Kirundi (juga ditulis Rundi) merupakan bahasa Bantu (D62 dalam klasifikasi Guthrie) yang ditutur hampir 6 juta orang di Burundi dan berdekatan bahagian Tanzania dan Kongo, juga di Uganda. Hutu merupakan kaum majaroriti yang bertutur dalam bahasa ini, manakala Tutsi-15% dan Twa-1%.

Kirundi
Asli kepadaBurundi
KawasanAfrika Tengah
Penutur bahasa
4.6 million
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Burundi
Kod bahasa
ISO 639-1rn
ISO 639-2run
ISO 639-3run


Bahasa Kirundi hampir berhubungkait dengan bahasa Kinyarwanda, bahasa utama negara jirannya iaitu Rwanda, dan Giha, bahasa yang ditutur dikawasan barat Tanzania. Kirundi dan Kinyarwanda adalah bahasa yang boleh difahami dan dikongsi antara satu sama lain.

Kawasan Rwanda dan Burundi dihuni dan dimiliki oleh tiga kumpulan etnik yang berlainan: Bahutu, Batutsi, dan Batwa (orang kerdil). Umumnya, kumpulan etnik ini berkongsi bahasa yang sama dan dijangka Bahutu menjangkau jumlah yang ramai dari dua kumpulan yang terakhir disebut.

Kirundi, biasanya dirujuk kepada bahasa dimana peraturan Meeussen, peraturan yang menerangkan bentuk perubahan tona yang spesifik dalam bahasa Bantu adalah aktif.

Contoh Terjemahan
Ego Ya
Oya Tak/Tidak
Uravuga icongereza? Boleh bercakap Inggeris?
Bite? Apa khabar?
Mwaramutse Hai/Selamat Pagi
Ikirundi n'ikinyarwanda bisa nk'igi czek n'igi slovak Kirundi dan Kinyarwanda adalah berkaitan rapat macam Czech and Slovak
Amata Susu
Ejo Semalam
Eejo° Esok/Besok
Nzoza ejo/Nzoz'ejo Saya datang esok
Ubu Sekarang
Faransa/Ubufaransa Perancis
Ngereza/Ubwongereza England
Leta zunz'ubumwe z'amerika Amerika Syarikat
Ubudagi Jerman
Ububirigi Belgium
°N.B. eejo disebut ejo:
e yang lain ditulis untuk lakukan pembezaan.

Rujukan sunting

  • Essai de grammaire Rundi Annales du Musée Royal du Congo Belge, Série Sciences Humaines - Linguistique, vol. 24. Tervuren, oleh Meeussen, A.E. (1959)


Pautan Luar sunting