Kuih bingka (Jawi: بيڠك) ialah kuih tradisional Indonesia (kuih basah) yang merupakan salah satu kuih tradisional khas Banjar yang kebanyakannya dikaitkan dengan wilayah Kalimantan Selatan, Indonesia [perlu rujukan]. Kuih bingka juga terdapat dalam masakan Melayu. Ia mempunyai tekstur yang sangat manis, lemak dan lembut. Kuih ini merupakan salah satu kuih yang digunakan dalam tradisi Banjar untuk menghidangkan 41 jenis kuih untuk majlis-majlis khas seperti perkahwinan [perlu rujukan]. Walaupun boleh didapati sepanjang tahun, kuih bingka kebiasaannya menjadi kebiasaan pada bulan Ramadan kerana ia dianggap sesuai untuk berbuka puasa. Kuih bingka ubi atau di pantai timur dikenali sebagai bengkang ubi kayu, merupakan sejenis kuih bingka yang diperbuat dari ubi kayu. Kuih tradisi ini menggunakan bahan tempatan sepenuhnya. Kuih ini menggunakan ubi kayu yang telah disagat dicampur dengan sagu ubi kayu, dan tidak memerlukan bahan asing seperti tepung gandum sedikitpun.

Kuih bingka ubi.
Kuih bingka ubi.
Bingka Ubi
بيڠک اوبي
Kuih bingka ubi.
Nama alternatifBengkang Ubi Kayu (بڠکڠ اوبي کايو)
JenisKuih Talam
Jenis sajianMakanan ringan
Tempat asalMalaysia
Kawasan/rantauAsia Tenggara
Suhu penghidanganSuhu bilik
Bahan utamaubi kayu, sagu ubi kayu, nisan, santan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bahan-bahannya sunting

  • 1 kg ubi kayu sagat
  • 650 ml santan kelapa
  • 100 grm nisan
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak sapi

Cara penyediaan sunting

Masukkan semua santan, gula pasir, gula melaka, daun pandan, minyak sapi dan garam ke dalam periuk dan kacau. Kacau sehingga gula telah larut dan tidak perlu tunggu sampai bancuhan mendidih, boleh ditutup api dapur dan ketepikan dulu bancuhan santan ini.

Parutan ubi kayu di masukkan ke dalam kain kasa dan perah, tadah air perahan dari ubi kayu. Buat sedikit demi sedikit sehingga habis. Parutan ubi kayu yang sudah diperah dimasukkan ke dalam bekas lain. Biar air perahan selama 20-30 minit supaya sagunya mendak. Perlahan-lahan buangkan air di pemukaan dan ambil sagu tu dan digaul bersama parutan ubi.

Panas kan oven pada suhu 180'C dan sapukan loyang dengan minyak masak kemudian alas loyang dengan aluminium foil , biarkan aluminium lebih di kiri dan kanan tebing loyang supaya senang nak tarik keluar bingka yang dah masak . Sapu sedikit minyak masak pada pemukaan alumium foil ini.

Tapis bancuhan santan tadi dan tuang ke dalam bekas berisi parutan ubi kayu . Gaul sampai rata dan tuang adunan ke dalam loyang . Bakar selama 1 jam 30 minit sehingga pemukaan bingka garing . Sejukkan bingka dan baru boleh dipotong serta di hidang .

Rujukan sunting