Bahasa Selain Bahasa Inggeris

Bahasa Selain Bahasa Inggeris (Inggeris: Languages Other Than English, LOTE) merupakan nama subjek bahasa yang diberi dan diajar di sekolah-sekolah di Australia dan New York, Amerika Syarikat. Dari segi sejarahnya, LOTE mempunyai kaitan terhadap dasar kepelbagaian budaya dan cenderung untuk mencerminkan pengaruh bahasa bukan Inggeris yang dituturkan di sesebuah kawasan tempatan sekolah serta memelihara identiti budaya dalam kalangan masyarakat setempat.

Subjek LOTE sunting

Di Australia sunting

Subjek Bahasa Selain Bahasa Inggeris (LOTE) menjadi semakin popular di sekolah-sekolah di Australia. Draf Pembentukan Kurikulum Australia: Bahasa (The Draft Shape of the Australian Curriculum: Languages) yang dihasilkan oleh ACARA telah mencadangkan tiga tahap dalam mempelajari subjek bahasa di sekolah iaitu:

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3
Itali Jepun Arab
Cina Perancis Greek Moden
Indonesia Vietnam
Korea
Sepanyol
Jerman

Bagi tahap 1, bahasa Itali dan Cina dipilih kerana mereka memenuhi keperluan bilangan terbesar pelajar. Bahasa Itali dipelajari oleh sebilangan besar pelajar dan bahasa Cina adalah salah satu bahasa keutamaan negara. Untuk tahap 2, bahasa Perancis, Jepun, Indonesia dan Jerman dipilih kerana ia adalah bahasa yang paling kerap diajar di sekolah-sekolah Australia. Bahasa Indonesia, Jepun dan Korea adalah bahasa keutamaan negara manakala bahasa Sepanyol merupakan bahasa yang penting dalam peringkat antarabangsa. Dalam tahap 3, bahasa Arab, Greek dan Vietnam dipilih kerana ia bahasa yang sering dituturkan di rumah dan bahasa Arab adalah salah satu bahasa keutamaan negara.

Di internet sunting

LOTE mempunyai akaun Twitternya sendiri (@loteD2). Walaupun ia berpangkalan di Australia, ia juga ditujukan kepada orang ramai di seluruh dunia dan juga menyediakan perkhidmatan terjemahan untuk bahasa Jepun, Itali, Perancis, Hawaii dan Indonesia.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting