Batu Belah Batu Bertangkup (filem)

Filem Batu Belah Batu Bertangkup merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1959. Filem Batu Belah Batu Bertangkup diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Batu Belah Batu Bertangkup
PengarahJamil Sulong
Penulis
Dihasilkan olehRun Run Shaw
Dibintangi
SinematografiHitam-putih
Disunting oleh
  • H. R. Narayana
  • Hayat Harris
Muzik olehOsman Ahmad
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
1959
Masa tayangan
100 minit
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Pengarah sunting

Filem Batu Belah Batu Bertangkup diarah oleh pengarah Jamil Sulong pada tahun 1959.

Ringkasan sunting

Merupakan sebuah filem purba yang mengisahkan tentang dua orang adik beradik melalui liku kehidupan setelah kematian ayah dan ibunya yg dikaitkan dengan puaka dari Batu Belah Batu Bertangkup. Di dalam sebuah desa, ada satu keluarga 4 beranak. Ayahnya bekerja sebagai nelayan manakala ibunya sebagai suri rumah. Ayahnya (lakonan Salleh Ghani) meninggal dunia di dalam hutan kerana kemalangan di timpa pokok. Dia meninggal dunia ekoran mahu memuaskan kehendak isterinya yang mengidam akan telur ikan tembakul. Mulai saat itu sebulan selepas kematian ayahnya, ibunya (Neng Yatimah) mengambil tugas menyara keluarga. Suatu malam, ibunya dikejutkan dengan satu suara panggilan dari Batu Belah Batu Bertangkup yang menginginkan satu nyawa lagi, namun ibunya kebingungan dan tidak mengerti apakah yang dimaksudkan oleh mimpi tersebut. Ini kerana pada siang harinya dia memperoleh seekor ikan tembakul betina namun tiada telur di dalamnya. Dalam pada itu, ibunya masih mengidam untuk merasa telur ikan tembakul, berhari-hari dia mengail ikan namun tidak berjaya. Suatu hari, dia memperoleh seekor lagi ikan tembakul betina dan mempunyai telur di dalamnya. Dia sungguh gembira dan terus menggoreng ikan bersama telurnya. Ibunya sempat berpesan kepada Melur (Hasnah Rahman) agar makan separuh dari isi ikan dan separuh telur tersebut bersama adiknya, Pekan (Bad Latiff). Ketika ibunya tiada di rumah kerana menziarah pusara arwah suaminya, Pekan meronta-ronta untuk mendapatkan telur ikan tembakul tersebut walaupun dia telah makan bahagian kakaknya. Melur tidak sampai hati lalu memberikan sebiji telur ayam sebagai ganti namun di tolak mentah-mentah oleh Pekan. Akhirnya, Pekan berjaya mendapatkan telur ikan tembakul milik ibunya dan dihabiskan terus. Melur yang menyaksikan peristiwa itu tidak mampu berbuat apa-apa.

Ketika ibunya pulang ke rumah untuk menikmati juadah yang diidamkan itu namun, dia sungguh kecewa kerana telur ikan yang diidamkan sudah dihabiskan oleh Pekan. Melur dipersalahkan kerana tidak mampu menjaga adiknya dengan baik. Semasa ibunya tidur, dia telah bermimpi mengenai panggilan suara puaka dari Gua Batu Belah Batu Bertangkup yang mempunyai cerita misterinya tersendiri. Akibat termakan hasutan, ibunya mengikut suara tersebut. Hal ini disedari oleh Melur dan Pekan. Mereka mengejar ibunya ke dalam hutan. Namun ibunya tidak menghiraukan. Sebelum tiba di pintu gua, ibunya sempat meninggalkan semangkuk susu badan untuk diberikan kepada Pekan yang masih kecil itu. Susu yang ditinggalkan itu terus diminum oleh Pekan yang kehausan. Tetapi sayangnya, ibunya berjaya ditelan oleh gua tersebut yang menginginkan satu nyawa lagi dan sumpahan itu akan tamat selepas itu.

Melur dan Pekan tidak sempat menyelamatkan ibunya. Hanya beberapa helai rambut sebagai tinggalan di pintu gua. Kini, Melur dan Pekan hilang tempat bergantung. Dia membawa diri sebelum dijumpai oleh seorang nenek kebayan yang pandai membuat ubat herba. Mereka dibesarkan dengan selamat. Beberapa tahun kemudian, Melur dan Pekan menginjak ke alam dewasa. Melur (Zaiton) seorang yang cantik rupawan manakala Pekan (Aziz Jaafar) seorang yang kacak dan mahir dalam acara menyabung ayam. Suatu hari, ayam sabungannya telah memasuki kawasan istana, Pekan mengekori ayamnya tanpa tersedar dia telah menceroboh masuk ke kawasan larangan istana. Di sana, dia bertemu dengan Tuan Puteri (Rahmah Rahmat). Sejak dari itu mereka berkenalan dengan mesra. Suatu hari, Raja (Haji Mahadi) telah menganjurkan pertandingan sabung ayam yang mana ayam sabungan milik Pekan berjaya menewaskan ayam sabungan milik Raja dan juga milik Datuk Hitam Pahlawan. Dipendekkan cerita, Pekan dilantik sebagai Raja Muda. Ini menyebabkan Datuk Hitam Pahlawan (Salleh Kamil) berasa cemburu. Sikap Pekan disenangi oleh Raja, Datuk Bendahara (Malek Sutan Muda) dan pegawai-pegawai yang lain. Datuk Hitam Pahlawan semakin berang selepas kekalahannya dalam sabung ayam. Kali ini, dia merancang untuk menyihir Pekan dan Puteri semasa hari persandingannya. Walaupun Pekan dan isterinya berjaya disihir, namun Melur menyarankan kepada Raja, hanya penawar dari roh semangat ibunya mampu mengubati ilmu hitam tersebut. Roh ibunya berjaya menyembuhkan penyakit tersebut maka tamatlah sumpahan puaka gua batu belah batu bertangkup. Tetapi, Datuk Hitam Pahlawan ingin menghabiskan riwayat Pekan kerana dia bersama-sama kuncunya sudah merancang hal ini terlebih dahulu. Mereka berdua beradu tenaga sehingga Datuk Hitam Pahlawan berjaya dibunuhnya. Keadaan menjadi aman dan damai semula.

Pelakon sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting