Kota Bebas Liga Hansa Bremen (bahasa Inggeris: Freie Hansestadt Bremen) ialah salah satu daripada 16 buah negeri di dalam Republik Persekutuan Jerman. Dengan keluasan sekitar 404.28 km², ia merupakan negeri terkecil di Jerman. Penduduknya berjumlah sekitar 662,000 orang dan ia dibentuk oleh dua buah bandar, iaitu Bremen dan Bremerhaven. Ia dikelilingi oleh negeri Niedersachsen (bahasa Inggeris: Lower Saxony). Nama tidak rasmi yang sering digunakan di dalam media cetak dan elektronik ialah Negeri Bremen (Das Land Bremen).