Bandar Rinching terletak di Semenyih, Selangor iaitu di selatan negeri Selangor . Bandar yang paling hampir dengan Bandar Rinching ialah Bandar Semenyih, Beranang dan Kajang. Bandar Rinching terletak di tepi jalan antara Semenyih dengan Beranang. Jika anda dari Kuala Lumpur hendak pergi ke Seremban, Bandar Rinching terletak di sebelah kanan , selepas melalui Bandar Semenyih.

Asal-usul nama sunting

Rinching ialah nama sebuah sungai berdekatan. Sungai Rinching mengalir dari bukit-bukit berdekatan dengan Banjaran Titiwangsa iaitu Bukit Rinching dan Bukit Ulu Beranang. Sungai ini bersambung dengan Sungai Semenyih di bahagian hilirnya. Kampung-kampung di sepanjang Sungai Rinching ialah Rinching Hulu, Kampung Rinching Tengah , Kampung Rinching Hilir dan Kampung Sungai Kembung.Bandar Rinching disambungkan melalui Jalan Semenyih ke Semenyih

Bandar Rinching merupakan sebuah taman yang cantik dan indah.Penduduknya berbilang kaum seperti orang Melayu,India,Cina dan lain-lain.

Perumahan sunting

Bandar Rinching dipanggil bandar dan tidak dikatakan taman kerana saiznya yang besar. Banyak perumahan di sini. Bandar Rinching dibangunkan oleh pemaju perumahan Rhombus Sdn Bhd pada tahun 1994. Rumah-rumah mula diduduki pada tahun 1996 lagi. Lebih 1000 unit rumah dibina , pelbagai jenis dan saiz dan harganya juga berbeza-beza. Bandar Rinching terdiri daripada enam seksyen perumahan.

Rumah-rumah yang didiami oleh penduduk kebanyakannya rumah teres 2 tingkat dan 1 tingkat. Bagi golongan yang berada, kebanyakannya membeli unit rumah banglo . Ada juga rumah murah yang dibina untuk golongan berpendapatan rendah . Masing-masing membeli rumah mengikut kemampuan dan cita rasa .

Keseluruhannya, rumah-rumah di sini berpagar. Bandar Rinching Seksyen 3 pula mengambil inisiatif mewujudkan sistem pintu masuk utama yang dikawal oleh pengawal keselamatan berikutan beberapa kes pecah masuk.

Pada waktu pagi, ramai orang berjogging bagi menyihatkan badan. Terdapat juga taman permainan, padang bola dan gelanggang serbaguna bagi setiap seksyen di Bandar Rinching.

Berhampiran Bandar Rinching terdapat sebuah taman perumahan yang telah siap dibina pada tahun 2005. Taman perumahan itu bernama Taman Pelangi Semenyih.

Banyak kawasan perumahan telah dibina di kawasan Semenyih terutama antara pekan Semenyih hingga ke kawasan Beranang. Antaranya ialah Taman Tasik Kesuma, Taman Rinching Indah, Taman Manikavasagam dan Pelangi Semenyih 2.

Bandar Rinching tidak mudah banjir kerana kawasannya terletak di atas bukit. Sungai yang berhampiran dengan Bandar Rinching ialah Sungai Rinching. Sungai ini kecil sahaja. Air sungainya mengalir dari bukit berdekatan . Air sungai ini agak kotor dan tercemar. Pencemaran dipercayai dilakukan oleh kilang-kilang dan penduduk yang membuang sampah ke dalam sungai.

Aktiviti ekonomi sunting

Bandar Rinching merupakan kawasan perumahan yang mempunyai beberapa lot kedai, antaranya ialah :

  1. kedai yang menjual barangan runcit
  2. Kafe Siber
  3. kedai gunting rambut
  4. Kedai cenderahati
  5. Kedai makan dan minum
  6. Kedai menjual telefon mudahalih
  7. Kedai menjual alat tulis
  8. Kedai menjual / membaiki basikal
  9. Kedai dobi 24jam
  10. Bengkel kenderaan
  11. Kedai gambar dan percetakan

Pasar malam sunting

Pasar malam diadakan setiap malam hari Isnin di Bandar Rinching seksyen 1, berhadapan dengan lot kedai. Peniaga di pasar malam ini menjual keperluan dapur, makanan segera, barang permainan, aksesori dan perhiasan diri.

Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching sunting

Terdapat sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching. Murid sekolah ini datang dari sekitar Bandar Rinching . Mereka tidak perlu lagi pergi ke Sekolah Kebangsaan Semenyih. Oleh itu masa, tenaga dan wang ringgit dapat dijimatkan.

Di sana ada 20 buah kelas terdiri daripada darjah 1,2,3,4 , 5 dan 6 .Di sekolah itu juga terdapat bilik guru ,kedai buku ,dan juga pejabat .

Pelajar sekolah menengah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain. Sejak tahun 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Kesuma dan SMK Bandar Rinching telah dibina dan boleh digunakan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching terletak di seberang jalan iaitu di Fasa Lima, Bandar Rinching. Sekolah tersebut berdekatan dengan Taman Pelangi Semenyih.

Tempat rekreasi sunting

Kawasan rumah di sini juga mempunyai taman taman permainan dan padang bola sepak . Kanak-kanak dan remaja akan bermain di taman-taman permainan . Sementara golongan muda akan bermain bola sepak dan sepak takraw.

Surau Bandar Rinching sunting

Setiap seksyen di Bandar Rinching mempunyai surau bagi orang Islam menunaikan solat . Di seksyen 2 terdapat masjid yang lebih besar, yang juga digunakan oleh penduduk daripada perumahan lain yang berhampiran.

Pelbagai aktiviti diadakan , antaranya :

  1. Ceramah agama sempena Maulidur rasul
  2. Tabung khairat kematian
  3. Kelas pengajian agama
  4. Kelas tadika
  5. Gotong-royong membersihkan kawasan surau.

Populasi Masyarakat berketurunan India sunting

Orang India mempunyai populasi yang tinggi di taman ini. Mereka datang dari Ladang Rinching dan Ladang Glenworie. Bandar Rinching dibina di kawasan Ladang Rinching dan Ladang Glenworie. Rumah pekerja tersebut telah dirobohkan dan kebanyakan pekerja diberi pampasan dan mereka setuju dipindahkan. Mereka tidak lagi bekerja di ladang.

Oleh itu kilang-kilang telah dibina di kawasan berhampiran dan para pekerja ladang boleh bekerja di kilang-kilang. Pemilik ladang memajukan ladang getah ini kepada projek perumahan iaitu National Land Berhad sebagai pemaju dan syarikat Rhombus Sdn Bhd sebagai Pegurus Projek.[[1]]

Beberapa buah kuil turut dibina di kawasan perumahan untuk penganut agama Hindu. Gereja juga boleh didapati bagi kaum India yang beragama Kristian. Terdapat satu pertubuhan kaum India yang berpusat di Bandar Rinching Seksyen 4 yang dikenali sebagai Thiruthondu Makkal Sevai Mandram.