Bernard Lawrence "Bernie" Madoff (IPA: [ˈmeɪdɒf] "mei-dof") (lahir 29 April 1938, di Bandar Raya New York) ialah seorang ahli perniagaan dan bekas pengerusi bursa saham NASDAQ berbangsa Amerika Syarikat, yang mengaku bersalah[2] kerana melakukan penipuan pelaburan terbesar yang pernah dilakukan oleh satu orang. Pada 12 Mac 2009, Madoff mengaku bersalah atas 11 tuduhan jenayah menipu ribuan orang pelabur melalui skim Ponzi besar-besaran. Pendakwa raya menganggarkan kerugian para pelanggan termasuk keuntungan palsu bernilai hampir $65 bilion.[3][4] Walaupun mula-mulanya dikurungkan dalam empernya di Manhattan, namun Madoff pun dipenjarakan setelah rayuannya diterima di mahkamah terbuka. Beliau mungkin terpaksa menghabiskan sisa-sisa hdiupnya dalam penjara, serta diarah membayar restitusi sebanyak $170 bilion.[5][6]

Bernard L. Madoff
Bernard Madoff
StatusBanduan #61727-054 di Metropolitan Correctional Center, Bandar Raya New York, NY.[1]
Warganegara Amerika Syarikat
PendidikanHofstra University (1960)
PekerjaanBroker saham, penasihat kewangan (bersara), bekas pengerusi NASDAQ
MajikanBernard L. Madoff Investment Securities
Terkenal keranaSkim Ponz, bekas pengerusi NASDAQ
PasanganRuth Alpern Madoff
Anak-anakMark Madoff (ca. 1964), Andrew Madoff (ca. 1966)
Pertuduhan jenayahPenipuan sekuriti, penipuan nasihat pelaburan, penipuan pos, penipuan talian, pelaburan haram, kenyataan palsu, sumpah bohong, melakukan pemfailan palsu dengan SEC, pencurian dari pelan faedah pekerja
PenaltiHukuman dijadualkan pada 16 Jun 2009; maksimum 150 tahun di penjara dan ganti rugi $170 bilion

Madoff menubuhkan firma Bernard L. Madoff Investment Securities LLC di Wall Street pada tahun 1960, serta menyandang jawatan pengerusi sehingga beliau ditahan pada 11 Disember 2008.[7][8][9] Selama ini, reputasi beliau teramat bagus, sekaligus membolehkan para pelabur termasuk badan amal Yahdui mengamanahkan berbilion dolar padanya.[10][11][12][13] Firma Madoff merupakan salah sebuah perniagaan penggerak pasaran terbesar di Wall Street (keenam terbesar pada tahun 2008),[14] yang selalu berfungsi sebagai penyedia "pasaran ketiga" yang memintasi firma "pakar", melaksanakan arahan atas kaunter secara terus dari broker runcit.[15] Firma tersebut juga mempunyai bahagian pengurusan pelaburan dan nasihat yang menjadi tumpuan siasatan penipuan.[16]

Menurut aduan persekutuan yang asli, Madoff mengakui firmanya menghadapi "liabiliti sebanyak kira-kira AS$50 bilion."[17][16][18] Pihak pendakwaan menaikkan anggaran jumlah wang penipuan dari $50 bilion ke $64.8 bilion, berdasarkan jumlah dalam akaun-akaun yang dipegang oleh 4,800 pelanggan Madoff pada 30 November 2008.[19] Madoff mengakui bahawa, pada 10 Disember 2008, beliau mengaku kepada anak-anaknya bahawa bahagian pengurusan aset firmanya merupakan suatu skim Ponzi yang besar, dalam erti kata lain "satu penipuan yang besar."[20] Maklumat ini pun diserahkan kepada pihak berkuasa.[17][21] Pada hari kemudiannya, ejen-ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menahan Madoff lalu menuduhnya dengan satu kiraan penipuan sekuriti. Lima hari selepas ditahan, aset-aset Madoff dan firmanya pun dibekukan, sementara seorang penerima dilantik untuk menangani kes berkenaan.[22] Sebilangan pelabur, wartawan dan pakar ekonomi telah mempersoal kenyataan yang dibuat oleh Madoff bahawa beliau tidak mendapatkan bantuan sesiapa pun dalam apa yang dilakukannya selama ini. Pihak penguasa undang-undang terus menyiasat sekiranya ada orang lain yang melibatkan diri dalam skim penipuan Madoff.[23] Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa menjalankan siasatan terhadap amalan perniagaan Madoff sejak tahun 1999, yang dibidas kerana diuruskan secara tidak cekap.[14][15]

Madoff pernah menjadi seorang dermawan yang menduduki lembaga pengurusan di beberapa pertubuhan tanpa untung, yang kebanyakannya pernah mengamanahkan pembiayaan kewangan kepada firmanya.[24][25] Beliau merupakan bekas Bendahari Kebangsaan Kongres Yahudi Amerika. Kejatuhan dan pembekuan aset-aset peribadi dan firmanya telah meninggalkan kesan dalam perniagaan, pertubuhan amal dan yayasan seluruh dunia, termasuk Yayasan Amal Robert I. Lappin, Yayasan Picower, dan Yayasan JEHT yang lingkup akibat skandal ini.[24][26][27][28]

Rujukan sunting

  1. ^ "Bernie Madoff's New Digs: From Penthouse To Outhouse". CNBC. 2009-03-13. Dicapai pada 2009-03-13.
  2. ^ "Plea Allocution of Bernard Madoff (U.S. v. Bernard Madoff)". FindLaw. 2009-03-12. Dicapai pada 2009-03-12.
  3. ^ "Wall Street legend Bernard Madoff arrested over '$50 billion Ponzi scheme'". The Times. Times Newspapers Ltd. 2008-12-12. Dicapai pada 2008-12-13.
  4. ^ Bray, Chad (2009-03-12). "Madoff Pleads Guilty to Massive Fraud". The Wall Street Journal. Dow Jones, Inc. Dicapai pada 2009-03-12.
  5. ^ "Bernard Madoff Will Plead Guilty to 11 Charges in Financial Fraud Case, Faces 150 Years in Prison". Fox News. March 10, 2009. Dicapai pada March 10, 2009.
  6. ^ Glovin, David (March 10, 2009). "Madoff to Plead Guilty in Largest U.S. Ponzi Scheme". Bloomberg.com. Dicapai pada March 10, 2009. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  7. ^ "The Madoff Case: A Timeline". The Wall Street Journal. 2009-03-06. Dicapai pada 2009-03-06.
  8. ^ David Glovin (2009-02-11). "Madoff Prosecutors Get 30 More Days for Indictment". Bloomberg L.P. Dicapai pada 2009-02-11.
  9. ^ DeStefano, Anthony M. (2009-03-07). "Madoff expected to plead guilty in Ponzi scheme". Newsday. Dicapai pada 2009-03-07.
  10. ^ |page=D01 |publisher=Washington Post|date=2008-12-13 |accessdate=2009-01-18}}
  11. ^ "Former Nasdaq chairman charged with fraud". CNN. 2008-12-11. Dicapai pada 2008-12-16.
  12. ^ "S.E.C. Updates on Madoff Case; Charities Feel Losses". Politonomist.com. 2008-12-18. Dicapai pada 2009-01-03.[pautan mati]
  13. ^ Diana Henriques (2009-01-13). "New Description of Timing on Madoff's Confession". New York Times. Dicapai pada 2009-01-19. Check date values in: |date= (bantuan)
  14. ^ a b Lieberman, David (December 15, 2008). "Investors remain amazed over Madoff's sudden downfall". USA Today. Dicapai pada December 24, 2008. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan) Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "usa today" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  15. ^ a b O'Hara, Maureen (1995). Market Microstructure Theory. Oxford: Blackwell. m/s. 190. ISBN 1-55786-443-8. Dicapai pada December 16, 2008.
  16. ^ a b "SEC Charges Bernard L. Madoff for Multi-Billion Dollar Ponzi Scheme (2008-293)". SEC.gov. U.S. Securities and Exchange Commission. 2008-12-11. Dicapai pada 2008-12-11.
  17. ^ a b "SEC: Complaint SEC against Madoff and BMIS LLC" (PDF). Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat. 2008-12-11. Dicapai pada 2008-12-29.
  18. ^ "Rich investors 'wiped out' by Wall Street fraud". The Independent. 2008-12-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-17. Dicapai pada 2008-12-17.
  19. ^ [1] Reuters: US Prosecutors updated the size of Madoff's scheme from $50 billion to $64 billion.
  20. ^ David Voreacos and David Glovin (2008-12-13). "Madoff Confessed $50 Billion Fraud Before FBI Arrest". Bloomberg News.
  21. ^ {{cite news|url=http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/article/2008/12/12/AR2008121203970_pf.html%7Cauthor=Binyamin Appelbaum, David S. Hilzenrath and Amit R. Paley |title=It was all one big lie.
  22. ^ Larson. "U.S. Judge Freezes Madoff Assets, Appoints Receiver, SEC Says". Bloomberg.com. Bloomberg News.
  23. ^ Caruso, David (2008-12-18). "Madoff Investigators Look for Partners". AOL. Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-22. Dicapai pada 2008-12-23.
  24. ^ a b Appelbaum, Binyamin (2008-12-13). "'All Just One Big Lie'". The Washington Post. Washington Post Company. m/s. D01. Dicapai pada 2008-12-12. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  25. ^ "Standing Accused: A Pillar of Finance and Charity". The New York Times. 2008-12-13.
  26. ^ "Madoff Wall Street fraud threatens Jewish philanthropy". Dicapai pada December 13, 2008.
  27. ^ Henriques. "For Investors, Trust Lost, and Money Too". The New York Times. Dicapai pada December 13, 2008.
  28. ^ "Two More Charities Announce Closing Due to Madoff" AP melalui Yahoo! News.