Bukhara (Uzbek: Buxoro, Tajik: Бухоро, Parsi: بُخارا, Rusia: Бухара) ialah ibu negeri Wilayah Buxoro dan bandar kelima terbesar di Uzbekistan. Penduduknya berjumlah 247,000 orang mengikut anggaran tahun 2005. Pusat bandar ini, yang memiliki berbagai masjid dan madrasah, telah disenarai sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

Bukhara
Buxoro
Madrasah Mir-i Arab
Madrasah Mir-i Arab
Kedudukan Bukhara di Uzbekistan
Kedudukan Bukhara di Uzbekistan
NegaraUzbekistan
WilayahBuxoro
Kerajaan
 • Hakim (Datuk Bandar)Karim Djamalovich Kamalov
Zon waktuUzbekist (UTC+5)
Poskod
2001xx
HDI (2018)0.734 · (ke-5) tinggi
Nama rasmi
Pusat Bersejarah Bukhara
JenisBudaya
Kriteriaii, iv, vi
Ditetapkan1993
No. rujukan
602
State PartyUzbekistan
RegionAsia

Koordinat: 39°46′N 64°26′E / 39.767°N 64.433°E / 39.767; 64.433

Etimologi sunting

Nama sebenar kota Bukhara pada zaman dahulu adalah tidak diketahui. Seluruh oasis disebut sebagai Bukhara pada zaman kuno, dan nama itu mungkin mula diguna pakai sebagai nama petempatan hanya sejak abad ke-10.[1]

Terdapat pelbagai versi asal nama kota. Menurut sejumlah sarjana berdasarkan maklumat Juwaini, nama itu berasal dari bahasa Vihara Sanskrit (biara Buddha). Perkataan ini sangat dekat dengan perkataan bahasa Uyghur dan warga Buddha Cina yang menamakan tempat ibadat mereka dengan cara yang sama. Walau bagaimanapun, belum ada artifak berkaitan Buddhisme dan Manichaeisme yang ditemui di bandar mahupun oasis.

Menurut Encyclopædia Iranica, nama Bukhara kemungkinan berasal dari βuxārak ("tempat bertuah") dalam bahasa Sogdia.[2] Dalam dinasti Tang dan dinasti-dinasti Cina selepasnya, Bukhara dikenal dengan nama Buhe/Puhe (捕喝),[3] kini diganti dalam bahasa Cina moden dengan ejaan fonetik lazim, Bùhālā (布哈拉). Pada abad ke-19 dan 20, Bukhara dieja sebagai Bokhara dalam penerbitan Inggeris, seperti yang dicontohkan oleh tulisan dan laporan mengenai Amiriah Bukhara semasa Permainan Besar. Sejak Zaman Pertengahan, kota ini ditulis sebagai Buḫārā (بخارا) dalam sumber Arab dan Parsi. Ejaan bahasa Uzbek moden ialah Buxoro.

Sejarah sunting

Sejarah kota Bukhara bermula sejak ribuan tahun dahulu. Pada Zaman Pertengahan, Bukhara berperanan sebagai ibu kota Empayar Samaniyah, Kekhanan Bukhara dan merupakan tempat kelahiran Imam Bukhari.

Pada awal abad ke-11, Bukhara menjadi sebahagian daripada wilayah Karakhan berbangsa Turki. Para penguasa Karakhan membina banyak bangunan di Bukhara, termasuk menara Kalyan, masjid Magoki Attori, istana-istana dan taman-taman.[4]

Bukhara ialah ibu kota terakhir Amiriah Bukhara dan dikepung Tentera Merah semasa Perang Saudara Rusia. Semasa operasi Bukhara pada 1920, pasukan Tentera Merah di bawah pimpinan jeneral Bolshevik Mikhail Frunze menyerang kota Bukhara. Pada 31 Ogos 1920, Amir Alim Khan melarikan diri ke Dushanbe di timur (kemudian ke Kabul di Afghanistan). Pada 2 September 1920, setelah empat hari pertempuran, benteng amir dihancurkan, dan bendera merah dinaikkan dari puncak Menara Kalyan. Pada 14 September 1920, Jawatankuasa Revolusi Bukhara ditubuhkan, diketuai oleh A. Mukhitdinov, dengan pemerintahan diketuai Faizullah Khojaev

