Banjir di Malaysia 2006-2007

Beberapa negeri di selatan Malaysia terutamanya Johor telah dilanda banjir besar mulai 18 Disember 2006 akibat hujan lebat yang mencurah-curah [1]. Banjir ini merupakan yang paling teruk di Malaysia abad ini [2][3]. Banjir ini turut dirasai negeri-negeri jiran seperti Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan. Banjir ini berlaku ketika musim tengkujuh di Kelantan dan Terengganu. Taufan Utor dikatakan merupakan punca hujan luar biasa ini [4]. Fenomena banjir ini turut menimpa negara jiran Singapura dan utara Sumatera, Indonesia.

Selepas air mulai surut, banjir kedua berlaku ketika orang ramai mula berpindah balik ke rumah selepas banjir pertama yang mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang [5].

Banjir pertama sunting

Johor sunting

 
Banjir di Kota Tinggi
 
Banjir di Kota Tinggi

Johor merupakan negeri yang paling teruk terjejas akibat banjir ini. Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Muar, Pontian dan Segamat telah dilanda banjir. Hubungan ke Kota Tinggi dan Segamat telah terputus terus [1]. Antara Sehingga 90,000 orang telah dipindahkan dan bekalan makanan di pusat pemindahan dilaporkan terhad [6]. Sesetengah sekolah turut dibanjiri, namun musim persekolahan 2007 akan berjalan seperti biasa dan kerajaan Malaysia akan menderkana uniform sekolah kepada mereka yang terlibat [7] Kebanyakan mangsa telah tidak mendapat air besih dan elektrik [8]. Mengikut Kementerian Kesihatan, kes-kes penyakit yang disebarkan air main meningkat [8]. Di sesetengah tempat, kecurian dilaporkan berlaku selepas air bah telah surut [9].Melihat kesan banjir yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir amat memilukan [10]

Melaka sunting

Di Melaka, 3,193 orang dari 691 keluarga dari Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin terpaksa berpindah. Sejumlah 35 pusat pemindahan telah dibuka. Banjir ini merupakan paling teruk di daerah ini sejak 15 tahun terdahulu.

Pahang sunting

Di Pahang, lebih 3,000 orang dipindahkan di beberapa kawasan di Rompin, terutamanya di Bandar Tun Razak [11]. Lebih 6,000 penduduk, termasuk di sembilan kawasan Felda Selancar, terkandas akibat dua jambatan yang rosak teruk di kawasan terbabit.

Negeri Sembilan sunting

Di Negeri Sembilan, kawasan yang terbabit ialah Gemas dan Gemencheh. Sejumlah 80 orang telah dipindahkan.

Banjir kedua sunting

Banjir kedua berlaku pada 12 Januari ketika orang ramai mula berpindah balik ke rumah selepas banjir pertama yang lalu. Seramai 109,831 orang dari 24,765 keluarga telah berpindah ke 344 pusat pemindahan banjir yang telah dibuka semula [12][13][14]. Banjir kali ini lebih serius dari banjir pertama sehingga terdapat khabar angin darurat telah diisytiharkan di Johor, namun ia tidak benar [15]. Dua pusat pemindahan turut dinaiki air dan 1,793 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke tempat lain [16].

Di Pahang, sejumlah 2,638 orang telah berpindah ke pusat bantuan.

Bantuan sunting

Selain derma orang ramai dan usaha-usaha NGO, kerajaan Malaysia telah mengumumkan beberapa bantuan khas. RM 6 juta telah diperuntukkan untuk para petani. MyKad, pasport dan kad pengenalan diri lain akan diganti secara percuma.

Lain-lain sunting

Banjir terburuk di Malaysia sebelum ini ialah ‘Bah Besar’ yang melanda Kuala Lumpur dan kawasan sekitar pada 1926 dan 1971 [17]. Banjir yang tidak disangka juga berlaku baru-baru ini di Shah Alam pada Februari 2006.

Rujukan sunting

  1. ^ a b The Star. Segamat and Kota Tinggi folks stranded by floods Diarkibkan 2008-12-10 di Wayback Machine. 21 Disember 2006.
  2. ^ BBC News. South Malaysia flooding kills six. 22 Disember 2006.
  3. ^ International Herald Tribune. 2 killed, 60,000 displaced in worst flooding in a century in southern Malaysia. 20 Disember 2006.
  4. ^ The Star. Utor to blame Diarkibkan 2008-12-10 di Wayback Machine. 21 Disember 2006.
  5. ^ BBC News Malaysia floods test aid efforts. 15 Januari 2007.
  6. ^ mStar Online. Mangsa bah meningkat lebih 90,000. 23 Disember 2006.
  7. ^ Bernama. Shortage Of Food Supply At Flood Relief Centres In Johor. 22 Disember 2006.
  8. ^ a b The Star. Floods wreak more havoc. 21 Disember 2006.
  9. ^ The Star. Reports of looting surface. 23 Disember 2006.
  10. ^ Harta yang musnah.Semuanya dugaan Yang Maha Esa!. [1] Diarkibkan 2007-07-18 di Wayback Machine.
  11. ^ mStar Online Banjir makin buruk, makanan tak cukup 23 Disember 2006.
  12. ^ Utusan Malaysia. Johor hampir lumpuh. 14 Januari 2007.
  13. ^ Berita Harian. Banjir di Johor makin teruk[pautan mati kekal]. 14 Januari 2007.
  14. ^ mStar Online. Mangsa bah terus meningkat. 15 Januari 2007.
  15. ^ mStar Online. Bah terkawal, belum perlu darurat: BKN. 15 Januari 2007.
  16. ^ Berita Harian. Pusat pemindahan turut dinaiki air[pautan mati kekal]. 14 Januari 2007.
  17. ^ Utusan Malaysia. Mengimbau ‘Bah Besar’ 1926, 1971. 14 Januari 2007.