Bigbang Vol.1 (juga dikenali sebagai Since 2007[1] atau Bigbang Vol.1 – Since 2007)[2][3] ialah album studio pertama bagi kumpulan muzik Korea Selatan, BIGBANG.[4] Ia dilancarkan pada 22 Disember 2006 oleh syarikat YG Entertainment. Empat single dilancarkan bagi menyokong Bigbang Vol.1; tiga daripadanya ialah album single iaitu BIGBANG, BIGBANG Is V.I.P dan BigBang 03, manakala satu lagi ialah single biasa, "Dirty Cash" (Duit Kotor).

Bigbang Vol.1
Album studio oleh
Dilancarkan pada22 Disember 2006 Edit the value on Wikidata
Dirakamkan pada2006
TempatKorea Selatan Edit the value on Wikidata
GenreK-pop, hip hop dan R&B kontemporari Edit the value on Wikidata
BahasaBahasa Korea Edit the value on Wikidata
SyarikatYG Entertainment Edit the value on Wikidata
PengedarYG Plus (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Penerbit
  • BIGBANG
  • Brave Brothers
  • Kim Eana
  • Lee Sung-woo
Kronologi keseluruhan album BIGBANG
Bigbang Vol. 1
(2006)
The Real Vol.1 Live Concert
(2007)
Single daripada Big Bang Vol.1
  1. "BIGBANG"
    Dikeluarkan: 28 Ogos 2006
  2. "BIGBANG Is V.I.P"
    Dikeluarkan: 28 September 2006
  3. "BigBang 03"
    Dikeluarkan: 21 November 2006
  4. "Dirty Cash"
    Dikeluarkan: 22 Disember 2006
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Album ini berjaya muncul di kedudukan ketiga dalam carta album bulanan lama di Korea Selatan pada Disember 2006, dengan 33 ribu unit terjual pada bulan pertama.[5] Ia kemudiannya terjual secara keseluruhan melebihi 110 ribu salinan.[6]

Latar belakang sunting

BIGBANG merupakan kumpulan idola pertama yang dibentuk oleh syarikat YG Entertainment, di mana artis sebelumnya merupakan kumpulan hip hop Jinusean dan 1TYM. Kumpulan BIGBANG mengadakan penampilan sulung rasmi mereka pada 19 Ogos 2006 di Arena Gimnastik, Taman Olimpik Seoul semasa Konsert Tahun ke-10 YG Family, yang kemudiannya disiarkan pada bulan berikutnya.[7] Album single pertama mereka, BIGBANG dilancarkan tidak lama selepas itu, mengandungi lagu bertajuk "We Belong Together" (Kita Saling Memiliki) yang menampilkan rakan sesyarikat Park Bom; "눈물뿐인 바보" (Tangisan Si Lembap) dan "This Love" (Cinta Ini), satu adaptasi lagu kugiran rock Amerika Maroon 5 yang ditulis semula dan dipersembahkan oleh G-Dragon.[8]

Prestasi komersial sunting

Album single pertama untuk Bigbang Vol.1 terus terjual hampir 40,000 salinan. Single kedua, BIGBANG Is V.I.P yang dilancarkan pada September 2006 akhirnya mendahului dengan 32,000 salinan terjual. Ini diikuti dengan album single terakhir mereka, BigBang 03 dengan jualan akhir hampir 40,000 salinan. Kumpulan BIGBANG mengadakan konsert pertama mereka, The Real pada Disember tahun yang sama, diikuti dengan album penuh pertama Bigbang Vol.1. Album ini kemudiannya terjual melebihi 48,000 salinan pada penghujung Februari 2007 dan akhirnya terjual secara keseluruhan melebihi 110,000 salinan.

Senarai runut sunting

Senarai runut Bigbang Vol.1[a]
No.TajukSeni kataGubahanSusunanMasa
1."Intro (Big Bang)"BIGBANGPerryPerry0:25
2."She Can't Get Enough"
"Dia Tidak Berasa Cukup"
Kim Eana
  • Bradley Spalter
  • Phillip Anthony White
  • Bradley Spalter
  • Phillip Anthony White
3:29
3."Dirty Cash"
"Duit Kotor"
  • Andy Love
  • Jos Jorgensen
0723:14
4."다음날"
"Hari Seterusnya" (solo Seungri)
Shim Jae-heeDerek BrambleDerek Bramble4:02
5."Big Boy"
"Budak Besar" (solo T.O.P; menampilkan Lee Eun-joo)
T.O.P
  • T.O.P
  • Brave Brothers
Brave Brothers3:18
6."흔들어"
"Goncangkan" (menampilkan Lee Eun-joo)
G-Dragon
  • G-Dragon
  • Brave Brothers
Brave Brothers3:45
7."눈물뿐인 바보"
"Tangisan Si Lembap"
Ahn Young-minJeon Seung-wooJeon Seung-woo4:02
8."My Girl"
"Gadisku" (solo Taeyang)
G-DragonIsrael Dwaine CruzIsrael Dwaine Cruz3:51
9."La La La"BIGBANGPerryPerry2:59
10."This Love"
"Cinta Ini" (solo G-Dragon)
  • James Valentine
  • Adam Levine
  • Ryan Michael Dusick
  • Mickey Madden
  • Jesse Carmichael
G-Dragon3:32
11."웃어본다"
"Tersenyum" (solo Daesung)
Ahn Young-minLee Gyu-wonLee Gyu-won4:12
Jumlah masa: 36:49

Catatan sunting

  1. ^ Tajuk lagu dan kredit penghasilan lagu diambil daripada laman muzik genie,[9] manakala tempoh masa lagu diambil daripada Apple Music.[10]

Rujukan sunting

  1. ^ "Since 2007 – BIGBANG". Spotify. YG Entertainment. 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Januari 2019. Dicapai pada 2 Disember 2023.
  2. ^ Dwi Arjanto, penyunting (19 Mei 2023). "Pencapaian Grup K-Pop Legendaris BIGBANG" [Pencapaian Kumpulan K-Pop Legenda BIGBANG]. Tempo (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2023. Dicapai pada 2 Disember 2023.
  3. ^ Yim Seung-hye (21 Mac 2022). "Big Bang to drop new music on April 5" [Big Bang akan mengeluarkan muzik baharu pada 5 April] (dalam bahasa Inggeris). Korea JoongAng Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Nov 2023. Dicapai pada 2 Disember 2023.
  4. ^ "BigBang Vol.1" (dalam bahasa Inggeris). YG Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Julai 2015. Dicapai pada 16 Februari 2012.
  5. ^ "11월 가요음반 판매량집계" [Jumlah jualan album pop November] (dalam bahasa Korea). Persatuan Industri Muzik Korea. 28 Februari 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2009. Dicapai pada 19 Januari 2017. 빅뱅정규 1집
  6. ^ "2007.10월 – 가요 음반 판매량" [2007.10 – Jumlah jualan album pop] (dalam bahasa Korea). Persatuan Industri Muzik Korea. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2008. Dicapai pada 16 Mei 2021.
  7. ^ "올 최고 기대주 빅뱅, 9월 중순부터 본격 활동 개시" [BIGBANG bintang paling dinantikan, kegiatan berskala penuh bermula pertengahan bulan September] (dalam bahasa Korea). Sports Chosun. 21 Ogos 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2011. Dicapai pada 15 Januari 2010.
  8. ^ "Big Bang Profile" (dalam bahasa Inggeris). KBS World. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2010. Dicapai pada 15 Januari 2010.
  9. ^ Kredit lagu bagi BIGBANG Vol.1:
  10. ^ "BIGBANG, Vol. 1 – BIGBANG". Apple Music. YG Entertainment. 22 Disember 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2023. Dicapai pada 2 Disember 2023.