Bahasa Malayalam (Tulisan Malayalam: മലയാളം) adalah salah satu daripada 22 bahasa rasmi India yang dituturkan oleh sekitar 45 juta penduduk, dan merupakan bahasa utama di Kerala, sebuah negeri di India Selatan. Bahasa ini juga dituturkan di wilayah-wilayah Kesatuan Lakshadweep dan Pondicherry di Mahe/Mayyazhi.

Malayalam
മലയാളം
Malayāḷaṁ
Asli kepada India
KawasanPaling menonjol di Kerala, Lakshadweep dan Mahe (mayyazhi) di Pondicherry
Penutur bahasa
45 juta
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Negeri Kerala dan Wilayah kesatuan Lakshadweep dan Pondicherry
Kod bahasa
ISO 639-1ml
ISO 639-2mal
ISO 639-3mal

Bahasa Malayam tergolong dalam keluarga bahasa Dravidia, dan mempunyai tulisan tersendiri. Kedua-dua bahasa serta sistem penulisannya amat berkait dengan bahasa Tamil.

Evolusi sunting

Bahasa Malayalam, bersama-sama dengan bahasa Tamil, Toda, Kota, Kodava Thakk dan Kannada tergolong dalam kumpulan selatan bahasa-bahasa Dravidia. Kesamaan bahasa Malayalam dengan bahasa Tamil paling ketara. Kaum Malayam Tamil Proto, leluhur bagi kaum Tamil dan Malayalam, mencapah selama empat atau lima abad sejak abad ke-9, dan menyebabkan bahasa Malayalam menjadi sebuah bahasa yang berbeza dengan bahasa Tamil.

Sebagai sebuah bahasa kesusasteraan dan pentadbiran, bahasa Tamil telah amat mempengaruhi perkembangan bahasa Malayalam yang awal. Kemudian,

mempercepat asimilasi banyak ciri-ciri bahasa Romawi, Semitik, dan Indo-Arya ke dalam bahasa Malayalam pada peringkat-peringkat yang berbeza dan dituturkan oleh kasta-kasta dan komuniti-komuniti agama yang berbeza, seperti orang Hindu, Islam, dan Kristian.

Kerala, Kepulauan Lakshadweep, dan Mahe/Mayyazhi merupakan tiga tempat yang tunggal di dunia di mana bahasa Malayalam merupakan bahasa pertuturan yang utama.

Tatabahasa bahasa basahan Malayalam boleh didapati di www.geocities.com.

Perkembangan kesusasteraan sunting

Rekod bahasa Malayalam tertulis yang terawal ialah inskripsi Vazhappalli (k.k. 830 Masihi). Kesusasteraannya yang awal terdiri daripada tiga jenis karangan:

  • Lagu-lagu klasik yang dikenali sebagai /Pattu/ daripada tradisi bahasa Tamil
  • /Manipravalam/ daripada tradisi bahasa Sanskrit, yang membenarkan penggabungan bahasa Sanskrit dengan bahasa Malayalam
  • Lagu rakyat yang kaya dengan unsur-unsur asli.

Puisi bahasa Malayalam pada lewat abad ke-20 menunjukkan berbagai-bagai tahap penggabungan antara ketiga-tiga unsur yang berbeza ini. Contoh yang tertua untuk /Pattu/ dan Manipravalam adalah masing-masing /ramacharitam/ dan /vaishikatantram/. Kedua-dua ini berasal dari abad ke-12.

Karya prosa terawal yang masih wujud ialah sebuah ulasan mengenai karya /Arthasastra/ yang dikarang oleh Chanakya. Ulasan itu ditulis oleh Bhashakautaliyam dalam bahasa Malayalam yang mudah pada abad ke-12. Karya Adhyathmaramayanam yang ditulis oleh Thunchaththu Ramanujan Ezhuthachan merupakan salah satu karya yang terpenting dalam kesusasteraan bahasa Malayalam. Prosa bahasa Malayalam dari zaman-zaman yang berbeza menampilkan tahap-tahap pengaruh yang berbeza daripada berbagai-bagai bahasa seperti bahasa Tamil, Sanskrit, Prakrit, Pali, Yahudi, Hindi, Urdu, Arab, Parsi, Syriak, Portugal, Belanda, Perancis dan Inggeris. Kesusasteraan moden bahasa Malayalam adalah kaya dengan puisi, fiksyen, drama, biografi dan kritikan kesusasteraan.

Tulisan sunting

 
Skrip Grantha asas

Pada awal abad ke-9, /vattezhuthu/ (tulisan bulat) yang boleh dikesani melalui skrip Grantha ke skrip Brahmi seIndia, melahirkan sistem tulisan bahasa Malayalam. Sistem ini berdasarkan suku kata yang harus dibaca sebagai satu unit, walaupun kebanyakan unsur yang melambangkan vokal dan konsonan yang berasingan boleh dikesani dengan mudah. Pada dekad 1960-an, bahasa Malayalam menghapuskan banyak huruf khas yang melambangkan konsonan bertingkat serta gabungan-gabungan vokal /u/ dengan berbagai-bagai konsonan.

Bahasa Malayalam kini terdiri daripada 56 huruf, termasuk 20 vokal panjang dan pendek, dengan yang lain merupakan konsonan. Gaya tulisan yang lebih awal kini digantikan dengan gaya baru sejak tahun 1981. Skrip baru ini telah mengurangkan jumlah huruf naskah bertaip daripada 900 menjadi kurang daripada 90 huruf. Ini telah dilaksanakan untuk membolehkan bahasa Malayalam digunakan untuk papan kekunci mesin taip dan komputer.

Pada tahun 1999, sebuah kumpulan yang digelarkan Rachana Akshara Vedi dan yang diketuai oleh Chitrajakumar dan K.H. Hussein, menghasilkan satu set fon yang terdiri daripada seluruh himpunan aksara yang merangkumi melebihi 900 glif. Ini telah diumumkan dan diterbitkan bersama-sama dengan penyunting pada tahun yang sama di Thiruvananthapuram, ibu negeri Kerala. Pada tahun 2004, fon-fon itu diterbitkan di bawah lesen GNU GPL oleh Richard Stallman daripada Yayasan Perisian Bebas di Universiti Sains dan Teknologi Cochin, Kochi, Kerala.

Kelainan bahasa dan pengaruh luar sunting

Kelainan-kelainan pola nada suara, perbendaharaan kata, dan taburan unsur-unsur tatabahasa dan fonologi dapat dilihat, bersama-sama dengan had kawasan, agama, komuniti, pekerjaan, lapisan sosial, gaya, dan daftar. Sebagaimana dengan bahasa-bahasa India yang lain, pengaruh bahasa Sanskrit adalah paling ketara dalam loghat-loghat kasta tinggi dan paling kurang dalam loghat-loghat kasta paling rendah. Terdapat banyak perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris, Syriak, Greek, Yahudi, Latin, dan Portugal dalam loghat-loghat Kristian, manakala loghat-loghat Islam mempunyai banyak perkataan bahasa Arab dan Urdu. Bahasa Malayalam telah meminjam beribu-ribu kata nama, beratus-ratus kata kerja, dan sebilangan kata tegar daripada bahasa Sanskrit. Sebilangan perbendaharaan kata bahasa Sanskrit juga telah diserap dalam bahasa Malayalam. Seperti di kawasan-kawasan India yang lain, bahasa Sanskrit telah dianggap sebagai satu bahasa untuk golongan bangsawan dan cendekiawan, iaitu serupa dengan bahasa Latin dalam sejarah Eropah.

Bagiamanapun, pengaruh bahasa Sanskrit yang lebih kuat telah dihadkan kepada loghat Namboothiri Malayalam yang ditutur oleh penutur-penutur yang merupakan kurang daripada 2% daripada jumlah penutur bahasa Malayalam.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting