Koordinat: 4°28′N 101°03′E / 4.467°N 101.050°E / 4.467; 101.050

Batu Gajah, Perak merupakan sebuah bandar di negeri Negeri Perak. Bandar Batu Gajah terletak berhampiran dengan bandaraya Ipoh, Tanjung Tualang, Tronoh, Keledang, Pusing, Simpang Pulai dan lain-lain.

Batu Gajah
Bandar
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"[1]
Lagu:
Negaraku
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Country Malaysia
Wilayah/Provinsi Perak Darul Ridzuan
Daerah Kinta
Majlis Perbandaran2022
Penduduk
 ((1991))
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT

Batu Gajah terletak kira-kira 24 km dari Ipoh dan terletak di dalam mukim Sungai Terap di dalam daerah Kinta. Di sini juga terdapat Kawasan Perusahaan Bemban.

Kedudukannya dalam peta ialah pada latitud 4.4666667 Utara dan longitud 101.05 Timur. Batu Gajah terletak pada ketinggian 144 meter dari aras laut. Ia terletak di tebing Sungai Kinta dan menghilir sedikit dari kuala Sungai Raya. Batu Gajah bermula sebagai sekelompok perkampungan kecil di dalam mukim Sungai Terap yang dibangunkan di bawah kepimpinan penghulu yang digelar Sri Amar Diraja semenjak awal kurun ke-19.

Pada asalnya, petempatan di Batu Gajah dicatatkan bermula di sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Sungai Terap.

Sultan Perak yang ke-34, iaitu Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah, telah dilahirkan di Batu Gajah serta bersekolah di Sekolah Sultan Yussuff, Batu Gajah.

Sejarah sunting

Kampung Sungai Terap diasaskan oleh Toh Panjang Bongkok. Oleh kerana ia adalah kampung pertama di kawasan Batu Gajah yang mempunyai masjid, ia menjadi kampung utama dan nama mukim Sungai Terap diambil sempena nama kampung tersebut. Semasa pemerintahan Sultan Abdul Malik Mansur Shah (1806-1825), Dato' Panglima Kinta mengurniakan Toh Panjang 2 . Bongkok gelaran Sri Amar Diraja dan seterusnya hak untuk memungut cukai di Sungai Kinta. Sri Amar Diraja adalah gelaran diberikan bermula semenjak dari Tun Saban, namun semenjak dari kurun ke-19 ia adalah salah satu gelaran dari enam belas pembesar-pembesar negeri Perak.[2]

Selepas Toh Panjang Bongkok, pembesar di Batu Gajah diteruskan oleh Toh Amar Diraja Pandak 'Akal (meninggal pada 1859) dan kemudiannya diteruskan pula oleh Toh Amar Diraja Naam. Berkemungkinan, catatan sejarah terawal diperolehi melalui catatan diari J.W.W. Birch yang memudiki Sungai Kinta pada 30 April 1875.

kami tiba di Batugaja di tebing sebelah kiri sungai, sebuah kampung yang luas dan indah dengan tanahnya yang elok. Terdapat di antara 30 hingga 40 buah rumah dan sebuah kilang peleburan timah yang besar. Timah dikerjakan berdekatan sini pada sebelum ini, tetapi kini ianya semakin menganjak ke hulu dan semakin ke dalam. Ramai orang yang kebanyakannya orang awam turun ke sungai menaiki bot untuk pergi ke hulu sungai.[3]

Birch, yang belayar ke mudik, ada menyatakan tentang tempat-tempat seperti Ayer Mati dan Batu Gajah di sebelah kiri, dan juga Sungai Terap dengan lebih kurang 30 buah rumah di sebelah kanan. Ke hulu lagi di sebelah kanan terdapat Sayung dan Lambung Kuda di mana di situlah Sri Amar Diraja mengumpul ufti pada timah yang diangkut melalui sungai. Selepas melepasi Sungai Jerneh, Birch sampai ke Pengkalan Kaca, tempat tinggal Sri Amar Diraja.

