Anjing pemburu rakun berbintik biru

baka anjing dari Amerika Syarikat
(Dilencongkan dari Bluetick Coonhound)

Anjing pemburu rakun berbintik biru, coonhound berbintik biru, atau bluetick coonhound[a] ialah satu baka anjing pemburu rakun yang berasal dari Amerika Syarikat. Anjing pemburu rakun berbintik biru terkenal kerana keperibadian ramah, hidung sejuk,[1] dan mulut lolong dalam. Ia paling lazim digunakan sebagai anjing pemburu rakun, tetapi juga dibela sebagai anjing peliharaan.

Anjing pemburu rakun berbintik biru
Anjing pemburu rakun berbintik biru
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat Jantan 55–80 lb (25–36 kg)
Betina 45–65 lb (20–29 kg)
Tinggi Jantan 22–27 in (56–69 cm)
Betina 21–25 in (53–64 cm)
Bulu Pendek dan licin
Warna Biru berbelak
Jangka hayat 11–12 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Perihal sunting

Penampilan sunting

 
Tangkapan kepala bagi seekor anjing pemburu rakun berbintik biru yang menunjukkan muncung sawo matang dan takik berbintik biru

Binaan keseluruhan anjing pemburu rakun berbintik biru adalah berotot dan pantas. Kepala terbawa ke atas dan ekor terbawa ke atas belakang, tanpa tanda-tanda ketakutan atau kegemuruhan. Lapis bulu anjing pemburu rakun berbintik biru patut sederhana kasar dan licau. Anjing pemburu rakun berbintik biru mendapat pewarnaan "biru" daripada bintik hitam pada latar belakang putih, yang memberikan kesan warna biru kelasi. Bintik ini meliputi tubuh dan dapat berselang-seli dengan tompok-tompok hitam pelbagai bentuk pada belakang, telinga, dan sisi. Keutamaan adalah lebih kepada warna biru berbanding dengan hitam pada tubuh. Hitam patut mendominasi kepala dan telinga. Anjing pemburu rakun berbintik biru terdapat sama ada dengan tanda-tanda atau tanpa tanda-tanda. Dengan tanda-tanda, ia mempunyai tanda-tanda perang di sebelah atas mata, di sepanjang kedua-dua sisi muncung, pada dada, dan menuruni semua tungkai. Tanpa tanda-tanda, warnanya hanya terdiri daripada helaian bulu hitam dan putih. Pada umumnya terdapat takik berbintik pada muka. Anjing pemburu rakun berbintik biru patut setinggi 21–27 inci (53–69 sentimeter) pada paras bahu dan jantan berukur seberat hampir-hampir 55–80 paun (25–36 kg). Betina pula jauh lebih kecil pada purata berat 45–65 paun (20–29 kg).[2] Kaki patut mirip kucing, membulat dengan jari kaki cukup melengkung. Kakinya lebih besar daripada yang pada hampir semua baka anjing lain. Tungkai belakang patut mempunyai bengkokan sederhana pada keting. Semua tungkai patut lurus dari tubuh anjing ke tanah apabila dilihat dari arah hadapan atau arah belakang.[3]

Anjing pemburu biru Gascogne atau Gascon blue pula adalah lebih besar daripada anjing pemburu rakun berbintik biru piawai, dengan jantan yang setinggi 27–30 inci (69–76 cm), menurut piawaian baka American Blue Gascon Hound Association.[4]

Perangai sunting

Anjing pemburu rakun berbintik biru dibiakbakakan untuk menjadi anjing pemburu. Ia atletik, tahan lasak, dan memerlukan pekerjaan atau aktiviti sepenuh masa seperti perburuan, kepatuhan, atau ketangkasan untuk kekal bahagia. Ia dapat menjadi cabaran untuk dilatih dan ia patut dipantau di sekeliling kucing atau haiwan kecil lain. Ia, sama seperti hound, merupakan baka sangat cerdas yang mempunyai bakat luar biasa untuk penyelesaian masalah.

Setelah terlatih, anjing baka ini sangat prihatin terhadap pemiliknya. Sesuatu yang patut pemilik haiwan peliharaan pemula sedar ialah tugas menakutkan, iaitu "pelatihan suara", bagi anjing ini. Kerana dibiakbakakan untuk melolong semasa mengepung dalam perburuan, ia sangat kuat bersuara. Jika tersosialisasi dengan betul dari usia muda, ia dapat menjadi anjing peliharaan keluarga.[5] Dalam keadaan normal, anjing pemburu rakun berbintik biru bergaul dengan baik dengan kanak-kanak. Ia merupakan anjing prihatin dan mesra. Walau bagaimanapun, hidungnya dapat membawanya kepada masalah. Maka, makanan dan sampah tidak patut langsung ditinggalkan tanpa pengawasan. Baka ini kerap disalah anggap sebagai baka agresif kerana baka ini "menyapa" orang asing dengan lolongan khasnya dan menghidu subjek sehingga puas. Biasanya, ini hanya cara baka ini mengenali subjeknya. Memandangkan anjing pemburu rakun berbintik biru didorong oleh deria bau kuatnya, ia merupakan anjing pemburu/penjejak cemerlang. Jika berkeizinan, ia mengejar hampir sebarang haiwan yang lebih kecil daripadanya ke atas pokok. Anjing pemburu rakun berbintik biru pada umumnya lebih mudah dikendalikan di padang berbanding dengan sesetengah anjing pemburu rakun lain.

Sejarah sunting

Bluetick coonhound, yang berasal dari Louisiana, dikembangkan daripada anjing pemburu biru besar Gascogne di Perancis barat daya, serta anjing pemburu rubah Inggeris, cur, anjing pemburu rakun Amerika, dan anjing pemburu rubah hitam dan sawo matang Virginia. Pada asalnya, bluetick coonhound didaftarkan dalam United Kennel Club di bawah anjing pemburu rubah Inggeris dan anjing pemburu rakun, tetapi kemudian diiktiraf oleh kelab itu sebagai baka terpisah pada tahun 1946. Bluetick coonhound juga diiktiraf oleh Australian National Kennel Council dan New Zealand Kennel Club. Pada April 2009, baka ini diterima oleh American Kennel Club dan pada Disember 2009 layak untuk bertanding dalam acara anjing pemburu rakun AKC.[6][7]

Anjing pemburu biru Gascogne Amerika atau American blue Gascon hound ialah nama untuk subkumpulan bluetick coonhound yang lebih besar, lebih berat, dan lebih kelihatan mirip "hound" daripada bluetick coonhound piawai. American blue Gascon hound kerap dirujuk sebagai bluetick coohound "gaya lama". Ini disebabkan oleh penampilan dan hidung "lebih sejuk", atau gaya penjejakan lebih perlahan, berbanding dengan baka anjing pemburu rakun moden lain.

Anjing pemburu rakun berbintik biru masyhur sunting

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو راکون بربينتيق بيرو; کونهاءون بربينتيق بيرو; بلوتيک کونهاءون; bahasa Inggeris: bluetick coonhound

Rujukan sunting

  1. ^ "Bluetick Coonhound Dog Breed Information" (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ Gagne, Tammy (1 Ogos 2016). Foxhounds, Coonhounds, and Other Hound Dogs (dalam bahasa Inggeris). Capstone. ISBN 9781515703020. Dicapai pada 24 Mac 2024 – melalui Google Books.
  3. ^ "Official Standard for the Bluetick Coonhound" (PDF). American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). November 2007.
  4. ^ "American Blue Gascon Hound Association". American Blue Gascon Hound Association (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Mac 2024.
  5. ^ American Kennel Club (11 November 2014). The New Complete Dog Book: Official Breed Standards and All-New Profiles for 200 Breeds- Now in Full-Color (dalam bahasa Inggeris). i5 Publishing. ISBN 9781621870913. Dicapai pada 24 Mac 2024 – melalui Google Books.
  6. ^ "Registration Info - AKC Coonhounds". V (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Mac 2024.
  7. ^ AKC Gazette (dalam bahasa Inggeris), 126, American Kennel Club, 2009

Pautan luar sunting