Banjir utara Semenanjung Malaysia 2010

Banjir utara Semenanjung Malaysia 2010 merupakan suatu peristiwa apabila negeri Perlis dan sebahagian besar negeri Kedah ditenggelami banjir pada awal bulan November 2010. Banjir menyebabkan sekitar 50,000 orang penduduk dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan. Banjir ini juga turut meragut empat korban nyawa, serta menyebabkan hampir semua jenis pengangkutan darat di kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir terputus.

Banjir utara Semenanjung Malaysia 2010
Tarikh – 
TempohNovember 2010
TempatKedah dan Perlis, Malaysia
LokasiMalaysia Sunting ini di Wikidata
KematianSekurang-kurangnya 4
Harta benda rosak
Tidak diketahui

Punca banjir sunting

Hujan lebat selama dua hari berturut-turut diakibatkan oleh lekukan tropika[1][2][3] yang terbentuk di Laut China Selatan, merentasi Semenanjung Malaysia. Hujan lebat juga turut melanda Thailand,[4] dan juga menyebabkan banjir teruk di situ.

Kerosakan sunting

Banjir menyebabkan pengangkutan darat Kedah dan Perlis terjejas. Landasan kereta api serta jalan-jalan raya utama termasuklah Lebuhraya Utara-Selatan terpaksa ditutup.[5] Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar juga dihentikan operasi serta ditutup apabila landasan kapal terbang telah dinaiki air. Hal ini menyebabkan helikopter sebagai satu-satunya pengangkutan di dalam Kedah dan Perlis yang boleh digunakan.[6] Banjir juga mencemari bekalan air di Kedah dan Perlis, dan bekalan ehsan dari negeri Perak disumbangkan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir.[7]

Industri utama di Kedah dan Perlis, iaitu pengeluaran beras juga menerima kesan yang teruk akibat banjir. Menurut Kerajaan Persekutuan, lebih 45,000 hektar sawah padi di Kedah mengalami kemusnahan. Oleh hal yang demikian, kerajaan memperuntukkan 26 juta ringgit sebagai bantuan kepada para petani untuk kedua-dua negeri.[8]

Banjir meragut lebih kurang empat orang di Kedah, termasuk seorang warganegara asing. Lebih kurang 50,000 orang dipindah ke tempat lain, banjir juga menenggelamkan rumah Menteri Utama Kedah, Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak.[9][10] Manakala kira-kira dua pertiga kawasan negeri Perlis ditenggelami air.[11]

Kelantan juga dilanda musibah banjir ini, dan beberapa buah sekolah ditutup.[12]

Reaksi sunting

Banjir ini mencetuskan konflik politik kerajaan negeri Kedah. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan MP Alor Setar, Chor Chee Heung, Barisan Nasional, mengkritik kerajaan negeri Kedah atas kelambatan pemberian bantuan kepada mangsa banjir. Bertambah buruk lagi apabila rumahnya di Alor Setar juga dilanda banjir.[13][14] Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa kerajaan Negeri bertanggungjawab dalam membantu mangsa-mangsa banjir.[15] Menteri Besar Kedah pula menyatakan bahawa kerajaan negeri bertindak pantas dalam isu ini serta bantuan berupa RM 300,000 telah disumbangkan kepada mereka yang terjejas dalam banjir.[11] Sultan Kedah Sultan Abdul Halim menitahkan agar perselisihan politik diketepikan dalam usaha membantu mangsa banjir.[16]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "LAPORAN HUJAN LEBAT, RIBUT PETIR SERTA ANGIN KENCANG YANG MENGAKIBATKAN BANJIR DI KELANTAN, TERENGGANU, PERLIS DAN KEDAH PADA 01~02 NOVEMBER 2010" (PDF). BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA, KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-12-26. Dicapai pada 3 Disember 2010.
  2. ^ "Floods disrupt rail services in Thailand and Malaysia". TODAYonline. 3 November 2010. Dicapai pada 6 November 2010.
  3. ^ KENYATAAN AKHBAR (01 November 2010) (PDF), Jabatan Meteorologi Malaysia, 1 November 2010, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-11-01, dicapai pada 2 November 2010
  4. ^ "Floods cause chaos in Thailand and Malaysia". BBC News. British Broadcasting Corporation. 3 November 2010. Dicapai pada 5 November 2010.
  5. ^ "Kedah and Perlis scramble to send aid to 19,000 hit by floodwaters". The Star. Star Publications. 3 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-04. Dicapai pada 5 November 2010.
  6. ^ "Inundated Alor Setar airport remains closed". The Star. Star Publications. 4 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-05. Dicapai pada 5 November 2010.
  7. ^ "Floods: Perak Sends Clean Water Supply To Kedah, Perlis". Bernama. 5 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-22. Dicapai pada 5 November 2010.
  8. ^ "Aid For Farmers Affected By Floods In Kedah, Perlis". Bernama. 6 November 2010. Dicapai pada 6 November 2010.
  9. ^ "Four dead, 50,000 displaced in Malaysia floods". Agence France-Presse. 4 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-25. Dicapai pada 5 November 2010.
  10. ^ Embun Majid (5 November 2010). "Kedah Mentri Besar's house flooded, 40,212 people affected in the state (Update)". The Star. Star Publications. Dicapai pada 5 November 2010.
  11. ^ a b "33,000 in shelters: Flood situation 'very bad' in Kedah, 'precarious' in Perlis". New Straits Times. New Straits Times Press. 4 November 2010. Dicapai pada 5 November 2010.
  12. ^ "13 Kelantan Schools To Reopen Tomorrow". Bernama. 6 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-22. Dicapai pada 6 November 2010.
  13. ^ "Kedah Government Slow In Helping Flood Victims - Chor". Bernama. 5 November 2010. Dicapai pada 5 November 2010.
  14. ^ Foong Pek Yee (5 November 2010). "Double-tracking project worsened flood situation in Kedah - Chor". The Star. Star Publications. Dicapai pada 5 November 2010.
  15. ^ "Do not ignore plight of flood victims, says Tan Sri Muhyiddin". The Star. Star Publications. 6 November 2010. Dicapai pada 6 November 2010.
  16. ^ "Kedah Sultan sad over flood, urges everyone to work together". The Star. Star Publications. 6 November 2010. Dicapai pada 6 November 2010.