Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam

Filem aksi 2009 arahan Syamsul Yusof

Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam ialah sebuah filem aksi Malaysia 2009 arahan Syamsul Yusof terbitan bersama Skop Productions dan Grand Brilliance.[2] Filem yang dibintangi Nabila Huda, Salina Saibi, Shaheizy Sam, Aaron Aziz, dan Diana Danielle. Syamsul sendiri turut berlakon dalam filem kedua arahannya sekaligus merupakan kali kedua Syamsul menyandang peranan pengarah dan penulis lakon layar selepas memasuki persada perfileman negara menerusi filem Evolusi KL Drift pada tahun 2008.[3]

Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
Poster promosi
PengarahSyamsul Yusof
PenulisSyamsul Yusof
Dihasilkan olehDato' Yusof Haslam
Ahmad Puad Onah (eksekutif)
DibintangiNabila Huda
Syamsul Yusof
Salina Saibi
Shaheizy Sam
Aaron Aziz
Diana Danielle
Dikisahkan olehSyamsul Yusof
SinematografiOmar Ismail
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 23 April 2009 (2009-04-23) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.5 juta
Pecah panggungRM 4.2 juta

Filem yang menelan belanja RM1.5 juta[4] ini mengetengahkan unsur-unsur gejala negatif seperti mat rempit, bohsia, salah guna dadah dan seks luar nikah, maka dikenakan klasifikasi 18PL (penonton berusia bawah 18 tahun dilarang menonton atas sebab unsur ganas, seks, dan kebudayaan) oleh pihak Lembaga Penapisan Filem.[5] Filem ini dibuka kepada umum di lebih 60 pawagam di Malaysia dan Singapura pada 23 April 2009. Filem ini telah dicalonkan untuk anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22. Kesinambungan filem ini, Jalan Kembali: Bohsia 2 ditayangkan pada 7 Jun 2012.

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang dua remaja, Amy (Salina Saibi) dan Tasya (Nabila Huda) yang tidak mempunyai pendidikan dan latar belakang keluarga yang sempurna. Amy dan Tasya memilih untuk terjebak dalam dunia rempit oleh pengaruh teman lelaki. Muz (Syamsul Yusof), teman lelaki Tasya, seorang suka cakap besar dan Acai (Shaheizy Sam), teman lelaki Amy, seorang yang pantang dicabar.

Bapa Amy seorang kaki judi sering menggangu kehidupan Amy. Azam (Aaron Aziz) seorang bapa ayam cuba memujuk Amy kembali padanya walaupun sebenarnya ingin menjadikan Amy sebagai pelacurnya. Amy yang mengetahui pekerjaan Azam cuba menjauhkan dirinya pada Azam. Muz terpikat pada Aisyah (Diana Danielle) selepas beberapa bulan berkenalan di dunia siber. Dia membohongi Aisyah mengenai latar belakangnya. Tasya yang berang dengan pengkhianatan dan cercaan Muz, merelakan dirinya ditiduri Acai dan gengnya. Tasya merasakan hidupnya tidak bermakna, membunuh diri.

Muz yang berang dengan tindakan Acai dan rakan-rakannya meniduri Tasya, bertindak menyerang mereka. Pergaduhan yang besar berlaku dan diakhiri dengan Muz ditangkap polis manakala Acai dibelasah teruk separuh mati.

Azam kecewa tidak dapat memujuk Amy bertindak menculik dan melacurkan Amy secara paksa. Amy melarikan diri dari Azam dan cuba berlindung dengan bapanya Salleh (Nasir Bilal Khan). Salleh yang sedang mabuk bertindak merogol Amy. Dalam pergelutan, Amy telah bertindak menikam bapanya.

