Koordinat: 48°31′32″N 07°30′01″E / 48.52556°N 7.50028°E / 48.52556; 7.50028

Bugatti Automobiles S.A.S. merupakan pengeluar kereta dari Molsheim, Alsace, Perancis. Ia dimiliki oleh kumpulan Volkswagen, sebuah pengeluar kereta berasal dari Jerman sebagai anak syarikat Volkswagen Perancis. Ia diasaskan pada tahun 2000[1] sebagai pengganti Bugatti Automobili SpA.

Bugatti
Jenis/bentuk sahAutomobile manufacturer, anak syarikat Sunting ini di Wikidata
IndustriAutomotif
PendahuluBugatti Automobili Sunting ini di Wikidata
Ditubuhkan1909
PengasasEttore Bugatti
NasibDijual kepada Hispano-Suiza pada 1963
Ibu pejabatMolsheim, Perancis
Tokoh pentingEttore Bugatti (pengasas)
Jean Bugatti
KeluaranKereta, bahagian pesawat
Hasil319,500,000 euro (2021) Sunting ini di Wikidata
Pendapatan bersih8,400,000 euro (2021) Sunting ini di Wikidata
PemilikBugatti Rimac, Volkswagen AG Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan297 (2016) Sunting ini di Wikidata
Syarikat indukBugatti Rimac
Volkswagen AG Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.bugatti.com Sunting ini di Wikidata
Facebook: bugatti Twitter: Bugatti Instagram: bugatti LinkedIn: bugatti-automobiles-s-a-s Youtube: UC2qmmoQdJXLmre794U6zjXw Pinterest: bugatti Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Dengan dorongan Ferdinand Piëch yang ketika itu merupakan timbalan presiden, Volkswagen membeli hak bagi menghasilkan kereta di bawah jenama Bugatti pada tahun 1998. Ini diikuti dengan pembelian Lamborghini oleh sebuah anak syarikat Volkswagen iaitu Audi. Kilang Rolls-Royce di Crewe, England, United Kingdom, dan Bentley.

Pada 22 Disember 2000, Volkswagen secara rasmi memasukkan Bugatti Automobiles S.A.S., bersama-sama dengan bekas ketua gandar VW "drivetrain chief" Karl-Heinz Neumann sebagai presiden. Syarikat tersebut membeli Château Saint Jean 1856, dahulunya rumah tetamu Ettore Bugatti di Dorlisheim, berhampiran Molsheim, dan mula mengubah suainya sebagai ibu pejabat syarikat. Kilang asal masih ditangan Snecma, yang keberatan berpisah dengannya. Di Pebble Beach Concours d'Elegance pada Ogos 2000, VW mengumumkan bahawa mereka sebaliknya akan membina kilang moden baru atelier bersebelahan selatan Château. atelier ini dibuka secara rasmi pada 3 September 2005.

Kereta sunting

kereta konsep Giugiaro sunting

Volkswagen menempah Giorgetto Giugiaro, ItalDesign bagi mereka siri kereta konsep bagi mengembalikan marque ke hadapan. Contoh pertama, EB 118, adalah coupé dwi pintu yang diperkenalkan di Mondial de l'Automobile pada 1998. Ia diikuti oleh kereta sedan EB 218 touring empat pintu, diperkenalkan di Salon International de l'Auto "Geneva Motor Show" pada 1999. kemudian pada tahun yang sama, 18/3 Chiron ditunjukkan di Pameran Motor Frankfurt - IAA di Frankfurt. Konsep Bugatti terakhir tidak direka oleh ItalDesign: rekaan VW, EB 18/4 GT telah diperkenalkan pada tahun 1999 di Pameran Motor Tokyo.

Kesemua konsep awal ini mencirikan 555 PS (408 kW; 547 hp) 18-cylinder engine. Ini merupakan pertama kali enjin W pada kenderaan penumpang, dengan tiga jalur enam lejang. Ia berkongsi banyak komponen dengan keluarga enjin modular Volkswagen.

EB 16.4 Veyron sunting

 
Veyron 16.4

Pembangunan kenderaan ini bermula dengan kereta konsep 1999 EB 18/4 "Veyron", yang sendiri berasaskan rangka kereta konsep Bugatti 18/3. Ia sama dari segi reka bentuk dan penampilan dengan kereta pengeluaran Veyron akhir. Satu perbezaan utama adalah EB 18/4 menggunakan enjin W18 dengan tiga jalur enam lejang. Ketua pereka Veyron adalah Hartmut Warkuss, dan luaran direka oleh Jozef Kabaň dari Volkswagen, bukannya Giorgetto Giugiaro dari ItalDesign, yang telah mengendalikan tiga kereta konsep Bugatti sebelumnya.

 
Perak dan hitam Veyron sebelum pengeluaran pada pameran 2004 Paris Motor Show

Rujukan sunting

  1. ^ "Volkswagen AG - Annual Report 2000" (PDF). Wolfsburg: Volkswagen AG. 2001. m/s. 31/33. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-08-27. Dicapai pada 15 October 2008. With effect from 22 December 2000, Groupe VOLKSWAGEN France s.a. established BUGATTI AUTOMOBILES S.A.S. as a 100 % wholly owned subsidiary. Unknown parameter |dateformat= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting