa. Abdul Hamid Mohmood. 2011. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan pustaka.
  8. Farid M. Onn. 1980. Aspects of Malay Phonology and Morphology: A Generative Approach. Bangi: UKM
  9. KDCA Association

Nota kaki sunting

  1. ^ a b Official Language Diarkibkan 2013-06-28 di Wayback Machine kdca.org
  2. ^ Bundu Dusun Sketch Grammar
  3. ^ [Laura Robinson. 2005. Proto-Dusunic and reconstructions. University of Hawai'i at manoa
  4. ^ Bundu Dusun Sketch Grammar
  5. ^ [Gossens.A.L.1924. Grammar and Vocabulary of the Dusun Language Journal. Vol.1L part 1L. Singapore]
  6. ^ [Ong Puay Lui.1994.Research note: Glimpses in Passing of life in a Rungus Longhouse]
  7. ^ [Johansson. Jim.2011.Kimaragang Dusun Spelling Guide]
  8. ^ Laporan Ethnologue Central Dusun[pautan mati kekal]
  9. ^ "Laporan Ethonologue Kadazan Labuk-kinabatangan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2013-05-16.
  10. ^ Laporan Ethnologue Central Dusun[pautan mati kekal]
  11. ^ [Nik Safiah Karim and etc. 2011. Tatabahasa Dewan: edisi ketiga. Dewan dan Pustaka Kuala Lumpur]