Pelakon sunting

Nabila Huda sebagai Tasya
Salina Saibi sebagai Amy

Penerbitan sunting

Selepas mengarahkan filem sulungnya, Evolusi KL Drift yang ditayangkan pada April 2008, Syamsul Yusof memulakan projek filem keduanya yang akan dikenali sebagai Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam. Menurut Syamsul, filem keduanya tampil berbeza dan memfokus kepada permasalahan remaja khususnya gejala bohsia.[6] Ia dihasilkan berdasarkan kepada pemerhatian dan kajiannya mengenai bohsia dan mat rempit di sekitar ibu negara Kuala Lumpur.[7]

"Sebenarnya, kalau hendak ditiru 100 peratus mengenai kehidupan bohsia, ia lebih teruk daripada yang dipaparkan dalam filem ini. Saya mengharapkan agar filem ini dapat memberi pengajaran kepada penonton."[7]

Pada awal proses pembikinan filem Bohsia, beliau berdepan masalah berkenaan pelakon yang hendak membawakan watak bohsia.[7] Nabila Huda dan Salina Saibi[8] bersetuju membawakan watak itu, serta pelakon lain yang menjayakan peranan masing-masing. Penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur dan Lembah Klang pada 20 Mac 2008 dan mengambil masa 26 hari untuk disiapkan.[7]

Keluaran dan sambutan sunting

Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam ditayangkan pada 23 April 2009 di pawagam seluruh negara.[9]

Kutipan sunting

Pada hujung minggu pertama tayangannya (23–26 April 2009), filem Bohsia telah mendapat kutipan melebihi RM1.6 juta, sekaligus menduduki tempat teratas dalam carta kutipan filem pada tempoh tersebut.[10] Selepas 21 hari tayangan, jumlah kutipan dilaporkan berjaya mencecah RM4.2 juta.[11]

Ulasan kritis sunting

Ulasan portal filem Tupai.com.my memberi tiga dari lima bintang, terutamanya menyatakan bahawa hampir kesemua babak aksi dalam filem ini berkesan, lagak ngeri yang mengagumkan, dan muzik latarnya berpadanan dengan babak-babak yang ditonton, di samping memuji bakat lakonan Nabila dan Salina, tetapi merungut pembawaan watak oleh Syamsul seolah-olah "mat rempit golongan elit".[12][13][14]

Satu lagi ulasan di Berita Minggu turut memberi komen positif, dengan kata-kata berikut: "Penyampaian yang diberikan Syamsul dalam sentuhan ini setara usianya yang bergelar pelakon dan pengarah muda. Biarpun jalan cerita mahupun naratif mudah difahami namun perincian yang diberikan terhadap elemen aksi serta shot membabitkan perlumbaan motosikal juga adegan bergasak beramai-ramai ditampilkan begitu kemas dan realistik."[15]

Di Festival Filem Malaysia ke-22, lakonan hebat Nabila Huda telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (FFM) manakala Shaheizy Sam dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM). Namun kejayaan manis datang daripada kemenangan Salina Saibi menerusi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) menewaskan calon lain antaranya Noorkhiriah (Papadom) & Adibah Nor (Talentime).

Kontroversi sunting

7 tahun selepas Bohsia ditayangkan, pada 17 Februari 2016, Syamsul dan bapanya Datuk Yusof Haslam dan syarikat mereka, Skop Productions berdepan dengan tuduhan ciplak apabila pihaknya didakwa menciplak novel Aku Bohsia karya Elias Idris. Syamsul dan bapanya telah menang dalam kes saman yang dikemukakan oleh penulis novel Aku Bohsia, Elias yang mendakwa filem Bohsia arahan Syamsul diciplak dari novel yang diterbitkan pada 1995.[16] Elias yang menggunakan nama pena Anne Natasha Nita telah diarahkan membayar ganti rugi RM100,000 dan kos berjumlah RM40,000 kepada ketiga-tiga defendan. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi selepas mendapati plaintif gagal membuktikan defendan melanggar hak cipta terpelihara novel Aku Bohsia dalam filem yang diterbitkan pada 2009.[17][18][19]

Syamsul melahirkan rasa syukur apabila namanya telah dibersihkan dan memberitahu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau tidak pernah membaca dan memiliki novel Aku Bohsia sebelum Bohsia diterbitkan.[20] Syamsul berkata, beliau mendapat idea untuk menghasilkan skrip filem itu daripada isu semasa iaitu isu "mat rempit".[20]

Anugerah sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2009 Festival Filem Malaysia ke-22 Filem Terbaik Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Nabila Huda Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Shaheizy Sam Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Salina Saibi Menang

Kesinambungan sunting

Kesinambungan filem ini, Jalan Kembali: Bohsia 2 telah ditayangkan di pawagam pada 7 Jun 2012 dengan mengekalkan pelakon asalnya termasuk Nabila Huda dan Salina Saibi.[21] Pelakon lain terlibat termasuk Zizan Razak dan Soffi Jikan.[22][23]

Rujukan sunting

  1. ^ BOHSIA: JANGAN PILIH JALAN HITAM Cinema.com.my. Dicapai pada 23 April 2011.
  2. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (4 Januari 2009). Bohsia bakal cetus kejutan Berita Harian. Dicapai pada 12 Februari 2009.
  3. ^ Wahida Asrani (14 April 2009). "Shamsul ambil risiko demi Bohsia". mSTAR Online. Dicapai pada 16 Mac 2011.
  4. ^ Hizreen Kamal (2009-04-22). "When broken youths turn bad". New Straits Times. Dicapai pada 2009-05-07.
  5. ^ Budiey (2009-04-22). "Sinopsis Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2009-05-07.
  6. ^ "Filem Bohsia bongkar masalah sosial remaja". Berita Harian. 8 Mei 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-09. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  7. ^ a b c d Metra Syahril Mohamed (23 April 2009).Bohsia ‘ketuk’ kesedaran masyarakat Diarkibkan 2017-04-27 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 15 Mac 2010.
  8. ^ "Salina buat kajian sebelum jadi 'bohsia'". Harian Metro. 6 Mei 2009. Dicapai pada 18 Oktober 2020.
  9. ^ "Rempitism". New Straits Times. 9 Mei 2009. Dicapai pada 18 Oktober 2020.
  10. ^ Lee Zhiang Yang, Ezekiel (2009-04-29). "Bohsia dapat sambutan hebat!". Tupai.com.my. Dicapai pada 2009-05-07.[pautan mati kekal]
  11. ^ "Dengarnya...: Bohsia terus meletup". Berita Harian. 2009-05-18. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-21. Dicapai pada 2009-05-18.
  12. ^ Nur Safina Othman (2009-04-16). "Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam". Tupai.com.my. Dicapai pada 2009-05-19.[pautan mati kekal]
  13. ^ Nur Safina Othman (2009-04-16). "cinema.com.my: Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (Malay)". Cinema.com.my. Dicapai pada 2009-05-19.
  14. ^ Suzan Ahmad (3 Mei 2009). "Bohsia raih kutipan RM2.5 juta dalam seminggu". Berita Minggu. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
  15. ^ Suzan Ahmad (2009-04-19). "Bohsia memang berani". Berita Minggu B*POP. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-22. Dicapai pada 2009-05-19.
  16. ^ Ashraf Nasser (17 Februari 2016). "Syamsul Yusof menang kes saman penulis novel "Aku Bohsia"". Cinema Online. Dicapai pada 18 May 2016.
  17. ^ "Terdapat Persamaan Ketara Antara Novel Aku Bohsia Dengan Filem Arahan Syamsul". mSTAR Online. 19 Oktober 2015. Dicapai pada 20 Oktober 2015.
  18. ^ "Pengarah filem menang kes saman isu ciplak novel Aku Bohsia". Agenda Daily. 19 Februari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-11. Dicapai pada 31 Mac 2016.
  19. ^ "Syamsul Yusof wins suit against "Aku Bohsia" author". Yahoo! Singapore. 17 Februari 2016. Dicapai pada 31 Mac 2016.
  20. ^ a b "Tidak pernah baca novel 'Aku Bohsia'". Sinar Harian. 20 Oktober 2015. Dicapai pada 18 May 2016.
  21. ^ Budiey (3 Mac 2016). "Filem Jalan Kembali Bohsia 2". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2017-02-09.
  22. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (8 Jun 2012). "Jalan Kembali: Bohsia 2 sarat mesej". Sinar Harian. Dicapai pada 2012-06-09.
  23. ^ Wahiduzzaman (18 Jun 2012). "'Bohsia 2' Kehebatan Dalam Sebuah Karya Klise". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-26. Dicapai pada 2012-06-09.

Pautan luar sunting