Banjaran Alp

(Dilencongkan dari Banjaran Alps)

Banjaran Alp (Itali: Alpi; Perancis: Alpes; Occitan: Aups/Alps; Jerman: Alpen; Romansh: Alps; Slovene: Alpe) ialah adalah nama untuk satu daripada sistem banjaran gunung di Eropah, daripada Austria dan Slovenia di timur; melalui Itali, Switzerland, Liechtenstein dan Jerman; ke Perancis di barat.

Pergunungan Alp
Banjaran
Negara-negara Austria, France, Germany, Switzerland, Italy, Slovenia, Liechtenstein
Puncak tertinggi Mont Blanc (Italian: Monte Bianco)
 - ketinggian 4,808 m (15,774 ft)
Geologi Bündner schist, flysch, molasse
Orogeni Alpine orogeny
Tempoh Tertiary
Relief Alp
Relief Alp
Relief Alp

Gunung tertinggi dalam pergunungan Alp adalah Mont Blanc, pada 4,808 meter (15,774 ka), pada sempadan Italian-French. Semua puncak utama pergunungan Alp boleh dijumpai di senarai pergunungan Alp dan senarai puncak pergunungan Alp mengikut kemasyhuran.

Geografi sunting

Subdivisyen sunting

 
Pergunungan Alp dengan sempadan-sempadan antarabangsa.
 
Puncak Großglockner, selatan Salzburg, Austria.

Banjaran ini lazimnya dibahagikan kepada Alp Barat dan Alp Timur. Pembahagian ini adalah sepanjang garisan di antara Tasik Constance dan Tasik Como melalui Sungai Rhine, Liro dan Mera. Banjaran Alp Barat adalah lebih tinggi, tetapi rangkaian pergunungannya lebih pendek dan berliku; terletak di Itali, Perancis dan Switzerland. Alp Timur pula memiliki sistem rangkaian gunung-ganang yang lebar dan memanjang, kepunyaan Austria, Jerman, Itali, Liechtenstein, Slovenia dan Switzerland. Puncak tertinggi di Alp Barat adalah Mont Blanc dengan ketinggian 4,808 meter (15,774 ka). Puncak tertinggi di Alp Timur pula ialah Piz Bernina pada 4,049 meter (13,284 ka). Dufourspitze, 4,634 meter (15,203 ka) dan Ortler,[1] 3,905 meter (12,812 ka), masing-masing adalah kedua tertinggi.

Alp Timur lazimnya dibahagikan berdasarkan pembentukan batuan (litologi) yang berbeza-beza iaitu:

Sempadan antara pergunungan Alp Central dan pergunungan Alp Southern Limestone adalah Kelim Periadriatic. Pergunungan Alp Northern Limestone dipisahkan dari pergunungan Alp Central Eastern oleh Zon Graiwak.

Alp Barat adalah biasa dibahagikan mengikut geografi:

Pembahagian dari sudut geologi adalah berlainan dari segi geografi dan tidak membezakan bahagian timur dan barat pergunungan ini. Secara amnya, pakar geologi membahagikan Alp kepada tiga wilayah geologi iaitu Helveticum di utara, Penninicum dan sistem Austro-Alp di bahagian tengah manakala sistem Alp Selatan di bahagian selatan dan sebahagian daripada Alp Dinari (yang menjalar hingga ke Semenanjung Balkan). Pergunungan Jura dari sudut geologi tergolong di dalam sistem pergunungan Alp tetapi tidak dari sudut geografi.

Fauna sunting

Spesies yang umum di Pergunungan Alp:

Rujukan sunting

  1. ^ Excluding the Piz Zupò and Piz Roseg located in the Bernina range, close to Piz Bernina.

Pautan luar sunting