Republik Soviet Rakyat Bukhara wujud dari 1920 hingga 1925 ketika kota ini disatukan ke dalam Republik Sosialis Soviet Uzbekistan. Pada separuh akhir abad ke-20, perang di Afghanistan dan perang saudara di Tajikistan menyebabkan kemasukan pelarian berbahasa Dari dan Tajik ke Bukhara dan Samarkand. Setelah memasukkan diri mereka ke dalam penduduk Tajik tempatan, kota-kota ini menghadapi desakan agar diilhakkan ke dalam Tajikistan.[5]

Geografi sunting

Bukhara memiliki iklim gurun yang kontang, tetapi dingin (Köppen BWk). Suhu maksimum purata pada Januari ialah 6.6 °C atau 43.9 °F, dan meningkat kepada 37.2 °C atau 99.0 °F pada Julai. Taburan hujan tahunan purata di Bukhara ialah 135 milimeter atau 5.31 inci.

Data iklim untuk Bukhara (1981-2010)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 6.6
(43.9)
10.1
(50.2)
16.4
(61.5)
24.5
(76.1)
30.4
(86.7)
35.9
(96.6)
37.2
(99.0)
35.5
(95.9)
29.9
(85.8)
22.9
(73.2)
15.5
(59.9)
8.4
(47.1)
22.8
(73.0)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) −2.5
(27.5)
−0.6
(30.9)
4.2
(39.6)
10.2
(50.4)
15.0
(59.0)
19.4
(66.9)
21.2
(70.2)
18.9
(66.0)
12.9
(55.2)
6.7
(44.1)
2.3
(36.1)
−1.2
(29.8)
8.9
(48.0)
Purata kerpasan, mm (inci) 19.1
(0.75)
18.9
(0.74)
29.5
(1.16)
20.1
(0.79)
12.4
(0.49)
1.8
(0.07)
0.7
(0.03)
0.2
(0.01)
1.0
(0.04)
2.0
(0.08)
12.0
(0.47)
17.3
(0.68)
135
(5.31)
Purata bilangan hari kerpasan 10 10 10 8 7 2 1 1 1 4 7 9 70
Purata kelembapan relatif (%) 80 75 72 59 46 38 40 44 48 56 64 79 58
Sumber 1: Centre of Hydrometeorological Service of Uzbekistan[6]
Sumber 2: Deutscher Wetterdienst (kelembapan)[7]

Demografi sunting

Bukhara mencatatkan jumlah penduduk sebanyak 279,200 orang pada 2019. Bukhara (bersama dengan Samarkand) adalah salah satu daripada dua pusat utama minoriti Tajik Uzbekistan. Penganut Islam Sunni membentuk anutan majoriti masyarakat Bukhara. Bukhara juga merupakan rumah bagi orang Yahudi Bukhara, dan telah menetap di kota sejak zaman Rom; sebilangan besar populasi itu telah meninggalkan Bukhara dari 1925 hingga 2000 lalu berpindah ke Israel serta Amerika Syarikat.

Berdasarkan statistik rasmi, penduduk bandar ini terdiri daripada 82% orang Uzbek, 6% Rusia, 4% Tajik, 3% Tatar, 1% Korea, 1% Turkmen, 1% Ukraine dan selebihnya daripada etnik lain.[8] Walau bagaimanapun, kiraan saiz etnik Uzbek telah lama dikritik dan dibantah oleh pelbagai pemerhati dan sumber-sumber Barat,[9][10] dan diandaikan secara meluas bahawa penduduk kota ini sebenarnya terdiri daripada kaum Tajik selaku majoriti, dengan etnik Uzbek membentuk minoriti yang membesar.[11] Angka yang tepat sukar untuk dinilai, kerana banyak orang di Uzbekistan ingin dikenali sebagai "warga Uzbek" walaupun memperoleh bahasa Tajik sebagai bahasa ibunda, atau kerana mereka didaftarkan sebagai Uzbekistan oleh pemerintah pusat meskipun memiliki identiti Tajik. Menurut kiraan Soviet pada awal abad ke-20 (berdasarkan kiraan 1913 dan 1917), orang Tajik membentuk sebahagian besar kota.[10]

Kebudayaan sunting

Bangunan bersejarah sunting

Bandar Bukhara merupakan tapak bagi pelbagai jenis bangunan bersejarah, terutamanya dari Zaman Pertengahan, dan disahkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1993. Berdasarkan UNESCO, bangunan-bangunan Bukhara memberi pengaruh besar kepada seni bina bangunan dan perancangan bandar di Asia Tengah secara am.

