Bukit batu kapur, juga dikenali sebagai mogote (dari bahasa Basque mokoti yang bermaksud 'bucu tajam'), adalah bukit yang sebahagian besar daripadanya terdiri daripada batu jenis batu kapur. Bukit-bukit ini banyak terdapat di sekitar kawasan tropika dan subtropika yang mempunyai topografi kars, misalnya di wilayah-wilayah selatan China, Vietnam, Laos, Myanmar, Kemboja, Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina, Puerto Rico, Cuba dan Republik Dominica. Di Malaysia, kawasan yang mempunyai taburan bukit batu kapur yang tinggi adalah di sekitar Pulau Langkawi, Lembah Kinta, Gua Musang-Merapoh, dan Taman Negara Gunung Mulu. Ia mempunyai kepentingan ekonomi dalam sektor pembinaan kerana batu kapur boleh digunakan bagi menghasilkan simen.

Bukit batu kapur berhampiran Batu Caves.