Boeing 757 adalah model pesawat rentas benua berjulat sederhana yang dibina oleh Boeing Commercial Airplanes. Pesawat ini direka untuk Eastern Airlines dan British Airways bagi menggantikan Boeing 727 dan memasuki perkhidmatan pada tahun 1983. Pengeluaran Boeing 757 berakhir pada Oktober 2004 dan sebanyak 1,050 telah dibina.

Boeing 757
Air Italy Boeing 757-200
Peranan Airliner
Negara pengeluar United States
Pengeluar Boeing Commercial Airplanes
Penerbangan pertama February 19, 1982
Pengenalan January 1, 1983 with Eastern Air Lines
Status Out of production, but still in active service
Syarikat penerbangan utama Delta Air Lines
American Airlines
United Airlines
UPS Airlines
Dikeluarkan 1982-2004
Jumlah dibina 1,050[1]
Kos unit 757-200: $65 million (2002)
757-300: $80 million (2002)
Variasi Boeing C-32
American Airlines Boeing 757
Delta Air Lines Boeing 757-232 di LAX pada Ogos 2003.

Pengenalan sunting

Boeing 757 direka bagi melengkapi fungsi 767 untuk laluan udara dan kurang sibuk. Disebabkan ia perlu terbang dengan tinggi dan terbang jauh, maka ia dilengkapi dengan enjin bertujahan tinggi. Bilangan penumpang maksimum pula dinaikkan seramai 50 orang untuk tujuan ekonomik. Kerana 757 menggunakan komponen-komponen 767, maka ini memudahkan latihan bagi anak-anak kapal dan penyelenggaraan. Fiuslaj 757 mempunyai diameter yang sama dengan 707, 727 dan 737. Pengeluaran 757 diberhentikan selepas penjualan melepasi 1000 dan akan digantikan dengan 737-900 walaupun 737-900 bukanlah pesawat berjulat sederhana.

Malahan, 757 menjadi pilihan oleh kebanyakkan penerbangan untuk perjalanan jauh terutama sekali laluan merentasi benua dan lautan. 757 adalah model pertama Boeing yang dilancarkan tanpa menggunakan enjin buatan Amerika Syarikat iaitu Rolls-Royce RB211-535. Akan tetapi, Pratt & Whitney PW2000 turut dijadikan pilihan selepas itu.

Kelainan sunting

757 dikeluarkan dalam dua siri asas iaitu siri -200 dan -300. Siri 757-200 lebih pendek tetapi mampu terbang dengan jarak yang lebih jauh. Siri -100 pada mulanya sebahagian daripada kelainan tetapi tidak dibina.

757-100 sunting

Ini adalah rekaan asal 757 dengan muatan sebanyak 150 tempat duduk dan merupakan pengganti bagi 727. Walau bagaimanapun, ia gagal menarik perhatian pelanggan dan dengan itu ia tidak pernah dibina.

757-200 sunting

757-200 adalah versi definitif bagi kebanyakkan 757. Ia juga turut dikeluarkan dalam bentuk kargo (757-200F) dan versi gabungan penumpang-kargo.

757-300 sunting

757-300 adalah versi yang dipanjangkan, membolehkan lebih banyak kapaisiti tetapi mempunyai jarak yang lebih pendek. Penerbangan perdananya ialah pada Ogos 1996. Ia mampu menerbangkan seramai 252 penumpang. Hanya 55 buah berjaya dikeluarkan.

Kelainan Persendirian Dan Ketenteraan sunting

Kerajaan Arab Saudi dan Amerika Syarikat menggunakan 757 untuk penerbangan VIP mereka dan hanya satu kelainan persendirian dikeluarkan untuk pengasas Microsoft iaitu Paul Allen. Royal New Zealand Air Force juga menggunakan 2 757 untuk kegunaan tentera dan VIP. Penerbangan untuk Presiden Argentina juga menggunakan 757.

Perkhidmatan sunting

Majoriti 757 digunakan untuk perkhidmatan dalam negeri bagi penerbangan-penerbangan Amerika Syarikat. Sesetengah penerbangan seperti Royal Brunei, Royal Nepal Airlines dan Icelandair menggunakan 757 untuk penerbangan antarabangsa mereka. Bagi kebanyakkan negara dunia ketiga, 757 merupakan pengganti yang sesuai untuk 707

Pada mulanya, 757 merupakan sebuah model yang berjaya tetapi pada pertengahan 1990, jualannya menurun secara drastik. 757 pada mulanya digunakan untuk laluan yang jauh dan tidak sibuk. Tetapi, selepas laluan ini mula sibuk, 757 digantikan dengan pesawat berbadan lebar yang lebih ekonomik. Bagi laluan berjulat pendek, keluarga 737 dan A320 lebih sesuai digunakan. Bagi menerbangkan lebih ramai penumpang, 737-900 dan A321 digunakan kerana lebih ekonomik.

Tentuan am sunting

Butir 757-200 757-200F 757-300
Penumpang
(Kelas 2)
200 (12 + 188)   243 (12 + 231)
Penumpang
(Kelas 1)
228   280
Muatan kargo 43.3 m3 (1,670 kaki3) 239 m3 (8,430 kaki3) 67.1 m3 (2,370 kaki3v)
Berat untuk lepas naik 123,600 kg (255,000 paun) 115,680 kg (272,500 paun)
Muatan bahan api 43,490 l 42,680 l 43,400 l
Julat 7,222 km (3,900 batu nautika) 5,834 km (3,150 batu nautika) 6,287 km (3,395 batu nautika)
Laju terbang 868 km sejam (540 batu sejam)
Panjang 47.3 m (155 kaki 3 in) 54.5 m (178 kaki 7 in)
Rentang sayap 38 m (124 kaki 10 in)
Ketinggian ekor 13.6 m (44 kaki 6 in)
Penjana kuasa Dua enjin turbofan dengan nisbah pirau tinggi Rolls-Royce RB211, Pratt & Whitney PW2037, Pratt & Whitney PW2040,
atau Pratt & Whitney PW2043 ,
tujahan berkadar antara 163 kN (36,600 lbf) hingga 193 kN (43,500 lbf) setiap satu

Kecelakaan sunting

(Rekod 2004)

  • Hilang kawalan: 6 dengan kehilangan jiwa seramai 568
  • Lain-lain: 2 dengan kehilangan jiwa seramai 0
  • Rampasan pesawat: 5 dengan kehilangan jiwa seramai 282
Komponen Berkaitan
Perkembangan terkini
Pesawat udara setara

Tupolev Tu-204 - Airbus A321 - Boeing 737-900 -

Siri Diberi

707 - 717 - 727 - 737 - 747 - 757 - 767 - 777 - 787

Daftar berkait

Daftar syarikat penerbangan - Daftar pesawat awam

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan last757built tidak disediakan

Pautan luar sunting