Beban unit (bahasa Inggeris: unit load) menggabungkan beberapa bungkusan atau barangan menjadi unit tunggal yang beratnya boleh mencapai ribuan kilogram tetapi mudah dialihkan menggunakan peralatan ringkas. Satu beban unit dipek kemas di dalam rak di gudang, kontena, lori dan gerabak kereta api, tetapi boleh diceraikan dengan mudah di pusat pengedaran seperti gudang, pasaraya, kedai runcit, dan sebagainya.

Sekurang-kurangnya sebahagian daripada rantaian pengedaran produk pengguna dan industri dikirim dalam bentuk beban unit. Beban unit menjadikan proses pengendalian, penyimpanan dan pengedaran menjadi lebih cekap. Ia membantu mengurangkan kos pengendalian dan kerosakan disebabkan oleh pengendalian individu.

Beban unit tipikal terdiri daripada bekas papan gentian beralun ditindan di atas palet dan distabilkan dengan pembalut. Sekitar 2 bilion beban unit digunakan seharian di Amerika Syarikat (Ward 1993).

Terdapat tiga reka bentuk beban unit yang mempunyai aplikasi yang berlainan; berasaskan komponen, berasaskan sistem, dan berasaskan piawai.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

  • [1]Virginia Tech Center For Unit Load Design