Belalang Kunyit (Valanga nigricornis)[1] ialah sejenis belalang bewarna kuning kehijauan yang boleh dimakan kerana ia merupakan sumber protein yang bagus.

Belalang kunyit
frames
Pengelasan saintifik
[[]]

Valanga nigricornis nigricornis (Burm.)

Melalui peringkat kitaran hidup hemimetabola (tidak lengkap), iaitu bermula dari telur (dalam tanah), beberapa peringkat bukan dewasa (nimfa) dan seterusnya peringkat serangga dewasa.

Dalam bidang pertanian, belalang kunyit diangap sebagai perosak. Serangga dewasa dan nimfa (anak belalang) melakukkan kerosakkan dengan memakan daun tutup bumi di estet getah dan ladang kelapa sawit.

Ciri-ciri sunting

Belalang bersalin kulit (biasanya enam pada jantan dan tujuh pada betina) boleh dibezakan dengan perkembangan alat sulit luaran. Di bawah keadaan makmal (purata 27–9 °C dan 80% r.h.), kitaran hayat lengkap dalam tempoh 6½–8½ bulan, dan belalang betina memiliki kesuburan ("fecundity") purata 158. Kesesakan memperlahankan kadar pertumbuhan belalang dewasa, meningkatkan tempoh pre-oviposition dari 60 hingga 65 hari pada 30–9 °C dan mengurangkan kesuburan. Kesimpulannya adalah kadar kesuburan rendah dan kitaran hayatnya yang perlahan menghalang kemungkinan spesies ini menjadi serangga perosak yang meluas.[2]

Morfologi sunting

Belalang kunyit tergolong dalam kelas serangga yang mempunyai 3 pasang kaki iaitu dari Order Ortoptera yang mana belalang dewasa akan makan pucuk-pucuk muda tanaman seperti sayuran, ubikayu, pisang dan sebagainya. Semasa kajian makmal saya diminta membuat pembedahan (Disect) perut belalang kunyit untuk lulus periksa. Belalang kunyit merupakan serangga yang mempunyai kitaran hidup tidak lengkap. Belalang kunyit bertelur dalam tanah dan menjalani beberapa peringkat sebelum dewasa dan peringkat dewasa di mana ianya tidak melalui peringkat Larva (Ulat) seperti kebanyakkan anthropod lain.[3]

Memakan belalang kunyit sunting

Belalang kunyit boleh digoreng dengan kuali tanpa minyak dan masukkan sedikit garam. Ada yang suka makan bila digoreng dengan minyak. Bahagian kaki belakang merupakan bahagian yang paling sedap dimakan iaitu rangup seperti sepit udang galah. Bahagian perut dan abdomen dibuang dan tidak dimakan. Belalang kunyit kaya dengan protein dan rasanya memang sedap.

Sebagai perosak tanaman sunting

Serangan belalang kunyit banyak terjadi pada musim panas dan kemarau di mana serangga ini aktif dan cepat membiak. Kawalan serangan boleh dibuat dengan cara manual (tangkap dan goreng) atau cara semburan kimia dengan racun serangga (dulu guna Malathion atau Decis).

Bacaan lanjut sunting

Rujukan sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting