Bertukar-tukar pasangan


Bertukar-tukar pasangan merujuk kepada "kegiatan seks bukan monogami yang boleh dihayati oleh sesuatu pasangan dan yang diperlakukan hampir serupa dengan mana-mana kegiatan sosial yang lain".[1] Fenomena penukaran pasangan (atau setidak-tidaknya, perbincangan dan amalan yang lebih meluas) boleh dilihatkan sebagai sebahagian revolusi seks pada dekad-dekad kebelakangan ini yang berlaku selepas kenaikan mendadak kegiatan seks yang dimungkinkan oleh amalan persetubuhan yang lebih selamat pada waktu yang sama.

Bertukar-tukar pasangan dahulu dikenali sebagai penukaran bini tetapi istilah itu telah dikritik sebagai mengambil sudut pandangan lelaki serta tidak memerikan dengan tepat berbagai-bagai kegiatan seks yang dilakukan oleh para penukar pasangan.

Aktiviti sunting

Aktiviti penukaran pasangan termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • Penukaran ringan: Bersetubuh dengan seseorang pasangan sewaktu dua atau lebih orang melakukan kegiatan seks berhampiran.
  • Pertukaran ringan: Melakukan seks oral dengan seseorang yang bukan pasangannya. Ini seringnya merupakan jenis kegiatan yang dipilih oleh pasangan penukaran baharu sebelum mencuba pertukaran penuh, walaupun banyak pasangan membataskan diri mereka kepada pertukaran ringan ini atas alasan peribadi atau alasan keselamatan.[2]
  • Pertukaran penuh: Bersetubuh dengan seseorang yang bukan pasangannya. Walaupun ini merupakan takrif yang biasa difahami, ia tidak semestinya merupakan jenis yang paling biasa.
  • Seks kumpulan: Sepatah istilah terangkum untuk kegiatan yang melibatkan beberapa pasangan di dalam kawasan sekitar yang sama.

Biasanya, kegiatan penukaran pasangan berlaku apabila sesuatu pasangan suami isteri atau pasangan yang mempunyai hubungan terikat melakukan kegiatan seks dengan satu pasangan yang lain, beberapa pasangan, atau sesuatu individu yang tunggal. Kegiatan itu boleh berlaku di dalam bilik yang sama (seringnya dikenali sebagai penukaran pasangan bilik sama) walaupun penukaran pasangan bilik berasingan juga berlaku. Dalam keadaan-keadaan sedemikian, penukar pasangan sering merujuk kepada bersetubuh sebagai bermain dan pasangan seksnya sebagai rakan sepermainan. Ada kalanya, satu pihak pasangan tidak berminat menyertai gaya hidup penukaran pasangan. Pihak ini biasanya dirujuk sebagai pihak bertahan, manakala pihak yang lain dirujuk sebagai pihak berhasrat. Justera, "pihak berhasrat" ialah pihak tunggal dalam sesuatu pasangan penukaran yang mencari-cari gaya hidup yang bertentangan dengan pihak pasangan yang lain.

Penyelidikan sunting

Penyelidikan saintifik yang subjektif telah dijalankan di Amerika Syarikat sejak akhir 1960-an. Satu kajian berdasarkan soal selidik dalam talian yang ditujukan kepada pengunjung laman berkait penukaran pasangan mendapati bahawa penukar pasangan adalah lebih bahagia dalam hubungan mereka berbanding dengan norma. 60% daripada mereka mengatakan bahawa penukaran pasangan memperbaik hubungan mereka, manakala 1.7% berkata bahawa penukaran pasangan mengakibatkan hubungan mereka kurang bahagia. Sekitar 50% daripada mereka yang menilai hubungan mereka sebagai "sangat bahagia" sebelum menjadi penukar pasangan mendesak bahawa hubungan mereka telah bertambah lagi bahagia. 90% daripada mereka yang kurang bahagia berkata bahawa penukaran pasangan memperbaik hubungan mereka. Tentang soalan yang berkenaan dengan masalah kecemburuan:

  • hampir 70% daripada penukar pasangan menjawab bahawa mereka tidak mengalami sebarang masalah;
  • kira-kira 25% menjawab bahawa masalah mengawal kecemburuan sewaktu penukaran pasangan adalah agak benar; dan
  • 6% daripada penukar pasangan memilih jawapan "ya, sangat benar".

Tentang soalan kebahagiaan dan keterujaan:

  • 59% daripada penukar pasangan memilih jawapan "sangat bahagia", berbanding dengan 32% yang bukan penukar pasangan; dan
  • 76% daripada penukar pasangan memilih jawapan bahawa kehidupan mereka telah menjadi "lebih menguja", berbanding dengan 54% yang bukan penukar pasangan.

Tidak terdapat banyak perbezaan antara jawapan lelaki dan jawapan wanita, walaupun lebih banyak lelaki (70%) menyertai kajian itu.

Bagaimanapun, ketepatan kajian di atas adalah terhad, akibat pensampelan pemilihan kendiri. Tatacara pensampelan berasaskan internet sentiasa menimbulkan potensi pensampelan bias yang cukup besar. Misalnya, pasangan penukaran yang memiliki hubungan yang lebih kukuh mungkin mempunyai lebih banyak dorongan untuk menyertai soal selidik itu. Sebagai alternatif, kerana penukaran pasangan mengakibatkan tekanan dalam sesuatu perkahwinan, hanya mereka yang mempunyai komitmen yang lebih tinggi dapat memelihara perkahwinan mereka sewaktu bertukar pasangan. Pasangan yang menghadapi masalah kecemburuan atau pertikaian biasanya tidak akan mengekalkan gaya hidup tersebut dan justera, kemungkinan mereka untuk menyertai soal selidik tersebut adalah lebih rendah.

Pemberita ABC News, John Stossel, menghasilkan sebuah laporan siasatan tentang gaya hidup penukaran pasangan. Beliau melaporkan bahawa melebihi empat juta orang mengamalkan gaya hidup penukaran pasangan, menurut anggaran Kinsey Institute dan penyelidik yang lain. Stossel juga memetik kajian Terry Gould yang menyimpulkan bahawa "pasangan bertukar pasangan supaya tidak membohongi pasangan mereka." Sewaktu Stossel menanyakan pasangan penukaran adakah mereka khuatir bahawa pasangan mereka akan "mendapati bahawa mereka lebih suka akan orang yang lain", seorang lelaki menjawab, "Orang dalam komuniti penukaran pasangan berbuat demikian atas alasan yang tertentu. Mereka tidak bertukar pasangan kerana hendak mencari isteri yang baharu". Seorang wanita menegaskan, "Ia menjadikan wanita lebih percaya pada diri sendiri - bahawa mereka adalah orang yang bertanggungjawab." Stossel juga menemu ramah 12 kaunselor perkahwinan. Menurutnya, "tiada satu pun daripada mereka yang berkata jangan lakukannya", meskipun sesetengah mereka berkata bahawa "memperoleh perasaan teruja seks di luar perkahwinan boleh mengancam perkahwinan masing-masing." Sesungguhnya, penukar pasangan yang diwawancara oleh Stoseel mendesak bahawa "perkahwinan mereka telah menjadi lebih kukuh kerana mereka tidak mengadakan hubungan cinta atau berbohong antara satu sama lain."

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Dr. Curtis Bergstrand and Ms. Jennifer Blevins Williams , "Today's Alternative Marriage Styles: The Case of Swingers", Electronic Journal of Human Sexuality, Vol.3, (10 Oktober 2000).
  2. ^ - Gentle Nibbles swinger blog article "Full Swap vs. Soft Swap" published January 2008

Pautan luar sunting