Brek tangan atau brek kecemasan adalah satu sistem brek kenderaan yang bertujuan memastikan kenderaan kekal berada dalam keadaan tidak bergerak. Ia selalunya terdiri daripada satu tuas brek kendalian tangan (atau kaki seperti pada kereta Mercedes-Benz) serta pautan kabel mekanikal ke brek belakang. Kabel brek tangan disambungkan terus ke brek belakang sekiranya brek belakang menggunakan brek gelendong, tetapi jika kenderaan menggunakan brek cakera belakang, satu brek gelendong kecil dipasang pada brek cakera belakang tersebut kerana brek cakera tidak mampu menahan kenderaan daripada bergerak sebagaimana brek gelendong.

Brek tangan
Lampu amaran brek tangan yang menyala, menandakan brek tangan sedang digunakan.

Bagi kenderaan berat seperti bas, lori dan kereta api, mekanisme brek kecemasan menggunakan sistem pneumatik yang menggunakan udara termampat. Jika brek kecemasan digunakan, tekanan udara dilepaskan dan brek mengunci roda, manakala jika brek kecemasan dilepaskan, tekanan udara dikenakan bagi menghalang brek daripada mengunci roda.

Selain itu, terdapat juga sesetengah kereta yang menggunakan brek tangan elektrik.

Brek tangan biasanya digunakan bagi mengunci roda untuk memastikan kenderaan tidak bergerak semasa meletak kenderaan. Selain itu, brek tangan juga berguna bagi membantu pemandu mula bergerak dari cerun yang curam.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting