Burung Belatuk Maharaja

Burung Belatuk Maharaja (Campephilus imperialis) merupakan ahli burung belatuk keluarga Picidae. Sekiranya ia masih tidak pupus, ia merupakan spesimen burung belatuk terbesar di dunia. Burung Belatuk Maharaja berukuran (60 cm/23 in) dan menonjol ini telah lama diketahui oleh penduduk tempatan di Mexico dan dikenali sebagai cuauhtotomomi dalam Nahuatl, uagam oleh Tepehuán, dan cumecócari oleh Tarahumara.

Burung Belatuk Maharaja
Jantan dan betina

Terancam teruk, mungkin pupus (IUCN 3.1)[1]
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. imperialis
Nama binomial
Campephilus imperialis
(Gould, 1832)

Ciri-ciri sunting

Burung Belatuk Maharaja adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Belatuk Maharaja adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Belatuk Maharaja tidak bergigi.

Burung jantan memiliki jambul hitam bersisi merah, selain dari dalaman utama (inner primaries), yang putih dihujung, putih kedua, dan belang putih di bahu (scapular) yang tidak melunjur sehingga keleher, sebagaimana pada burung Belatuk Paruh Gading. Burung betina juga sama tetapi berjambul hitam keseluruhannya.

Habitat sunting

Pada satu masa, burung Belatuk Maharaja terdapat secara meluas, dan sehingga awal 1950, biasa terdapat sepanjang Sierra Madre Occidental di Mexico, dari barat Sonora dan Chihuahua ke selatan ke Jalisco dan Michoacan. Ia menggemari kawasan hutan Montane terbuka yang terdiri dari pokok Pine Durango, pokok Pine Putih Mexico (Mexican White), pokok Pine Loblolly dan pokok Pine Montezuma dan oak, biasanya antara 2,100 dan 2,700 meter dari aras laut.

Makanan sunting

Burung Belatuk Maharaja mencari makan terutamanya dengan mencungkil kulit kayu pokok pine mati dan makan larva serangga yang terdapat di bawahnya.

Pembiakan sunting

Burung Belatuk Maharaja membiak dengan bertelur. Telur Burung Belatuk Maharaja bercengkerang keras. Sepasang burung membiak memerlukan kawasan hutan matang yang luas untuk terus hidup, sekitar 26 km² (10 batu persegi); di luar musim membiak, ia kelihatannya membentuk kumpulan kecil dari beberapa ekor sehingga sedosen dan bergerak di kawasan lebih luas, bergantung kepada makanan yang ada (Lammertink et al, 1996).

Burung Belatuk Maharaja secara rasminya disenaraikan sebagai Amat Terancam (kemungkinannya pupus) oleh IUCN. Bagaimanapun, lapuran disahkan terakhir adalah burung yang ditembak di Durango pada 1956 dan spesies ini kemungkinannya pupus. Punca utama kemerosotannya adalah kehilangan habitatnya, sungguhpun kemerosotannya turut dipercepatkan oleh pemburuan melampau bagi kegunaan perubatan kampung dan disebabkan anak burung dianggap sebagai hidangan istimewa di Tarahumara dan sekitar. Burung Belatuk Maharaja merupakan burung menawan dan ketika spesies ini semakin jarang ditemui kebanyakannya ditembak oleh orang yang tidak pernah melihatnya dan ingin melihat dengan lebih dekat (Lammertink et al, 1996).

Disebabkan kemusnahan hampir sepenuhnya habitat asalnya, dan ketiadaan jumpaan yang disahkan sepanjang 50 tahun, kebanyakan ornithologis percaya Burung Belatuk Maharaja telah pupus. Terdapat beberapa lapuran yang tidak disahkan (Mendenhall, 2005), yang terakhir tidak lama selepas penerbitan 2005 oleh dakwaan jumpaan semula Burung Belatuk Paruh Gading. Lammertink et al. (1996), selepas memeriksa kembali lapuran pasca-1956, memutuskan bahawa spesies ini telah terselamat sehingga 1990-an di kawasan tengah banjaran habitatnya tetapi menilai kemungkanannya terus hidup amat tipis. Menurut mereka, populasinya sememangnya terhad semenjak silam lagi, sungguhpun spesies ini hadir dalam bilangan maksima sebelum merudum ketika 1950-an. Ketiadaan rekod yang baik semasa itu kelihatannya disebabkan kekurangan penyelidikan dan bukannya disebabkan jumlah sedikit, tetapi ini bertukar secara mengejut satu abad kemudian.

Burung Belatuk Maharaja diketahui dari 120 spesimen muzium; dan tidak seperti Burung Belatuk Paruh gading, tiada gambar atau rakaman burung hidup diketahui wujud. Burung ini juga mempunyai kelebihan dengan menebuk pokok yang rapuh selaju 40 kali dalam masa 1 saat.

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ BirdLife International (2013). "Campephilus imperialis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2013.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai pada 26 November 2013.CS1 maint: ref=harv (link)

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Lammertink1996" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Lammertink2011" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Mendenhall" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Bacaan lanjut sunting

  • Casillas-Orona, Federico Moctezuma (2005): The Imperial Woodpecker, Campephilus imperialis (Gould, 1832). Short paper published online; June, 2005. PDF fulltext
  • Dalton, Rex (2005): Ornithology: A wing and a prayer. Nature 437(8 September 2005): 188–190. Summary
  • Gallagher, Tim (2013): Imperial Dreams: Tracking the Imperial Woodpecker Through the Wild Sierra Madre. New York: Atria Books. ISBN 978-1-4391-9152-1.
  • Tanner, James T. (1964): The Decline and Present Status of the Imperial Woodpecker of Mexico. Auk 81(1): 74–81. PDF fulltext

Pautan luar sunting


Senarai burung  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z