Bandar Menjalara ialah sebuah perbandaran di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak di antara Kepong dan Bandar Sri Damansara. Bandar Menjalara terletak bersebelahan dengan Taman Bukit Maluri.

Bandar ini dinamakan bersempena Paduka Seri Cik Manjalara (Makche Manjelara atau Cik Menyelara), ibu kepada Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Nama perbandaran ini tidak boleh dikelirukan dengan nama sebuah rancangan drama TV3 iaitu Manjalara.