Templat:Financial markets

Bon kerajaan merupakan bon yang dikeluarkan oleh sebuah kerajaan negara, secara amnya berjanji untuk membayarkan sejumlah yang tertentu (nilai muka) pada tarikh yang tertentu, di samping bayaran faedah berkala. Bon merupakan pelaburan hutang yang mana pelabur meminjamkan sejumlah wang yang tertentu kepada sesebuah syarikat atau negara untuk suatu jangka masa yang tertentu, pada kadar faedah yang tertentu. Bon-bon kerajaan biasanya disebut dalam mata wang negara terbabit. Bon yang dikeluarkan oleh kerajaan negara dalam mata wang asing biasanya dipanggil bon kerajaan asing, tetapi istilah ini turut memaksudkan bon yang dikeluarkan dalam mata wang sendiri sesebuah negara.

Sejarah sunting

Bon kerajaan yang sulung dikeluarkan oleh Itali seawal abad ke-14. Kemudian, pada tahun 1693, Bank England memperoleh pendapatan melalui bon kerajaan dalam bentuk tontine untuk membiayai usaha memerangi Perancis. Kemudian, kerajaan-kerajaan di Eropah mula mengeluarkan bon kekal (bond tanpa tarikh kematangan) untuk membiayai peperangan dan lain-lain perbelanjaan kerajaan. Penggunaan bon kekal berakhir pada abad ke-20, maka kerajaan masa kini mengeluarkan bon tempoh terhad.

Risiko sunting

Risiko kredit sunting

Bon kerajaan biasanya dipanggil bon bebas risiko kerana kerajaan boleh menaikkan cukai atau mencipta mata wang tambahan untuk menebus bon pada tarikh kematangan. Juga terdapat contoh sangkalan yang mana sesebuah kerajaan telah mengingkari hutang mata wang domestiknya, seperti Rusia pada tahun 1998 ("krisis ruble"), namun ini amat jarang berlaku (rujuk negara muflis). Satu lagi contoh ialah Yunani pada tahun 2011, yang mana bon-bonnya dilihat sebagai amat berisiko kerana Yunani tidak memiliki mata wang sendiri.

Risiko mata wang dan inflasi sunting

Misalnya, di AS, sekuriti Perbendaharaan dinyatakan dalam dolar Amerika Syarikat. Dalam contoh ini, istilah "bebas risiko" bererti bebas dari risiko kredit. Bagaimanapun, risiko-risiko lain masih wujud, seperti risiko mata wang untuk pelabur asing (cth: pelabur sekuriti Perbendaharaan AS yang bukan berbangsa AS terpaksa menerima pulang yang kurang pada tahun 2004 kerana nilai dolar AS susut berbanding kebanyakan mata wang lain). Selain itu, wujudnya risiko inflasi yang mana wang pokok yang dibayar balik pada kematangan akan mendatangkan kuasa beli yang kurang daripada yang diharapkan jika kadar inflasi lebih tinggi daripada yang dijangka. Kebanyakan kerajaan mengeluarkan bon terindeks inflasi yang melindungi para pelabur daripada risiko kewangan dengan meningkatkan kadar inflasi yang dikenakan pada pelabur apabila kadar inflasi ekonomi meningkat.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Templat:Debt