Ben 10 ialah sebuah siri televisyen animasi Amerika Syarikat rekaan kumpulan "Man of Action" (yang terdiri daripada Duncan Rouleau, Joe Casey, Joe Kelly dan Steven T. Seagle) terbitan Cartoon Network Studios. Rancangan ini telah ditayangkan pada 27 Disember 2005 di Cartoon Network di Amerika Syarikat. Di Malaysia, siri ini telah ditayangkan pada 4 Disember 2006 di Cartoon Network Asia di Astro saluran 62 (sekarang Saluran 616). Kemudian, TV3 disiarkan pada 2008.

Ben 10
Logo rancangan Ben 10
FormatAnimasi / Aksi
PenciptaDuncan Rouleau
Joe Casey
Joe Kelly
Steven T. Seagle
Pelakon suara
Tara Strong
Dee Bradley Baker
Fred Tatasciore
Jim Ward
Meagan Smith
Paul Eiding
Richard McGonagle
Richard Steven Horvitz
Steven Jay Blum
Penggubah lagu tema
Andy Sturmer
Negara asalAmerika Syarikat
Bilangan musim4
Bilangan episod49
Penerbitan
Penerbit eksekutifSam Register
Mark Burton
Tempoh siaran22 minit
Syarikat penerbitan
Cartoon Network Studios
Syarikat pengedaran
Warner Bros. Village Roadshow Pictures
Penyiaran
Saluran asalCartoon Network
Siaran asalAmerika Syarikat : 27 Disember 2005

Malaysia : 4 Disember 2006 – Amerika Syarikat : 15 April 2008

Malaysia : 9 Jun 2008
Kronologi
Diikuti olehBen 10: Alien Force
Pautan luar
Laman sesawang

Ben Tennyson, sepupunya Gwen, dan datuk mereka iaitu Max. Kisahnya bermula ketika Ben bersama-sama datuk serta sepupunya berkhemah pada permulaan cuti musim panas. Bagi Ben, percutian ini amat membosankan lebih-lebih beliau telah bertelagah dengan Gwen. Untuk menghilangkan rasa jemu, Ben merayau-rayau di hutan lalu ternampak sesuatu objek berupa meteor di langit malam yang jatuh menghalanya. Sewaktu Ben mendekatinya, beliau menemui sebuah lenggai gergasi asing yang mempunyai sebuah alat seakan-akan jam tangan yang penuh misteri bergelar Omnitrix di dalamnya. Alat itu melekap pada pergelangan tangannya dan memberikannya kebolehan untuk betukar kepada pelbagai makhluk asing, setiap satunya memiliki kuasa-kuasa yang tersendiri. Walaupun Ben menyedari tanggungjawabnya adalah membantu orang lain dengan kuasa-kuasa barunya, namun dia tetap suka bermain-main dengan kuasanya itu.

Watak sunting

Omnitrix sunting

 
Omnitrix.

Tumpuan utama siri ini ialah Omnitrix, sebuah perkakasan asing berupa jam tangan yang ditemui Ben pada awal siri. Dengan menggunakan alat ini, Ben boleh bertukar menjadi beberapa bentuk makhluk asing untuk melawan pelbagai penjahat dalam siri ini. Omnitrix berfungsi dengan menggabungkan DNA makhluk asing dengan DNA Ben, lalu menukarkannya menjadi makhluk pilihannya selama sepuluh minit, selepas itu pulih kepada rupa asal. Seperti yang diterangkan dalam Ben 10: Race Against Time, had masa ini bertujuan untuk menghalang DNA makhluk asing dari menguasai penggunanya.

Untuk mengelakkan sesiapa mencuri Omnitrix dari Ben, Omnitrix itu disifatkan agak sukar ditanggal, seolah-olah berpadu dengan kulit Ben. Lebih-lebih lagi, jikalau seseorang cuba menanggalkannya, alat itu menghasilkan ledakan tenaga untuk menghindarkannya.

Filem sunting

Dua filem Ben 10 telah dikeluarkan pada masa-masa berlainan pada tahun 2007 dan 2008. Filem pertama ialah cetera animasi pertama berjudul Secret of the Omnitrix, di mana Omnitrix disetkan untuk musnah sendiri secara tidak sengaja dan Ben mesti mencari pencipta alat itu untuk menghentikannya. Filem ini disiarkan pada 10 Ogos 2007. [1] Dua versi berlainan yang menampakkan perbezaan dari keluaran asal masing-masing dikeluarkan pada 1 September 2007 dan 20 Oktober 2007. Di Malaysia, Filem Ben 10 : Secret of the Omnitrix disiarkan pada Jumaat, 23 Mei 2008 di Cartoon Network Asia.

Filem kedua ialah filem lakonan hidup berjudul Ben 10: Race Against Time[2] yang disiarkan pada 21 November 2007. Plotnya mengisahkan Ben, Gwen dan Max kembali ke tempat asal mereka di Bellwood dan cuba kembali menjalani kehidupan 'normal'. Malangnya, hidup mereka diganggu oleh seekor makhluk asing bergelar Eon yang mempunyai hubungkait dengan Omnitrix. Race Against Time ditayangkan buat julung kali di Cartoon Network pada 21 November 2007. Filem ini diarah oleh Alex Winter.[3] Di Malaysia, filem Ben 10 : Race Against Time dikeluarkan pada 26th September 2008 di Cartoon Network Asia di Astro dan boleh didapati dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Mandarin.

Rujukan sunting

  1. ^ "CN Upfront: "Ben 10" Live Action and Animated Movies In Production-UPDATED". Dicapai pada 2007-10-25.
  2. ^ "TZ @ SDCC: 3 Versions of "Ben 10" Animated Movie, Plot of Live Action Movie (Updated)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-09. Dicapai pada 2007-10-25.
  3. ^ "CN Upfront: 2007 Overview". Dicapai pada 2007-10-25.

Pautan luar sunting