Barisan Nasional
| Barisan Nasional (BN) باريسن ناسيونل National Front 国民阵线 தேசிய முன்னணி |
|
|---|---|
| Pengerusi | Najib Tun Razak[1] |
| Timbalan Pengerusi | Muhyiddin Yassin[2] |
| Diasaskan | 1973 |
| Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Keahlian | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Persatuan Cina Malaysia Kongres India Malaysia Parti Gerakan Rakyat Malaysia Parti Progresif Penduduk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Parti Rakyat Bersatu Sarawak Parti Bersatu Sabah Parti Liberal Demokratik Parti Bersatu Rakyat Sabah Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu Parti Demokratik Progresif Sarawak Parti Rakyat Sarawak |
| Ideologi | Ketuanan Melayu, Konservatisme Ekonomi, Konservatisme Sosial, Moral, Politik sayap kanan |
| Warna rasmi | Biru, Putih |
| Dewan Rakyat: |
133 / 222
|
| Dewan Undangan Negeri: |
275 / 505
|
| Tapak web | |
| http://www.bn.org.my/ | |
Barisan Nasional (BN) merupakan parti campuran utama di Malaysia. Ia dibentuk pada 1973 sebagai pengganti kepada Parti Perikatan, ia meneruskan pemerintahannya tanpa diganggu (termasuk era Perikatan) sejak kemerdekaan. Ibu pejabat parti gabungan ini terletak di ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Parti gabungan ini sering mengungguli jumlah kerusi di setiap negeri di Malaysia, tetapi ia kemudian mengalami penurunan yang drastik semasa Pilihan Raya Umum 2008 yang mana ia hanya memiliki majoriti bagi kerusi yang dimenangi ke atas 9 daripada 13 negeri, dengan pengecualian negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor, kesemuanya jatuh ke tangan parti pembangkang. Kuala Lumpur juga berada di bawah kuasa lawan, yang diketuai oleh wakil parti DAP.
MCA
Pada 8 April 2008, sehari selepas tiga pilihanraya kecil, MCA mengadakan mesyuarat tergempar barisan pemimpin kanannya. Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata MCA menyeru Najib mengekalkan kuota parti itu - rakan komponen kedua terbesar dalam BN - seperti sejak pembentukan gabungan itu pada 1974. [3]
Organisasi
| Malaysia |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
|
|
Kerajaan
Eksekutif
Perundangan
Badan Kehakiman
Pilihan raya
Hubungan luar
Bahagian-bahagian
|
|
Negara-negara lain · Atlas Portal Politik |
Berikut merupakan anggota parti komponen Barisan Nasional; iaitu:
- Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
- Persatuan Cina Malaysia (MCA)
- Kongres India Malaysia (MIC)
- Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN)
- Parti Progresif Penduduk (PPP)
- Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
- Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
- Parti Bersatu Sabah (PBS)
- Parti Liberal Demokratik (LDP)
- Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
- Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO)
- Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)
- Parti Rakyat Sarawak (PRS)
Rujukan
- ↑ MIC must deliver Hulu Selangor seat, says Najib The Malay Mail. April 16, 2010
- ↑ Muhyiddin: No Let-Up In BN Campaign Until Task Done The Malay Mail. April 24, 2010
- ↑ Malaysiakini: MCA tidak puas hati kabinet baru
- Chok, Suat Ling (4 Okt. 2005). "MPs in the dock". New Straits Times, p. 1, 6.
- Chin, James. 2002. Malaysia: The Barisan National Supremacy. In David Newman & John Fuh-sheng Hsieh (eds), How Asia Votes, pp. 210–233. New York: Chatham House, Seven Bridges Press. ISBN 1-889119-41-5.
- Pillai, M.G.G. (3 Nov. 2005). "National Front parties were not formed to fight for Malaysian independence". Malaysia Not Today
Pautan luar
Baca dalam bahasa lain
Halaman ini disediakan dalam 12 bahasa