Balet merupakan bentuk tarian formal yang berasal dari zaman Pembaharuan Itali, yang kemudiannya berkembang selanjutnya di Perancis dan Rusia sebagai bentuk tarian konsert. Ia merupakan tarian berbentuk amat teknikal dengan kosa katanya tersendiri. Ia berpengaruh sebagai bentuk tarian seluruh dunia dan diajar di sekolah tarian seluruh dunia yang menggunakan kebudayaan dan masyarakat mereka sendiri bagi memodenkan seni ini. Tarian balet direka menerapkan unsur termasuk seni mimos, berlakon, dan menurut muzik balet (biasanya orkestra tetapi kadangkala menurut penyanyi). Ia paling dikenali dalam bentuk balet klasik, terkenal kerana tekniknya, seperti "en pointe" dan berputar pada hujung ibu jari kaki, lemah gemalai, gerakan tepat, licin, dan kualiti yang berupa syurgawi. Perkambangan lanjut termasuk balet klasik baru (neoclassical) dan balet semasa (contemporary).

Gambar penari balet oleh Edgar Degas pada 1872.

Etimologi kata "balet" berkait dengan sejarah bentuk seni itu. Perkataan "balet" datangnya dari bahasa Perancis dan dipinjam ke dalam bahasa Inggeris sekitar kurun ke-17. Perkataan Perancis pula berasal dari bahasa Itali balletto bentuk kecilan kata ballo (menari). Balet akhirnya dijejak kepada bahasa Latin ballare serapan Yunani "βαλλίζω" (ballizo) "menari".[1][2]

Sejarah balet sunting

Balet muncul pada akhir kurun ke-15 istana Renaissance di Itali, sebagai tarian menggambarkan lawan pedang, dan berkembang lebih lanjut di Istana Perancis semejak tempoh Louis XIV pada kurun ke-17. Ini dibayangkan oleh kosa kata balet dalam bahasa Perancis. Selepas itu, selepas 1850, balet berkembang di Denmark dan Rusia. Dari Rusialah ia kembali ke Eropah Barat dan akhirnya ke seluruh dunia. Ballets Russes oleh Sergei Diaghilev dan warisannya amat berpengaruh semasa tempoh ini. Ia terus menarik dan semakin kaya dengan tarian rakyat dan tradisi tarian tempatan.

Pada kurun ke-20, balet terus berkembang dan mempunyai pengaruh besar pada pinggir tarian konsert lebih luas. Sebagai contoh di Amerika Syarikat, pereka tari George Balanchine membangunkan apa yang dikenali kini sebagai neoklasik balet. Perkembangan selanjutnya telah menghasilkan balet semasa (contemporary) dan balet pasca-struktur (post-structural), hasil kerja William Forsythe di Jerman.

Balet klasik sunting

Balet klasik merupakan gaya balet paling rasmi; ia kekal kepada teknik balet tradisi. Terdapat variasi berkait dengan kawasan asal, seperti balet Russia, balet Perancis, dan balet Itali.

Nota sunting

  1. ^ Chantrell (2002), p. 42.
  2. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert. "A Greek-English Lexicon". Perseus Digital Library. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-29.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting