Dalam perkhidmatan tentera, batman adalah seorang askar yang ditugaskan untuk berkhidmat dengan seorang pegawai bertauliah sebagai pembantu peribadi.

Seorang pegawai suruhan (batman) Napoleon

Sejarah sunting

Istilah ini berasal daripada perkataan bahasa Inggeris kuno bat, sejenis tempat duduk untuk penunggang kuda (dari Bahasa Perancis bast, dari Bahasa Latin bastum). Dalam perkhidmatan tentera di mana pegawai-pegawai datang dari kelas atasan, adalah lazim untuk seseorang batman itu, setelah bersara, mengikut pegawai berkenaan dan menjadi orang suruhan peribadi (domestic servant)

Tugas sunting

Tugas batman termasuk tetapi tidak terhad kepada tugas-tugas

  • menjadi penyampai mesej dan arahan daripada pegawai terlibat kepada orang-orang bawahannya.
  • Menguruskan uniform dan peralatan kegunaan pegawai berkenaan (sebagai valet persendirian)
  • Memandu pegawai berkenaan, walaupun di medan pertempuran
  • Tugas-tugas lain yang mana pegawai berkenaan tidak mempunyai masa untuk menjalankan ataupun pegawai itu tidak suka melaksanakannya.

Mengikut negara sunting

Amerika Syarikat sunting

Dalam perkhidmatan Tentera Darat Amerika Syarikat, istilah "dog robber" digunakan secara tidak rasmi, dan juga diguna pakai untuk pegawai muda yang menjadi pembantu kepada pegawai berpangkat kanan. Peranan ini dimasyhurkan oleh pelakon James Garner dalam filem The Americanization of Emily'.

India sunting

Dalam perkhidmatan Tentera India, istilah batman tidak lagi digunakan; sebaliknya perkataan Hindi “Sahayak’ bermaksud pembantu ataupun penjaga digunakan.

Budaya popular sunting

Dalam tentera Jerman, jawatan batman dipanggil der Putzer (tukang cuci) ataupun Bursche (budak suruhan). Lagu popular di kalangan askar Jerman bernama 'Ich war der Putzer vom Kaiser' yang sering dinyanyikan semasa Perang Dunia Pertama menceritakan perihal seorang askar yang menjadi batman kepada Kaiser Wilhelm II dan dengan itu tidak menyertai kengerian perang di Medan Perang Barat.

Pertalian antara pegawai dan batman dalam Tentera British boleh dilihat dalam pertalian di pelakon British David Niven (seorang Lt. Kol. semasa Perang Dunia II) dengan pelakon Peter Ustinov (seorang prebet) yang menjadi batman kepada Niven semasa Perang Dunia II.

Lihat juga sunting