Kampung, taman dan ladang sunting

  • Taman Bersatu , 31000 Batu Gajah
  • Bandar Tasek Idaman, 31000 Batu Gajah
  • Changkat Larang, 31000 Batu Gajah
  • Jalan Pandak Akhat, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Air Mati, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Pisang, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Baru Chenderong, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Baru Kinta Valley, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Pasir Baru Sungai Terap, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Seri Jaya 1, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Seri Jaya 2, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Sungai Terap, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Baru M.T.D, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Tasek Permai, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Tersusun Sri Rahmat, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Tersusun Sentang, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Sri Mariah, 31000 Batu Gajah
  • Taman Bandar Tasek Idaman, 31000 Batu Gajah
  • Taman Lembah Permai, 31000 Batu Gajah
  • Taman Bemban Raya, 31000 Batu Gajah
  • Taman Melor, 31000 Batu Gajah
  • Taman Mewah, 31000 Batu Gajah
  • Taman Orkid, 31000 Batu Gajah
  • Taman Seri Wangsa, 31000 Batu Gajah
  • Taman Pinggiran Saujana, 31000 Batu Gajah
  • Taman Saujana, 31000 Batu Gajah
  • Taman Batu Gajah Perdana, 31000 Batu Gajah
  • Gopeng Estate, Batu Gajah
  • Kampung Paya Mat Insun, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Redang Sawa, 3100 Batu Gajah
  • Kampung Ara Payung, 31000 Batu Gajah
  • Taman Changkat Jaya, 31000 Batu Gajah
  • Taman Puncak Anggerik, 31000 Batu Gajah
  • Taman Mutiara, 31000 Batu Gajah
  • Kuarter KTMB,Kampung Pisang 31000 Batu Gajah
  • Taman Bemban Setia,31000 Batu Gajah
  • Taman Desa Sentral, 31000 Batu Gajah

Pendidikan sunting

  • Tadika Islam Perak Batu Gajah
  • Tadika Pelangi, Batu Gajah
  • Tadika Islam Perak, Jalan Besar, 31000 Batu Gajah
  • SK ST. Bernadette's Convent, Batu Gajah
  • SMK ST. Bernadette's Convent, Batu Gajah
  • SK Sultan Yussuf, Batu Gajah
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf
  • SK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah
  • SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah
  • SJK (C) Yuk Kwan, Batu Gajah
  • SMJK (C) Yuk Kwan, Batu Gajah
  • SK Seri Jaya, Batu Gajah
  • SK Tanjung Tualang, Batu Gajah
  • SK Bakap, Batu Gajah
  • SJK (C) Bemban, Batu Gajah
  • SJK (C) Thung Hon, Chenderong, Batu Gajah
  • SJK (T) Changkat, Batu Gajah
  • SJK (T) Kinta Valley, Batu Gajah
  • SMK Pusing, Batu Gajah

Rumah ibadat sunting

Kemudahan asas sunting

  • Hotel Sunshine Batu Gajah
  • Hospital Batu Gajah
  • Tenaga Nasional Bhd
  • Pejabat Pos Bandar Baru Batu Gajah
  • Pejabat Pendaftaran Negara, Batu Gajah
  • Stesen Keretapi Batu Gajah
  • Telekom Malaysia Bhd Batu Gajah
  • Lembaga Air Perak Batu Gajah
  • Batu Gajah Sentral (Sedang Dibina)

Rekreasi dan tempat pelancongan sunting

Bank sunting

  • Hong Leong Bank Bhd
  • CIMB Bank Bhd
  • Maybank
  • Bank Simpanan Nasional
  • Am Finance

Perusahaan sunting

  • Majuperak Properties Sdn Bhd
  • Stesen Minyak Petronas
  • Pertubuhan Peladang Kaw Kinta Selatan
  • Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Negeri Perak
  • Pernas Charter Management Sdn Bhd
  • Kicap Syarikat Zamani Hj Tamin Sdn Bhd

Tokoh kelahiran Batu Gajah sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Malaysian Flag and Crest from www.malaysia.gov.my". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-10. Dicapai pada 2013-10-15.
  2. ^ R. O.Winstedt, W. E. Maxwell, R. J. Wilkinson. A history of Perak,. Perchetakan MAS Sdn Bhd.CS1 maint: multiple names: authors list (link)1974
  3. ^ Birch, James Wheeler Woodford. The journals of J. W. W. Birch, first British resident to Perak, 1874-1875. Oxford University Press.1976