Birokrasi tahap jalanan

Birokrasi tahap jalanan adalah suatu istilah yang biasanya merujuk kepada pekerja agensi awam yang berinteraksi secara langsung dengan orang awam dan menjalankan tindakan – tindakan atau melaksanakan tugasan ( dasar-dasar kerajaan diperingkat akar umbi) yang diarahkan oleh pihak atasan berdasarkan perlembagaan. ( Azlin Halim, 2009 ).

Konsep birokrasi tahap jalanan ini telah diperkenalkan oleh Michael Lipsky pada tahun 1980 dimana beliau membantah kakitangan awam seperti polis, jururawat, dan pekerja – pekerja sosial patut dilihat sebagai sebahagian daripada “komuniti pengubal dasar” dan pelaksana kuasa politik.

Contoh – contoh birokrat tahap jalanan atau kakitangan awam ini ialah pegawai – pegawai polis, bomba, guru, jururawat dan lain – lain lagi dimana mereka ini selalunya berinterakrasi dan bertugas dengan rakyat untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan awam serta mendukung undang – undang.

Walaupun pada umumnya pekerja – pekerja perkhidmatan awam dianggap sebagai tahap rendah atau pekerja – pekerja barisan hadapan, mereka ini mempunyai satu peranan penting dalam perkhidmatan kerajaan iaitu melaksanakan perkhidmatan kerajaan diperingkat akar umbi. Kakitangan awam ini mempunyai interaksi secara langsung dengan rakyat tetapi memiliki satu darjah penting budi bicara dalam pelaksanaan kerja mereka ( Azlin Halim, 2009).

Menurut Azlin, 2009 pekerja – pekerja perkhidmatan awam ini yang sebenarnya mengalami cabaran – cabaran disebalik dunia perkhidmatan awam. Keadaan pekerjaan mereka ini membawa kepada dua keupayaan iaitu untuk mentafsirkan dasar – dasar berkaitan dengan kerja dan budi bicara dalam melaksanakan tugas. Hal ini menyebabkan kejayaan dasar – dasar yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan adalah bergantung kepada cara penyampaian oleh birokrat tahap jalanan itu sendiri. Dengan darjah yang tinggi dalam budi bicara membolehkan birokrat tahap jalanan untuk membuat keputusan ad hoc dan perubahan dasar.

Selain itu Azlin berpendapat, birokrat tahap jalanan ini mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam menguruskan sumber – sumber dan satu pemahaman lebih jelas menggenai pelanggan – pelanggan mereka. Dengan ini, birokrat tahap jalanan lebih memahami apa yang berlaku di peringkat akar umbi dalam sesuatu pelaksanaan dasar kerajaan dan kejayaan dasar tersebut bergantung kepada cara penyampaian birokrat tahap jalanan ini dan budi bicara mereka.

Contoh birokrasi tahap jalanan sunting

Birokrasi tahap jalanan termasuk pegawai polis, bomba, dan yang lain "berjalan di jalanan" dengan rakyat biasa, dan berkhidmat untuk melindungi, dan juga menguatkuasakan undang-undang.

masalah dengan birokrasi tahap jalanan sunting

Lipsky mengenal pasti beberapa masalah dengan birokrasi tahap jalanan, termasuk "masalah sumber terhad, perindingan berterusan yang perlu bagi menunjukkan sasaran dicapai, dan hubungan dengan pelanggan (tanpa rela)".[1] Bagaimanapun, sesetengah pengulas mencabar model Lipsky. Tony Evans dan John Harris."[2] menegaskan bahawa "peningkatan peraturan dan arahan tidak patut disamakan dengan kawalan lebih besar pada budi bicara profesional; secara paradok, lebih banyak peraturan mencipta lebih banyak budi bicara." Mereka juga menegaskan bahawa perlaksanaan budi bicara profesional oleh birokerat tahap jalanan tidak secara semulajadi "buruk", tetapi boleh dilihat sebagai ciri-ciri profesional penting.[2]

Dalam kajian di Amerika Syarikat 2003, yang dilakukan oleh Steven Maynard Moody dari Universiti Kansas, mengukuhkan kepentingan birokrasi tahap jalanan dalam proses politik, menegaskan bahawa pekerja tahap-jalanan "sebenarnya membuat pilihan polisi dan bukan sekadar melaksanakan keputusan pegawai yang dipilih."[3] Mereka turut mendakwa bahawa berdasarkan pada kajian 48 orang pekerja negeri tahap jalanan di dua negeri, bahawa "keyakinan pekerja terhadap orang yang mereka berinteraksi akan terus berlawan dengan polisi dan peraturan" dan prejudis kepada birokrasi tahap jalanan mempengaruhi cara mereka melayan orang awam.[3]

Pada 2007, Emil Mackey mengesahkan bahawa malah Pembandi Residen dalam perlaksanaan penempatan kampus menggunakan budi-bicara mereka bagi menukar polisi pada tahap perlaksanaan. Tambahan lagi, perubahan pelaksanaan polisi ini menggambarkan nilai individual setiap birokrasi tahap jalanan dan bukannya kehendak pembuat polisi. Dengan itu, penyelidikan ini bukan sahaja mengesahkan penulisan dan penyelidikan birokrasi tahap jalanan yang lalum tetapi turut mengembangkannya bagi merangkumi persekitaran polisi Pendidikan Tinggi.[4] [1]

Adil sunting

Adil merupakan kualiti yang dicari selepas mengambil birokrasi tahap jalanan. Birokrasi tahap jalanan yang adil akan melaksanakan undang-undang dengan saksama, dan menggunakannya pada semua orang, dan bukannya yang terpilih sahaja.

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Lipsky tidak disediakan
  2. ^ a b Evans, T and Harris, J, Street-Level Bureaucracy, Social Work and the (Exaggerated) Death of Discretion, British Journal of Social Work, vol.34, no.6, September 2004, view abstract
  3. ^ a b Maynard-Moody, S and Musheno, M, Cops, Teachers, Counselors: Stories from the Front Lines of Public Service, University of Michigan Press, 2003, view summary Diarkibkan 2011-07-15 di Wayback Machine
  4. ^ Mackey, Emil Robert (2008). “Street-level bureaucrats and the shaping of university housing policy.” Fayetteville, Arkansas: University of Arkansas Press.
  • Lipsky, M., Street-level Bureaucracy; Dilemmas of the Individual in Public Services, 1980,
  • Maynard-Moody, S and Musheno, M, Cops, Teachers, Counselors: Stories from the Front Lines of Public Service, University of Michigan Press, 2003