Batu Tiga merupakan sebuah bandar yang terletak di Subang Jaya, Selangor. Ia terletak bersempadan dengan Subang Jaya dan Shah Alam. Walau bagaimanapun, ia berhampiran dengan Shah Alam berbanding pusat bandarnya di Subang Jaya. Taman Perindustrian Subang Hi-Tech yang terletak di pinggir bandar berfungsi sebagai salah satu kawasan industri paling utama di Lembah Klang kerana ia terletak di antara Kuala Lumpur, Shah Alam, Klang dan Subang.

Batu Tiga
Bandar
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
Pentadbiran
 • Ditadbir olehMajlis Bandaraya Subang Jaya
Zon waktuUTC+8 (MST)
Laman sesawanghttp://www.mpsj.gov.my/

Latar Belakang & Kemajuan sunting

Batu Tiga terletak dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ). Kawasan pinggir bandar ini bermula sebagai sebuah kawasan perindustrian, kemudian berkembang dengan pembangunan kediaman kos rendah berkembang pada tahun 2000. Biasanya kekeliruan berlaku kerana beranggapan ianya terletak di Shah Alam kerana sebelum ini tidak terdapat kemudahan jalan yang menghubungkannya terus ke Subang Jaya. Pada tahun 2009, jambatan yang menghubungkan dari USJ ke kawasan ini telah dibina, menjadikan pinggir bandar ini lebih strategik berbanding sebelumnya.

Perindustrian sunting

Taman Perindustrian Subang Hi-Tech adalah kawasan perindustrian utama di Batu Tiga. Banyak ibu pejabat syarikat antarabangsa dan multinasional terletak di kawasan ini.

Kemudahan sunting

ÆON, Tesco, dan Giant adalah pusat membeli-belah terdekat yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Terdapat banyak kemudahan restoran, medan selera dan kafe yang terletak di sekitar kawasan ini juga.

Kebolehcapaian sunting

 
Stesen Komuter Batu Tiga

Lokasi Batu Tiga sangat strategik. Ia boleh diakses melalui kebanyakan lebuh raya utama seperti Lebuhraya Elite, NKVE, Lebuhraya Persekutuan, lebuh raya KESAS dan Lebuhraya Lapangan Terbang Subang.

Jaraknya hanya 3 km dari pinggir bandar ke Glenmarie dan Stadium Shah Alam. Ia berjarak 25 minit perjalanan dari pinggir bandar ke Kuala Lumpur.

Untuk pengangkutan awam, terdapat  KD10 Stesen Komuter Batu Tiga. Pekerja asing di kawasan perindustrian biasanya menggunakan kemudahan keretapi untuk pengangkutan. Ia dibangunkan untuk memenuhi lalu lintas di kawasan pinggiran bandar Shah Alam dan Klang.

Pautan luar sunting