Borugak Jagyeongnu

Borugak Jagyeongnu ("Jam Air Astaka Borugak"), sejenis alat saintifik, diisytiharkan sebagai Khazanah Negara Korea Selatan yang ke-229 oleh kerajaan Korea Selatan pada 3 Mac 1985. Jam air ini kini disimpan dan dijaga oleh Muzium Diraja di Seoul. Ia berasal dari zaman pemerintahan Raja Jungjong pada Dinasti Joseon.

Borugak Jagyeongnu
Model Borugak Jagyeongnu.
Nama Korea
Hangul보루각자격루
Hanja
Perumian SemakanBorugak jagyeongnu
McCune–ReischauerPorugak chagyŏngnu

Jam air sudah sekian lama digunakan di Korea, dengan sebutan pertama dalam catatan Samguk Sagi pada zaman Tiga Kerajaan. Pada tahun 1434, sewaktu pemerintahan Raja Sejong, sebuah jam air direka oleh Jang Yeong-sil untuk menandakan waktu secara mandiri dengan bunyi paluan genta, gong dan gendang. Jam itu, iaitu Jagyeokru ("jam air berdenting sendiri"), digunakan untuk menjaga waktu pada Dinasti Joseon. Akan tetapi, jam tersebut tidak dijaga dengan betul, maka pada tahun 1536, Raja Jungjong menitahkan pembaikpulihan semula jam itu oleh Yu Jeon. Kini, hanya tinggal tiga biji mangkuk air dan dua batang bekas air silinder dari versi 1434 tersebut, dan langsung tiada catatan yang menyebutkan kewujudannya. Masih terdapat banyak catatan untuk versi 1536, kerana adalah dipercayai bahawa dua jam itu amat serupa. Pada konfigurasi semasa, bekas air silinder buatan gangsa itu berukuran diameter 93.5 cm dan ketinggian 70 cm. Bekas seramik yang lebih kecil pula berdiameter 46.0 cm dan berketinggian 40.5 cm. Kedua-dua tapak bekas seramik itu masih wujud di Dewan Myeongjeonjeon, Istana Changgyeong. Satu lagi versi baru jam ini dibina pada tahun 2007. [1]

Jam air yang berfungsi dengan mencurahkan air ke dalam bekas gangsa terbesar, kemudian ke dalam bekas kecil dan akhirnya tangki air yang panjang. Apabila air mencapai takat yang sewajarnya, sebatang rod terapung menyentuh peranti tuas dan menyebabkan sebiji bebola berguling dan menghentak sebiji lagi bebola di hujung bertentangan. Bebola yang berguling itu menghidupkan gong, genta, gendang, dan juga boneka kayu yang menandakan waktu dengan pelekat.

Jam air ini kini tidak berjalan kerana alat-alatnya hanya tinggal bekas air. Namun demikian, ia berharga kerana menyimpan ilmu pengetahuan sains dan kebudayaan, apatah lagi tidak banyak contoh jam air mandiri kuno yang masih wujud di dunia. Borugak Jagyeongnu merupakan jam tertua dan terbesar yang masih wujud dalam jenisnya.[2]


Rujukan sunting

Pautan luar sunting