Po-i-Kalyan merupakan kompleks keagamaan Islam yang terdiri daripada Masjid Kalan, sebuah menara besar (Menara Kalan) serta sebuah madrasah. Kompleks ini mula dibina pada awal abad ke-12, dan dibina semula pada abad ke-16 selepas dimusnahkan oleh para tentera Mongol (kecuali menara).[12][13] Masjid Kalan kini kekal sebagai antara masjid-masjid terbesar di Asia Tengah. Selain itu, masjid-masjid lain yang dibina termasuk Masjid Bolo Haouz (siap pada 1712) dan Chor Minor, pada asalnya sebuha pintu gerbang sebuah madrasah yang telah diroboh. Masjid Magok-i-Attari yang dibina paling awal pada abad ke-9, kini digunakan sebagai muzium karpet.

Tokoh terkenal sunting

  • Imam Bukhari (810 AD - 870 AD), cendekiawan dan perawi hadis
  • Ibnu Sina (980 - 1037), ahli perubatan dan falsafah Islam

Hubungan antarabangsa sunting

Bandar Bukhara menjalin hubungan bandar kembar dengan bandar-bandar berikut:[14]

Rujukan sunting

  1. ^ Bukhara; Architectural epigraphy of Uzbekistan. p.28; Abdukhalikov F. Tashkent: UZBEKISTAN TODAY, 2016.
  2. ^ Richard N Frye, 'Bukhara i. In pre-Islamic times' Diarkibkan Januari 2, 2009, di Wayback Machine, Encyclopædia Iranica, 512.
  3. ^ "UMID" Foundation, Uzbekistan. "General Info". Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-01-26. Dicapai pada 2007-10-04.
  4. ^ Nemtseva N. B. Rabat-i Malik, XI — nachalo XVIII vv.: arkheologicheskiye issledovaniya. — Tashkent: Frantsuzskiy Institut Issledovaniy Tsentral'noy Azii, 2009.
  5. ^ Sengupta, Anita (2003). The Formation of the Uzbek Nation-State: A Study in Transition. Lexington Books. m/s. 256–257.
  6. ^ "Average monthly data about air temperature and precipitation in 13 regional centers of the Republic of Uzbekistan over period from 1981 to 2010". Centre of Hydrometeorological Service of the Republic of Uzbekistan (Uzhydromet). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Disember 2019. Dicapai pada 15 Disember 2019.
  7. ^ "Klimatafel von Buchara / Usbekistan" (PDF). Baseline climate means (1961–1990) from stations all over the world (dalam bahasa Jerman). Deutscher Wetterdienst. Dicapai pada 16 Disember 2019.
  8. ^ "Viloyat haqida - Shahar va tumanlar (About the province - Cities and districts)" (dalam bahasa Uzbekistan). Buxoro Region administration. Diarkibkan daripada yang asal pada March 15, 2017. Dicapai pada March 4, 2014.
  9. ^ Karl Cordell: Ethnicity and Democratisation in the New Europe, Routledge, 1998. Pg. 201: "… Consequently, the number of citizens who regard themselves as Tajiks is difficult to determine. […] Samarkand State University (SamGU) academic and international commentators suggest that there may be between six and seven million Tajiks in Uzbekistan, constituting 30% of the republic's 22 million population, rather than the official figure of 4.7% (Foltz 1996;213; Carlisle 1995:88)…"
  10. ^ a b Paul Bergne: The Birth of Tajikistan. National Identity and the Origins of the Republic. International Library of Central Asia Studies. I.B. Tauris. 2007. Pg. 8 ff.
  11. ^ B. Rezvani: "Ethno-territorial conflict and coexistence in the Caucasus, Central Asia and Fereydan. Appendix 4: Tajik population in Uzbekistan" ([1]). Dissertation. Faculty of Social and Behavioural Sciences, University of Amsterdam. 2013
  12. ^ Emin, Leon. Muslims in the USSR. Russia, Novosti Press Agency Publishing House, 1989.
  13. ^ Yusupova, Mavlyuda. “Islamic Architecture of Uzbekistan – Development and Features.” Journal of Islamic Thought and Civilization 2 (1 Oktober 2010).
  14. ^ "Twin towns - Sister Cities to Central Asia Countries and Caucasus". www.orexca.com. Dicapai pada 2021-02-12.

Pautan luar sunting

  •   Media berkenaan Bukhara di Wikimedia Commons
  •   Panduan pelancongan Bukhara dari Wikivoyage