Budaya pelbagai bangsa di Afrika Selatan

Kaum kulit hitam sunting

Sebahagian besar kaum kulit hitam majoriti adalah terpengaruh dengan budaya Barat, dan lazimnya bertutur dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Inggeris atau Afrikaans dan bahasa ibunda, iaitu salah satu dari sembilan bahasa rasmi di negara ini termasuklah bahasa Nguni, isiZulu, isiXhosa, Sindebele, dan Swazi, dan bahasa Sotho, seperti Setswana, Sesotho, Sesotho sa Leboa and Venda. Kebanyakannya beragama Kristian, dan mengunjungi gereja Zion khas untuk kulit hitam. Disamping itu, masih ramai yang menganut kepercayaan tradisi, dan menerima nasihat seorang "sangoma" atau ahli nujum. Budaya etnik mereka amat bertenaga, dengan muzik popular tempatan, seperti kwaito.

Kaum kulit putih sunting

Kaum kulit putih minoriti di sini mempunyai gaya kehidupan yang sama dengan kaum kulit putih di Eropah Barat, Amerika Utara dan Australasia, dimana sukan menjadi kegemaran ramai. "Braai" atau barbeku merupakan aktiviti yang diminati oleh kaum ini di Afrika Selatan. Dari segi sejarah, kaum Afrikaan dan British saling benci-membenci tetapi sekarang hanya bergurau senda diantara mereka. Afrikaner memanggil orang Inggeris soutpiel atau 'telur masin', kerana kesetiaan mereka yang berbelah bahagi: satu kaki di Afrika; satu lagi kaki di England; dan kemaluannya di tengah-tengah laut. Manakala orang Inggeris pula menganggap bangsa Afrikaan sebagai bodoh dan tidak bertamadun.

Kepercayaan agama mereka amat kuat, dengan kebanyakan orang Afrikaner menganut agama Gereja Reformasi Belanda. Mereka yang berbahasa Inggeris pula beragama Anglikan atau Roman Katolik. Terdapat segolongan kecil yang beragama Yahudi, dan kumpulan kecil berbangsa Portugis dan Yunani.

Kaum Berwarna (Coloured) sunting

Kaum ini adalah lebih cenderung dari segi budaya kepada kaum kulit putih, terutamanya mereka yang berbahasa Afrikaans, berbanding dengan kaum kulit hitam, walaupun ditindas dengan teruknya oleh regim aparteid. Kebanyakan mereka adalah hasil perkahwinan campur antara kulit putih dengan kulit hitam dan sebahagiannya adalah "Melayu Tanjung" yang beragama Islam.

Kaum Asia sunting

Kaum Asia, (kebanyakannya berbangsa India) mengamalkan budaya asli tersendiri, bahasa serta agama, sama ada Hindu atau Islam, dan berbahasa India sama ada Telugu atau Gujarat. Sebahagian besar datang kesini sebagai kuli tetapi minoriti adalah golongan pedagang. Terdapat juga komuniti kecil berbangsa Cina dinegara ini, dan ia semakin bertambah akibat penghijrahan kaum Cina Taiwan ke sini.

Lihat juga sunting