Bulan sabit dan bintang

Bulan sabit dan bintang merupakan simbol yang kerap ditemui pada zaman purba dan digunakan oleh pelbagai bangsa dan peradaban untuk dijadikan lambang mereka. Simbol ini kebiasaanya ditemui di sekitar kawasan Timur Tengah dan timur Mediterranean.

Bulan sabit dan bintang

Pada hari ini simbol ini seringkali dikaitkan dengan masyarakat Islam, dan menjadi simbol untuk Islam sejak Empayar Uthmaniyah mengunakanya sebagai lambang mereka. Walaupun simbol ini sering dikaitkan dengan Islam pada masa kini, ia sebenarnya telah digunakan berbagai-bagai peradaban sejak dulu lagi.

Sejarah sunting

Antara pengunaan awal gandingan bentuk yang diketahui ini adalah untuk melambangkan peradaban Moab (kurun 14 hinga 16 Sebelum Masihi)[1], 'Bulan sabit' bersama 'bintang' juga merupakan ciri biasa dalam Ikonografi Sumeria, selain itu simbol ini turut digunakan oleh Parsi, Rumawi dan juga sebilangan suku peradaban Turki.

Bulan sabit dan bintang yang digunakan oleh Empayar Uthmaniyah dipercayai diambil dari lambang kota Kustantiniyah, ia diambil setelah mereka berjaya menakluk dan merampas kota itu dari empayar Byzantium (Empayar Rom Timur). Sejak pengunaan empayar Uthmaniyah terhadap lambang tersebut, ramai negara-negara majoriti Islam telah mengambilnya untuk dijadikan simbol pada bendera mereka seperti Algeria, Tunisia, Libya, Comoros, Mauritania, Malaysia, Pakistan, Maldives, Azerbaijan, Uzbekistan, Turkmenistan dan negara yang tidak diiktiraf seperti Turkistan Timur (Wilayah Xinjiang China).

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ A.H. van Zyl, The Moabites, Brill, 1960, pp 111-112, pp 157-158