Bahasa pengaturcaraan ICI

Bahasa pengaturcaraan ICI adalah bahasa pengaturcaraan penterjemah untuk kegunaan umum yang pada asalnya dimajukan oleh Tim Long pada 1992. Ia mempunyai jenis data lentur (flexible data) dan taip dinamik (dynamic typing), dengan sintak asas, binaan kawalan aliran (flow control constructs) dan operator seperti bahasa pengaturcaraan C. Ia boleh dianggap secara kasar serupa dengan Perl, yang juga hampir semasa dengannya. Sebagaimana Perl, ia turut mempunyai ikatan rapat dengan gambara biasa (regular expression).

Jenis data primitif dalam ICI termasuk integer, reals, strings, fail, penunjuk selamat (safe pointers), dan gambaran biasa. Jenis data agregate adalah jujukan (arrays), set, dan jadual berkait. Set bole jadi heterogeneous, nested, dan menyokong operasi set biasa: gabungan (union) , persimpangan (intersection), dll.

Bahasa ini menyokong subroutin dan modul bertindan (nested modules). Kesemua pemboleh ubah adalah (lexically scoped) pada aras subroutin atau modul, tetapi tidak seperti bahasa berstruktur lain, ICI membenarkan skop semasa diubah (Tcl, sebagai contoh turut membenarkan perubahan yang sama).

Sungguhpun ICI bukan berasaskan objek, banyak ciri-ciri pengaturcaraan objek boleh ditiru menggunakan bahasa ini melalui struktur data yang dikenali sebagai struktur super (super-structures).


Pautan luar sunting