Bulu tangkis merupakan "bola" yang digunakan dalam permainan badminton. Bentuk bulu tangkis adalah seperti kerucut yang diperbuat daripada bulu pelepah[a] atau plastik (atau alternatif sintetik), yang dicucuk pada tapak gabus (atau getah) bulat dan dilapik dengan kulit nipis.

Bulu tangkis

Spesifikasi sunting

Suatu bulu tangkis mempunyai berat sekitar 4.75 hingga 5.50 gram (0.168 hingga 0.194 oz). Ia juga mempunyai 16 helai bulu, dengan setiap daripadanya berkepanjangan 62–70 milimeter (2.4–2.8 in) dengan garis pusat 25 hingga 28 milimeter (0.98 hingga 1.10 in).[2] Diameter bulatan yang dibuat oleh bulu adalah sekitar 58–68 milimeter (2.3–2.7 in).[3]

Jenis sunting

Terdapat tiga jenis bulu tangkis yang digunakan dalam permainan badminton: bulu tangkis dengan bulu pelepah, bulu tangkis plastik atau sintetik atau bulu tangkis sintetik.[4]

Catatan sunting

  1. ^ Bulu daripada angsa dan itik digunakan untuk jenis pelepah.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Tiba masa guna bulu tangkis sintetik - Perangsang S'gor". Malaysiakini. 13 Disember 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mac 2022. Dicapai pada 24 Mac 2022.
  2. ^ Whittemore, Frank. "Badminton Equipment Regulations". SportsRec (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Jun 2020.
  3. ^ Steven Harris (9 Oktober 2019). "Shuttlecock Trivia". www.xdcbadminton.co.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Januari 2021.
  4. ^ "What Shuttlecocks Should I Choose? - Our Buying Guide". badmintonhq.co.uk (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Disember 2020. Dicapai pada 24 Mac 2022.