Bangunan Reichstag

Bangunan Reichstag yang terletak di Berlin telah dibina bagi menempatkan Reichstag, parlimen bagi Empayar Jerman. Ia dibuka pada tahun 1894 dan menempatkan Reichstag sehingga tahun 1933, apabila ia kemudian mengalami kerosakkan teruk dalam satu kebakaran yang dilakukan oleh seorang komunis Belanda Marinus van der Lubbe. Semasa era Nazi, ahli-ahli Reichstag terus menggunakan dewan untuk bersidang sebagai satu kumpulan dalam Rumah Opera Kroll. Selepas Perang Dunia Kedua, bangunan Reichstag tidak digunakan setelah parlimen bagi Republik Demokratik Jerman bersidang di Istana Republik di Berlin Timur dan parlimen bagi Republik Persekutuan Jerman bersidang di Bundeshaus di Bonn.

Reichstag
Bangunan Reichstag. Kata-kata dedikasi Dem deutschen Volke, bermaksud Untuk rakyat Jerman, boleh dilihat dari arkitraf.
Map
LokasiBerlin
NegaraJerman
Pembinaan bermula9 Jun 1884 (siap 1894)
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekPaul Wallot (rekabentuk dan pembinaan)
Norman Foster (pengubahsuaian, 1992)

Bangunan ini dijaga dan sesetengahnya dibaik pulih pada tahun 1960-an, tetapi tiada usaha sepenuhnya bagi pemuliharaan sepenuhnya sehingga penyatuan semula Jerman pada 3 Oktober 1990, apabila ia dibina semula dengan diketuai oleh seorang arkitek terkenal di dunia Norman Foster. Selepas siap pada tahun 1999, ia menjadi tempat persidangan bagi parlimen moden Jerman, Bundestag.

Reichstag sebagai sebuah parlimen bermula pada Empayar Rom Suci dan dilucutkan sebagai parlimen sebenar pada tahun-tahun rejim Nazi (1933–1945). Pada kegunaan hari ini, istilah Jerman Reichstag atau Reichstagsgebäude (bangunan Reichstag) merujuk kepada bangunan, sementara istilah Bundestag merujuk kepada institusi.

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting