Pembulian atau perundungan bermaksud perbuatan yang berniat menunjukkan kekuatan, menggertak atau mencederakan orang tertentu yang dilihat berkeadaan lemah berbanding si pelaku dengan mengasari atau mendera mangsanya.[1][2] Buli ialah subkategori tingkah laku agresif yang dicirikan oleh tiga kriteria berikut: (1) niat bermusuhan, (2) ketidakseimbangan kekuatan, dan (3) pengulangan dalam jangka waktu tertentu.[3] Buli merupakan aktiviti tingkah laku berulang yang agresif yang bertujuan untuk menyakiti individu lain, secara fizikal, mental, mahupun emosi.

Gambaran buli

Budaya membuli dapat berkembang dalam konteks dimanapun manusia saling berinteraksi. Ini mungkin merangkumi sekolah, keluarga, tempat kerja,[4] rumah, dan kawasan kejiranan. Platform utama pembuli dalam budaya kontemporari adalah di laman sesawang media sosial.[5] Satu kajian oleh The Lancet Child & Adolescent Health pada tahun 2019 menunjukkan hubungan antara penggunaan media sosial dengan kanak-kanak perempuan dan peningkatan pendedahan mereka terhadap pembulian.[6] Buli boleh didefinisikan dengan pelbagai cara. Di United Kingdom,[7] tiada definisi undang-undang mengenai buli, sementara beberapa negeri di Amerika Syarikat mempunyai undang-undang yang menentangnya.[8] Buli dibahagikan kepada empat jenis penyalahgunaan asas iaitu psikologi (kadang-kadang disebut emosi atau perhubungan), verbal (percakapan), fizikal, dan siber.[9]

Siapakah yang sering membuli dan dibuli sunting

Pembuli sunting

  • Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan enam. Ataupun kongsi gelap di luar sekiranya umurnya lebih kecil daripada mangsanya
  • Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.
  • Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
  • Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
  • Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa, dan tidak mudah digertak.

Dibuli sunting

Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah rendah.

  • Bertubuh kecil, berkepala besar.
  • Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.
  • Pelajar baru di sekolah.
  • Pelajar yang kelihatan buruk
  • Pelajar yang berlakuan sombong dalam permainan

Kenapakah mereka sering membuli? sunting

Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya ialah:

  • Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
  • Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
  • Mereka pernah menjadi mangsa buli.
  • Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.
  • Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
  • Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.
  • Akibat perceraian ibu bapa.
  • Terlalu dimanja oleh ibu bapa.
  • Sekadar mahu berseronok.
  • Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.
  • Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau sebab-sebab yang tertentu
  • Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.
  • Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media massa dan cetak yang memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja.

Adakah perempuan terlibat dalam perbuatan buli? sunting

Ramai beranggapan perbuatan buli hanya melibatkan pelajar lelaki. Tapi, ia silap. Pelajar perempuan juga turut terlibat dalam perbuatan tersebut.

Biarpun peratusannya agak sedikit, namun perkara tersebut mampu mendorong kepada perbuatan yang serius jika tidak dibendung.

Buli di kalangan pelajar perempuan biasanya melibatkan ejekan dari segi fizikal. Contohnya, sekiranya pelajar perempuan tersebut berfizikal berbeza daripada yang lain (spt bertubuh besar) , mereka akan menjadi sasaran untuk dijadikan bahan ejekan.

Namun, perbuatan buli di kalangan pelajar perempuan tidak terlalu ganas seperti pelajar lelaki.

Jenis-jenis buli sunting

Pelajar menolak sesama sendiri.

Buli fizikal sunting

  • Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan.
  • Paling ganas boleh menyebabkan kematian.

Buli mental sunting

  • Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli.
  • Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.

Buli Siber sunting

  • Buli siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat. Insiden sebenar kejadian buli siber tidak diketahui kerana ramai mangsa buli siber tidak tampil untuk mendapatkan bantuan.[10]
  • Buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet.

Ciri Ciri Buli Siber sunting

  • Mesej yang mengganggu dan mengancam.
  • Menyalahgunakan kata laluan atau nama skrin orang lain atau menyamar sebagai orang lain.
  • Memanjangkan e-mel, foto atau video kepada orang lain.
  • Memuat naik komen atau gambar yang tidak senonoh.
  • Sexting(tindakan menghantar gambar, mesej atau video berunsurkan seksual menggunakan telefon bimbit).
  • Memulaukan individu tertentu daripada sesuatu kumpulan internet dengan sengaja.


Kesan buli sunting

Pembuli sunting

Kesan luaran: sunting

  • Apabila dewasa kelak, kemungkinan besar akan menjadi penjenayah.
  • Bertindak agresif apabila dewasa seperti merogol, merompak, atau menjadi seorang pendera terhadap isteri.

Dibuli sunting

Kesan luaran sunting

  • Mereka akan membalas dendam kepada orang lain. Tujuannya untuk mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli.
  • Mereka akan mengalami kecederaan dan mungkin juga kematian.

Kesan dalaman sunting

  • Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja, sanggup melakukan sesuatu demi membahagiakan orang lain, tidak mahu ke sekolah, dan sebagainya. Sehinggakan ada yang sanggup mencederakan diri sendiri, malah ada yang membunuh diri, kerana merasakan diri mereka tidak berguna.

Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli? sunting

Ini berkemungkinan boleh mengakibatkan kejadian-kejadian yang lebih memudaratkan lagi seperti bunuh, rogol, dan sebagainya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, terdapat beberapa tahap untuk menangani masalah buli iaitu:

Tahap sekolah sunting

 
Sesetengah sekolah dengan masalah buli telah menanganinya dengan memasang kamera CCTV.
  1. Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga boleh menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapatkan respons tertinggi tentang perkara ini, identiti pelajar perlulah dirahsiakan.
  2. Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli, petua mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli, contohnya talian hotline buli 1-800-884774.
  3. Tindakan disiplin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.
  4. Penggunaan kamera litar tertutup(CCTV) di sekolah-sekolah secara tidak langsung dapat mengekang kejadian gengster.
  5. Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa, dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.
  6. Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) sekolah.

Tahap kelas sunting

  1. Di dalam kelas, perlu diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifar tentang buli. Peraturan tersebut msetilah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku buli (psikologi dan fizikal), dan hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor melakukannya.
  2. Ia tidak susah, setiap pelajar hendaklah diberikan senarai peraturan berkenaan tingkah laku buli dan hendaklah menandatangani dokumen tersebut dan satu salinan disimpan dalam fail pelajar. Sebelum itu, pihak ibu bapa juga turut menandatangani peraturan berkenaan. Ini merupakan tingkah laku antara pelajar dan ibu bapa atau penjaga dengan sekolah.
  3. Selain itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa.

Tahap individu sunting

  1. Tahap ini biasanya akan melibatkan pembuli dan mangsa. Jawatankuasa penyelaras antibuli hendaklah mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa, tetapi juga ibu bapa atau penjaga mereka.
  2. Selain itu, guru kaunseling juga bolehlah mengadakan sesi yang memainkan peranan terhadap tingkah laku empati(daya menyelami dan memahami perasaan dan emosi orang lain) atau tidak agresif dengan pembuli. Latihan pemulihan pula perlu diadakan dengan mangsa.

Rujukan sunting

  1. ^ "'buli' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. - maksud pertama. Dicapai 20 September 2019. "'rundung' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
  2. ^ Juvonen, J.; Graham, S. (2014). "Bullying in Schools: The Power of Bullies and the Plight of Victims". Annual Review of Psychology. 65: 159–85. doi:10.1146/annurev-psych-010213-115030. PMID 23937767. S2CID 207640520.
  3. ^ Burger, Christoph; Strohmeier, Dagmar; Spröber, Nina; Bauman, Sheri; Rigby, Ken (2015). "How teachers respond to school bullying: An examination of self-reported intervention strategy use, moderator effects, and concurrent use of multiple strategies". Teaching and Teacher Education. 51: 191–202. doi:10.1016/j.tate.2015.07.004.
  4. ^ Williams, Ray (3 May 2011). "The Silent Epidemic: Workplace Bullying". Psychology Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-21. Dicapai pada 2016-11-13.
  5. ^ Whittaker, E (2016). "Cyberbullying via social media". Journal of School Violence: 11–29.
  6. ^ "Social Media Use May Harm Teens' Mental Health By Disrupting Positive Activities, Study Says". 2019-08-13.
  7. ^ "The University of Manchester Dignity at Work and Study Policy". The University of Manchester. January 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-29. Dicapai pada 2013-10-28.
  8. ^ "State Laws Related to Bullying Among Children and Youth" (PDF). U.S. Department of Health and Human Services - Health Resources and Services Administration - Maternal and Child Health Bureau. U.S. Department of Health and Human Services. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada March 4, 2011. Dicapai pada 2013-10-28.
  9. ^ Brank, Eve M.; Hoetger, Lori A.; Hazen, Katherine P. (December 2012). "Bullying". Annual Review of Law and Social Science. 8 (1): 213–230. doi:10.1146/annurev-lawsocsci-102811-173820.
  10. ^ http://www.myhealth.gov.my/cyberbullying/

Pautan luar sunting