Bahasa terancam ialah bahasa yang dengan risiko tidak akan digunakan lagi, lazim kerana suatu bahasa mempunyai bilangan penutur yang sedikit. Jikalau bahasa ini tak lagi popular dan ditanggalkan oleh semua penutur aslinya, maka bahasa tersebut dikatakan sebagai bahasa pupus.

Mengenal pasti bahasa terancam sunting

Sedangkan tidak adanya ambang yang tertentu untuk mengenal pasti sesebuah bahasa sebagai terancam, tiga kriteria yang utama biasanya digunakan sebagai garis panduan:

  1. Bilangan penutur yang masih hidup
  2. Umur minimum penutur asli dan/atau penutur yang fasih
  3. Peratusan generasi termuda yang fasih dalam bahasa tersebut.

Sesetengah bahasa, seperti di Malaysia, mungkin mempunyai berpuluh-puluh ribu penutur tetapi dianggap sebagai terancam kerana kanak-kanak tidak lagi mempelajari bahasa tersebut (contoh bahasa Bugis di Malaysia), dengan penuturnya sebahagian beralih menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai penukar bahasa-bahasa tempatan.

Sebagai perbandingan, sebuah bahasa yang hanya memiliki 100 orang penutur mungkin dianggap sebagai masih cergas jika ia merupakan bahasa utama untuk sesebuah komuniti, dan merupakan bahasa pertama (dan tunggal) kepada semua kanak-kanak dalam komuniti itu (kebanyakan bahasa Andaman masih dituturkan). Sumber unggul untuk maklumat tersebut boleh didapati di laman sesawang www.endangered-language.com Diarkibkan 2018-11-24 di Wayback Machine.