Bandar Bukit Tinggi

Koordinat: 3°00′08″N 101°26′04″E / 3.0022°N 101.4345°E / 3.0022; 101.4345

Bukit Tinggi terletak di bahagian selatan daerah Klang, Selangor, Malaysia. Taman perumahan bersepadu dan moden ini dibina mulai tahun 1997 oleh WCT Land Berhad Diarkibkan 2007-10-23 di Wayback Machine untuk menampung keperluan penduduk Bandar DiRaja Klang.

Pusat beli-belah AEON Bukit Tinggi, Klang, stor Jusco yang terbesar di rantau Asia Tenggara.
Pembangunan bersepadu di Bandar Bukit Tinggi 2, Klang.

Bandar Bukit Tinggi mempunyai lebih daripada 15,000 unit hartanah berkualiti pelbagai jenis yang didiami oleh lebih daripada 50,000 orang penduduk. Kos keseluruhan pembangunan Bandar Bukit Tinggi di Klang pada setakat akhir tahun 2007 adalah lebih daripada RM3.6 billion (lebih daripada $1 billion dolar Amerika).


Lebih dikenali sebagai Bukit Tinggi Klang, kawasan perumahan dan komersial ini merupakan tumpuan kegiatan ekonomi dengan pelbagai jenis kedai dan kemudahan. Pusat membeli-belah AEON Jusco yang terbesar di Malaysia dan juga di rantau Asia Tenggara, iaitu Pusat Membeli-Belah AEON Bukit Tinggi turut dibina di sini.


Bandar Bukit Tinggi mempunyai 3 kawasan pembangunan utama iaitu Bandar Bukit Tinggi 1 (BBT1), Bandar Bukit Tinggi 2 (BBT2) dan Bandar Bukit Tinggi 3 (juga dikenali sebagai Bandar Parklands). Lokasi-lokasi yang berdekatan dengan Bandar Bukit Tinggi di Klang termasuklah Bandar Botanic, Bandar Puteri Klang, Kota Kemuning, Glenmarie Cove, Pulau Indah, Pelabuhan Barat dan juga Lebuhraya KESAS.

Peta Lokasi sunting

Sila layari laman Google Maps untuk peta interaktif Bandar Bukit Tinggi, Klang.

 
Peta lokasi Bandar Bukit Tinggi, Klang.

Pentadbiran sunting

Bandar Bukit Tinggi terletak di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK). Bandar Bukit Tinggi diwakili di Parlimen Malaysia oleh Yang Berhormat En. Charles Santiago, ahli Parlimen Klang. Di dalam Dewan Undangan Negeri pula, bandar perumahan ini diwakili oleh En. Ronnie Liu Tian Khiew, ahli Dewan Undangan Negeri untuk kawasan Pandamaran.


Para penduduk di kawasan perumahan ini diwakili oleh Persatuan Penduduk Bandar Bukit Tinggi (PPBBT). PPBBT boleh dihubungi di: Lot 82620, Jalan Batu Nilam 6, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang, Selangor, Malaysia. E-mel: ppbbt@dapat.net atau ppbbt2006@gmail.com. Telefon: +6012 291 9900.


Pautan sunting