Bahasa Palau (juga dieja sebagai Bahasa Belau) ialah salah satu daripada dua bahasa rasmi yang dituturkan di Republik Palau (bahasa kedua ialah Bahasa Inggeris). Bahasa ini tergolong dalam bahasa Austronesia dan ia juga dianggap sebagai bahasa kedua di Micronesia (yang lain adalah bahasa Chamorro) tergolong dalam kumpulan bahasa Melayu-Polynesia Barat, semua bahasa yang lain di anggap ahli samaada bahasa Micronesian atau pinggir (outlier) Polynesian kumpulan kecil kepada bahasa Melayu-Polynesia Timur.

Bahasa Belau
a tekoi er a Belau
Asli kepada Palau
Penutur bahasa
sekitar 15,000[1]
Austronesian
Rumi
Status rasmi
Bahasa rasmi di
 Palau
Kod bahasa
ISO 639-2pau
ISO 639-3pau

Bunyian sunting

Kumpulan fonem bahasa Palau terdiri daripada 10 konsonan dan enam vokal.[2] Carta vokal dan konsonan fonetik adalah seperti di bawah, berpandukan Abjad Fonetik Antarabangsa.

Fonem Vokal
  Depan Pusat Belakang
Sempit i   u
Tengah ε ə o
Luas   a  
Fonem Konsonan
  Dwibibir Gusi Velar Glotis
Letupan Tak bersuara   t k ʔ
Bersuara b d    
Geseran   s    
Sengau m   ŋ  
Likuida   l, ɾ    

Meskipun kumpulan fonem bahasa Palau adalah agak kecil secara relatif, kebanyakan fonem mempunyai sekurang-kurangnya dua alofon yang terbentuk melalui pelbagai proses fonologi dalam bahasa ini. Kumpulan penuh fonem konsonan diberi seperti di bawah dalam IPA. Kumpulan fonem vokal di atas adalah lengkap.

Konsonan Permukaan
  Dwibibir Antara gigi Gusi Belakang

gusi

Velar Glotis
Letupan Tak bersuara p
  t
  k
ʔ
Bersuara b   d   g  
Geseran Tak bersuara   θ s      
Bersuara   ð        
Sengau m   n   ŋ  
Likuida     l, ɾ, r      
Aproksiman w     j    

Diftong sunting

Bahasa Palau mempunyai beberapa diftong, yakni vokal berbilang dalam satu suku kata. Senarai diftong serta contoh perkataan bahasa Palau masing-masing adalah seperti di bawah.(Zuraw, 2003)

Diphthongs
IPA Example English Translation
/iε/ babier kertas (pinjaman dari Jerman)
/εi/ mei datang
/iu/ chiukl suara nyanyian
/ui/ tuich obor
/io/ kikiongel kotor
/oi/ tekoi bahasa
/ia/ diall kapal
/ai/ chais berita
/εu/ teu lebar
/uε/ sueleb tengah hari
/εo/ Oreor Koror
/oε/ beroel bilah
/εa/ beached tin
/aε/ baeb paip
/uo/ uos kuda
/ou/ merous mengedar
/ua/ tuangel pintu
/au/ mesaul penat
/oa/ omoachel sungai
/ao/ taod garfu

Kejituan dalam pengelasan setiap susunan vokal sebagai diftong merupakan sebuah perdebatan, seperti dalam Wilson, 1972, Josephs, 1975 dan Zuraw, 2003. Apapun begitu, sebilangan susunan di atas seperti /ui/ secara jelasnya berfungsi sebagai sebuah diftong apabila dikira interaksi dengan aspek-aspek fonologi Palau lain seperti perubahan tekanan dan pengurangan vokal, manakala yang lain tidak berfungsi secara jelas seperti diftong suku kata tunggal.

Sistem penulisan sunting

Pada awal 1970-an, Jawatankuasa Ortografi Palau bekerjasama dengan pakar-pakar bahasa Universiti Hawaii untuk membina sebuah sistem penulisan umum berdasarkan abjad Rumi.[3] Hasil yang diperoleh adalah kebanyakannya berasaskan sistem "satu simbol bagi satu suara" oleh strukturalisme pra-Chomsky, membawa kepada sepuluh konsonan Palau asli (serta dua konsonan berganda), lima konsonan khas bagi kata pinjaman dan lima vokal (serta empat vokal berganda). Kesemua 20 susunan vokal diftong seperti di atas juga dikenali secara rasmi dalam ortografi.

Pada 10 Mei 2007, pihak Senat Palau telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) No. 7-79 Diarkibkan 2008-04-10 di Archive-It yang memandatkan institusi pendidikan untuk mengakui ortografi bahasa Palau yang digunakan dalam Josephs, 1997 dan Josephs, 1999. RUU tersebut juga mengasaskan sebuah Suruhanjaya Ortografi untuk mengekalkan bahasa dalam pembangunannya serta memerhati dan mengawal sebarang penambahan atau pengubahsuaian terhadap ortografi rasmi semasa.

Konsonan Tempatan
Huruf Bahasa Palau Penyebutan IPA Perkataan Contoh
b [b], [p], [pʰ] bai "rumah komuniti"
ch [ʔ] charm "haiwan"
d [d], [t], [ð], [θ] diall "kapal"
k [k], [g], [kʰ] ker "soalan"
l [l] lius "kelapa"
ll [l:] llel "daun"
m [m] mad "mata"
ng [ŋ], [n] ngau "api"
r [ɾ] rekas "nyamuk"
s [s] sechelei "kawan"
t [t], [tʰ] tuu "pisang"
Konsonan Asing
Huruf Bahasa Palau Penyebutan IPA Perkataan contoh
f [f] fenda "fender (Eng.)"
h [h] haibio "tuberculosis (Jap. haibyoo)"
n [n] sensei "teacher (Jap. sensei)"
p [p] Papa "the Pope (Span. Papa)"
ts [ts] tsuingam "chewing gum (Eng.)"
z [z] miuzium "museum (Eng.)"
Vowels
Huruf Bahasa Palau penyebutan IPA Perkataan Contoh
a [a] chad "orang"
e ε, ə sers "kebun"
ee [ε:] kmeed "berdekatan"
i [i] sils "matahari"
ii [i:], [ji], [ij] iis "hidung"
o [o] ngor "mulut"
u [u] bung "bunga"

Sintaksis sunting

Susunan perkataan sunting

Susnan perkataan bahasa Palau biasanya difikirkan sebagai sistem Kata Kerja-Objek-Subjek (VOS), tetapi terdapat perdebatan tentang perkara ini dalam bidang linguistik.[4] Mereka yang menerima analisis susnan perkataan bahasa Palau VOS mengelaskan bahasa Palau sebagai bahasa pembuang kata ganti nama (pro-drop) dengan morfem persetujuan subjek prakata kerja, di mana subjek pronominal akhir dibuang.

Contoh 1: Ak milenga er a ringngo pro. ("Saya telah makan epal itu,")

Dalam Contoh 1, kata ganti nama nul pro ialah subjek "saya," manakala frasa ak ialah morfem persetujuan subjek tunggal diri pertama.

On the other hand, those who have analyzed Palauan as SVO necessarily reject the pro-drop analysis, instead analyzing the subject agreement morphemes as subject pronouns. In the preceding example, SVO-advocates assume that there is no pro and that the morpheme ak is simply an overt subject pronoun meaning "I." One potential problem with this analysis is that it fails to explain why overt (3rd person) subjects occur clause-finally in the presence of a co-referring 3rd person "subject pronoun" --- treating the subject pronouns as agreement morphemes circumvents this weakness. Consider the following example.

Sebaliknya, mereka yang menganalisis bahasa Palau sebagai SVO menolak analisis pro-drop dan menganalisis pula morfem persetujuan subjek sebagai kata ganti diri subjek. Dalam Contoh 1, penyokong SVO mengganggap bahawa tiada pro dan morfem Ak hanyalah kata ganti diri subjek jelas bermakna "saya." Satu masalah yang boleh timbul ialah hal ini gagal menjelaskan kenapa subjek jelas (tahap ketiga) wujud sebagai klausa akhir dalam kewujudan "kata ganti diri subjek" tahap ketiga, yakni mengambil kira kata-kata ganti diri subjek sebagai morfem persetujuan yang mengelakkan kelemahan ini. Ambil kira Contoh 2 di bawah,

Example 2: Ng milenga er a ringngo a Alan. ("Alan telah makan epal itu.")

Penyokong analisis SVO mesti menganggap terdapat pemindahan subjek a Alan "Alan" daripada klausa awal ke akhir, suatu pergerakan yang tidak diterima antara bahasa, tetapi lihat Josephs, 1975 bagi perbincangan lanjut.

Frasa sunting

Sebahagian perkataan dan frasa biasa dan berguna Bahasa Palau disenaraikan seperti dibawah dengan terjemahan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Bahasa Palau Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Alii! Hello! Helo!
Ungil tutau. Good morning. Selamat pagi.
Ungil sueleb. Good afternoon. Selamat tengah hari.
Ungil kebesengei. Good evening. Selamat petang.
A ngkek a ___. My name is ___. Nama saya ialah ___.
Ng techa ngkem? What's your name? Siapakah nama kamu?
Ke ua ngerang? How are you? Kamu apa Khabar?
Ak mesisiich. I'm fine. Saya/aku sihat.
Ak chad er a ___. I'm from ___. Aku/saya dari ___.
Belau Palau Palau
Merikel U.S.A. Amerika
Ingklis England England
Siabal Japan Jepun
Sina China China
Ke chad er ker el beluu? Where are you from? Kamu daripada mana?
Ke mlechell er ker el beluu? Where were you born? Dimanakah kamu dilahirkan?
Ak mlechell er a ___. I was born in____ Saya dilahirkan di __ ?
Ng tela rekim? How old are you? Berapakah umur kamu?
Ng ___ a rekik. I am ___ years old. Saya berusia ___ tahun.
Ng tela a dengua er kau? What's your phone number? Apakah nombor telefon kamu?
A dengua er ngak a ___. My phone number is ___. Nombor telefon saya ialah___.
Ke kiei er ker? Where do you live? Dimanakah kamu tinggal?
Ak kiei er a ___. I live in __. Saya tinggal di ___
Chochoi. Yes Ya
Ng diak. No tidak
Alang. Please. Tolong
Sulang. Thank you. Terima Kasih
Ke mo er ker? Where are you going? Ke manakah kamu hendak pergi?
Mechikung. Goodbye. Selamat Tinggal

Nota Kaki sunting

  1. ^ Menurut Sensus 2005 Palau, terdapat 18,544 penduduk berusia 5 tahun atau lebih mendiami Republik Palau, dari mana 4,718 tidak bertutur bahasa Palau. Dengan itu terdapat 13,826 penutur bahasa Palau di Palau. Juml;ah ini tidak merangkumi penutur Palau asli yang duduk di luar Palau.
  2. ^ Hanya lima fonem vokal tersenarai dalam Wilson, 1972 kerana beliau mengelakkan isu berkenaan vokal yang tidak dapat dipastikan. Carta vokal di sini mengambil kira analisis Flora, 1974, yang mengambil kira vokal tak dipastikan seperti ə. Di samping itu, analisis [w] bahasa Palau dalam Flora 1974 dianggap sebagai fonem yang berbeza dengan /u/, tetapi Wilson, 1972 mengganggap [w] hanya sebagai alofon /u/. Carta konsonan di sini mengambil kira analisis Wilson.
  3. ^ The final report of the Palau Orthography Committee was released in 1972.
  4. ^ Lihat Waters, 1980, Georgopoulos, 1986 dan Georgopoulos, 1991 bagi perdebatan yang memihak kepada sistem VOS dalam bahasa Palau. cf. Wilson, 1972 dan Josephs 1975 yang mengganggap bahasa Palau memiliki sistem SVO.

Rujukan sunting

  • Flora, Jo-Ann (1974), Palauan Phonology and Morphology, PhD Dissertation: University of California, San Diego.
  • Georgopoulos, Carol (1986), "Palauan as a VOS Language", in Paul Geraghty, Lois Carrington, and Stephen A. Wurm (eds.), FOCAL I: Papers from the Fourth International Conference on Austronesian Linguistics, Canberra: Pacific Linguistics, C-93, 187-198.
  • Georgopoulos, Carol (1991), Syntactic Variables: Resumptive Pronouns and A' Binding in Palauan, Dordrecht: Kluwer.
  • Josephs, Lewis (1975), Palauan Reference Grammar, Honolulu: University of Hawaii Press.
  • Josephs, Lewis (1990), New Palauan-English Dictionary, Honolulu: University of Hawaii Press.
  • Josephs, Lewis (1997), Handbook of Palauan Grammar (Vol. 1), Koror: Palau Ministry of Education.
  • Josephs, Lewis (1999), Handbook of Palauan Grammar (Vol. 2), Koror: Palau Ministry of Education.
  • Waters, Richard C. (1980), Topicalization and Passive in Palauan, Ms., MIT, <http://frodo.ucsc.edu/~jnuger/waters_richard_1980.pdf>.
  • Wilson, Helen (1972), "The Phonology and Syntax of Palauan Verb Affixes", University of Hawaii Working Papers in Linguistics 4 (5).
  • Zuraw, Kie (2003), "Vowel Reduction in Palauan Reduplicants", in Andrea Rackowski and Norvin Richards (eds.), Proceedings of the Eighth Annual Meeting of the Austronesian Formal Linguistics Association, Cambridge: MITWPL #44, 385-398.

Pautan luar sunting

  • "Ethnologue report for language code:pau". Ethnologue: Languages of the World. Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)
  • "A Palauan Linguistic Bibliography". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-06. Dicapai pada 2008-03-26. Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)
  • "Airai, Palau: Language". Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan)
  • "République de Belau" (dalam bahasa French). Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • "PREL - Pacific Area Language Materials: Palauan". Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan)
  • "Japanese and Other Loanwords in Palauan". Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan)